Monday, 30 July 2012

Najib: Isu air Selangor serius

Datuk Seri Najib Tun Razak
SHAH ALAM – Selangor kini mengalami masalah air yang genting disebabkan kadar rizab air di negeri ini kini hanya tinggal 2.4 peratus berbanding kadar yang sepatutnya serta dikhuatiri berpanjangan sekiranya Kerajaan Negeri masih enggan melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat 2.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keadaan itu menyebabkan pelabur luar tidak dapat menjalankan aktiviti perindustrian di negeri ini.

“Masalah air adalah masalah yang perlu dipandang serius. Ianya akan menjejaskan semua semua urusan seperti usahawan mikro, kecil dan sederhana, apatah lagi urusan syarikat-syarikat besar yang akan meninggalkan impak yang lebih besar.

“Apabila kerajaan negeri tidak menyimpan air dalam kadar yang ditetapkan, ia akan membantutkan urusan dan pembangunan kilang-kilang. Untuk mengelak perkara itu, mereka sepatutnya meneruskan Projek Langat 2 bagi mengatasi masalah air ini,” katanya ketika merasmikan Himpunan Usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana – Jom Niaga dan Skim Pengkomersialan Inovatif Patuh Syariah di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, semalam.

Najib berkata, isu bekalan air di negeri ini sangat serius hingga menyebabkan 129 kilang dengan nilai pelaburan RM3.8 bilion, dan mampu menjana 12,000 peluang pekerjaan serta sejumlah projek perumahan, tidak dapat dilaksanakan.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, Kerajaan Negeri perlu menerima hakikat bahawa negeri ini sedang menghadapi isu krisis air.

“Soal sekarang ini ialah Loji Rawatan Air Langat 2 perlu dibuat dulu, Apa guna penstrukturan semula dilakukan jika sudah tiada air?.

“Masalah sekarang ini air. Air yang kita beli dari Pahang akan disalurkan ke Selangor dan akan memasuki Loji Rawatan Air Langat 2. Jika loji yang sepatutnya dibina pada 2010 itu masih belum siap, bagaimana hendak mendapat bekalan air,” katanya.

Friday, 27 July 2012

Pemberian Bonus Resahkan Pembangkang

Belum pun habis pembangkang mempolitikkan segala bantuan yang diberikan kerajaan sebagai haram, rasuah dan sebagainya, kini kerajaan mengumumkan pula pemberian bonus khas Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minima RM500 kepada penjawat awam.

Tentunya, semakin meroyanlah pembangkang menghentam tindakan ini walaupun di masa yang sama penyokong-penyokong mereka tidak mungkin ketinggalan untuk melahap wang bonus tersebut hingga tak sedar diri.

Begitulah yang terjadi dengan durian runtuh Felda, BR1M, TR1M, KR1M dan lain-lain pemberian kerajaan.   Sudahnya, Tuan Guru, Tok Guru dan Ustaz-ustaz mereka terpaksa menelan kembali fatwa ‘haram mengambil pemberian kerajaan’ dan berhujah bahawa itu semua adalah ‘duit rakyat’

Daripada duit haram jadi duit rakyat pula. Tidak tahulah sama ada bonus khas ini akan mengalami nasib yang sama dengan bantuan lain iaitu dari ‘duit haram’ menjadi ‘duit rakyat’ apabila penyokong pembangkang tidak tahan teringin untuk merasainya. 

Diharap Tok-tok Guru PAS lebih konsisten dalam mengeluarkan fatwa supaya tidak ada penyokong-penyokong mereka yang beraya dengan duit haram.

Tetapi, jika dihujahkan sebagai duit rakyat melalui cukai pendapatan juga belum tentu penyokong-penyokong PAS berhak menerimanya kerana berapa keratlah saja penyokong-penyokong PAS yang membayar cukai?  

Apalah sangat sumbangan PAS kepada penjanaan ekonomi negara selain dari menjadi pekerja dan pengguna? Dan jangan lupa, bahawa peluang pekerjaan dan kedai untuk membeli barangan juga mungkin tidak ada jika bukan kerana BN yang memerintah.

Lihat saja di Kelantan yang diterajui PAS di mana rakyat terpaksa merantau ke negeri BN untuk mencari rezeki dan membeli belah.

Hakikatnya, sama ada ia duit kerajaan atau duit rakyat, duit itu tidak akan wujud dan tidak akan mampu diagihkan kepada rakyat jika kerajaan BN tidak bijak mengurus-tadbir negara. 

Oleh itu, berhujah bahawa penyokong PAS berhak ke atas pemberian kerajaan atas alasan ia adalah ‘duit rakyat’ masih boleh dipertikaikanJelas kelihatan di sini bahawa pembangkang sebenarnya tidak berdaya ‘melawan’ isu pemberian dari kerajaan. 

Mereka cuba menggambarkan yang kerajaan terlalu mewah berbelanja, tidak bijak mengurus kewangan, negara bakal muflis dan sebagainya tetapi bagaimana mereka menjelaskan kemerosotan ekonomi negara jika kerajaan masih mampu memberi berbagai bantuan dan kemudahan kepada rakyat.

Pembangkang berkata lagi bahawa segala kemudahan dan bantuan itulah yang bakal menyebabkan negara muflis.

Namun, realiti yang dapat dilihat dan dinikmati sendiri oleh rakyat ialah negara kekal stabil, makmur dan maju di bawah pengurusan kewangan yang bijaksanaHakikatnya, kerajaan cukup maklum dan bersedia bahawa harga barangan semakin meningkat sekali gus kos sara hidup, terutamanya di bandar-bandar.  

Memandangkan kerajaan tidak mempunyai kuasa kawalan langsung dalam menentukan harga pasaran dunia maka kerajaan telah memikirkan cara lain untuk membantu rakyat dalam menghadapi cabaran ini, iaitu dengan memberi lebih banyak bantuan dalam berbagai cara.

Bantuan-bantuan kecil tetapi langsung dan kerap ini tidak mungkin memufliskan negara kerana tidak melibatkan bajet mega ataupun pihak lainIa juga adalah lebih praktikal dan logik berbanding janji-janji pembangkang untuk membantu rakyat dengan menurunkan harga minyak, menghapuskan tol atau memberikan pendidikan percuma untuk semua sehingga ke peringkat tetiari, yang mana pasti akan membangkrapkan negara hanya dalam masa 2-3 tahun mengikut kajian pakar.

Lebih buruk lagi, pembangkang hanya mampu berjanji dan belum tentu segala yang mustahil dan tidak masuk akal ini akan ditepati mereka. 

Sedangkan kerajaan bukan sahaja menunaikan janji tetapi memberikan lebih lagi dari yang dijanjikan, sebagai contoh, Bonus Khas Aidilfitri ini sendiri

Memandangkan tidak mungkin ada seorang pun penyokong pembangkang yang akan menolak bonus ini, maka kita sarankan agar pemimpin pembangkang mengambil sikap berdiam diri saja. 

Tidak perlulah mereka keluarkan fatwa atau hujah-hujah merapu terhadap bonus aidilfitri semata-mata kerana politik.

Rezeki jangan dicemuh, nikmat jangan dinafi, kerana ia pasti akan memakan diri sendiri. Apa yang pasti, tangan yang memberi tetap lebih baik dari tangan yang menerima maka terimalah hakikat bahawa BN tetap lebih baik dari PR dalam apa jua keadaan.

Wednesday, 25 July 2012

Lim Kit Siang bertambah Rasis


Lim kit siang is a very sick person dan takut pada bayang dia sendiri sebenarnya , Pulak tu Lim kit siang ni dari mulutnya, jelas anti kepada orang Melayu dan Agama Islam . 
 
Orang Melayu dan Warga Negara Malaysia yang sayang pada keamanan, kemajuan berterusan dan kesejahteraan dalam kehidupan mesti tolak ajaran Lim Kit Siang. Bukan Lim Kit Siang sahaja Lim Guan Eng pun sama je.
 
 Tanah Kerajaan yang sepatutnya dibuat rumah kos rendah dia pergi buat Hospital Swasta. Duit punya pasal dia pergi tipu rakayat! Guan Eng nak tipu apa lagi Kementerian Kesihatan dah luluskan hospital swasta tu.

DAP sudah menghancurkan banyak tanah Melayu di Penang , Dengan Pembangunan mereka secara lansung akan mengusir orang Melayu ke tepi , Ini format LKY di Singapura Tanah Cina akan di biarkan Tanah Melayu akan disingkir konon untuk pembangunan , Lama kelamaan Melayu Penang akan merempat.

Perhatikan dalam Pilihan Raya , Calon DAP yang bukan orang Melayu akan berhujah dalam bahasa melayu supaya melayu cair. Walau dorang cakap pelat demi mengambil hati melayu yang mudah ditipu ni mereka sangguplah. Lebih pandai mereka bercakap bahasa Melayu lebih senang nak tipu melayu. Kalau DAP berkuasa nanti jadi macam kat Singapura Melayu sendiri merempat di Tanah Sendiri.

PAS Buang Ulama, UMNO Ambil Ulama

Tidak berapa lama dulu, PAS pernah dikenali sebagai parti alim ulama berikutan ramainya para ulama pondok dan ilmuan agama lulusan dari Timur Tengah yang lebih selesa berjuang dari dalam PAS berbanding bersama dengan UMNO. 

Bagaimanapun beberapa tahun kebelakangan ini, trend sedemikian seperti sudah berubah arah apabila para ulama dan tok guru pondok kini kelihatan semakin menjauhi PAS dimasa yang sama dilihat semakin mesra pula dengan UMNO.

 Sikap PAS yang semakin angkuh dan bongkak dalam mengejar kuasa termasuk sanggup menggadai prinsip dan dasar perjuangan Islam termasuk kerap tunduk pada tekanan rakan sepakatan dari pembangkang turut menyumbang ke arah perubahan trend tersebut.

 Di Kelantan umpamanya, sebahagian besar tok guru pondok sudah tidak lagi sanggup bersekongkol dengan PAS yang dilihat melebih-lebihkan dunia hingga lupa matlamat sebenar untuk mendaulatkan Islam dan hukum hakamnya. 

 Jika dulu pandangan dan nasihat tok guru pondok sering menjadi rujukan pemimpin PAS dalam sesatu isu, kini peranan tok guru pondok tidak lebih sekadar sebagai tukang baca doa dan adakalanya menjadi tok imam untuk program politik yang berselindung disebalik majlis 'solat hajat perdana'. 

Tambahan pula semenjak sebahagian besar pimpinannya dikuasai oleh puak liberal yang dikenali sebagai Anwarinas ataupun Erdogan, rentak hala tuju PAS juga kian liberal manakala suara-suara golongan ulama parti pula semakin tenggelam.
 
Pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS dalam isu kalimah Allah s.w.t misalnya, sengaja dibakul sampahkan sahaja hanya semata-mata hati dan perasaan pemimpin DAP dan pengundi kristian pro DAP dilihat lebih utama untuk kepentingan mengejar kuasa duniawi. 

 Malah, apabila ramai pimpinan utamanya yang berlatar belakangkan agama sengaja dipinggirkan dalam perebutan jawatan parti, ia mengesahkan lagi yang PAS kini sudah melalui zaman perubahan total yang meletakkan para ulama dalam PAS kini hanyalah umpama kain buruk sahaja. 

 PAS lebih selesa dengan rentak baru haluannya yang lebih bebas tanpa kawalan dan teguran dari ulama dalam parti, meletakkannya kini seakan sama seperti PKR dan DAP walaupun tarafnya masih bersifat balaci. 

Tika PAS berubah sikap secara drastik membuang satu demi satu pemimpin berlatarbelakang agama dan mula meminggirkan suara ulama-ulamanya, UMNO pula mengorak langkah memperkukuhkan suara alim ulama supaya lebih memainkan peranan dalam parti dan kerajaan. 

Bagi PAS, para ulama dan tok guru pondok seakan sudah tiada nilai untuk dimanfaatkan sebaliknya kemunculan beberapa artis perempuan yang suatu ketika dulu meliuk-liuk tubuhnya bergaya seksi di depan kamera kini dilihat lebih berharga untuk memancing undi muda mudi.

Adat Perpatih – Adat beragama, Agama kita pertahankan, Adat Bernegeri, negeri kita pertahankan, adat berkampung, kampung kita pertahankan.. adat bersuku, suku dipertahankan



DYMM Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir pernah bertitah ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Adat Perpatih 2012 pada 7 Julai lalu bahawa Kerajaan Negeri perlu sentiasa memperkenalkan Sistem Adat Perpatih kepada generasi muda dan orang luar dari negeri ini.

Sistem Adat Perpatih yang diamalkan sejak zaman berzaman itu terbukti berjaya mengubah gaya hidup masyarakat yang bertelagah agar sentiasa memupuk semangat perpaduan dan kekeluargaan diantara satu sama lain.

Menurut baginda, adat tertua itu tidak boleh dibiar untuk generasi hari ini menyalah tafsir dan ianya perlu dibudayakan.

Titah baginda, “Beta melihat langkah yang pragmatik perlu dikenalpasti dan dilaksanakan agar warisan Adat Perpatih tidak dilihat sebagai terpakai hanya untuk tujuan atau sesuatu majlis tertentu sahaja. Adat yang disanjung ini tidak seharusnya dibiarkan terus berada ditakuk lama tanpa memberikan ruang untuk ianya berkembang bersesuaian dengan peredaran zaman.”

“Ianya juga perlu dibuktikan sebagai pemangkin utama bagi menangani masalah gejala sosial yang melanda masyarakat pada hari ini, seperti penyalahgunaan dadah, kerapuhan nilai-nilai murni, serta kelunturan budi bahasa dan keruntuhan institusi kekeluargaan.” Titah baginda lagi.

Baginda turut tegas dan memastikan asas nilai tradisi yang positif yang terkandung di dalam Adat Perpatih tidak diwariskan hanya pada nama dan tujuan tertentu sahaja, tetapi melalui pengisian serta amalan yang menyeluruh di dalam aspek kehidupan.

Sekiranya perkara ini diberi keutamaan oleh semua pihak, Adat Perpatih akan terus kekal relevan untuk diwariskan kepada generasi akan datang.

Menurut senario hari ini, keadaan menjadi agak kritis dan pemahaman masyarakat semakin longgar terhadap kehidupan bermasyarakat dan budaya kehidupan itu semakin ditinggalkan.

Oleh yang demikian, Negeri Sembilan khususnya yang terkenal dengan negeri beradat ini perlu menginsafi  serta mengamalkan sistem permuafakatan dengan lebih mendalam lagi agar perhubungan ini menjadi semakin kuat dan utuh.

Hubungan antara Raja dan Pemimpin, hubungan pemimpin dengan rakyat diibaratkan sebagai “Raja dan rakyat berpisah tiada. Raja penaung rakyat jelata. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.”

Segala perselisihan dirunding untuk mencapai satu keputusan yang baik untuk masyarakat.

Pemimpin yang memegang amanah dan tanggungjawab, disukai dan disayangi rakyat. Adat beragama, agama kita pertahankan, Adat Bernegeri, negeri kita pertahankan, adat berkampung, kampung kita pertahankan.. adat bersuku, suku dipertahankan.

Baginda mencemar duli ke Majlis Berbuka Puasa di kediaman rasmi Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, semalam.

Baginda diiringi DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Tengku Besar Mahmud serta dua putera baginda, Tunku Ali Redhauddin, Tunku Zain Al’Abidin.

Majlis Berbuka Puasa tersebut turut dihadiri Tunku Besar Tampin dan Undang Yang Empat.

EXCO, ADUN, Ketua Jabatan Negeri dan Persukutuan serta ahli MUBARAK antara yang hadir.












Tuesday, 24 July 2012

Melayu di halau DAP : Sakai Masuk Hutan , Melayu Mati :: JANGAN JADI BARUA LAH MELAYU SOKONG DAP !!! BACA INI


Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang melenting apabila parti itu didakwa diresapi elemen-elemen komunis sementara PAS pula dipengaruhi unsur-unsur organisasi penganas Jemaah Islamiah.

Reaksi spontan Kit Siang terhadap kenyataan Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin dalam Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen 19 Julai lalu harus difahami dalam konteks sejarah penubuhan DAP dan kaitan parti itu dalam rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Bagi golongan muda yang tidak melalui peristiwa berdarah 43 tahun lalu mungkin tidak begitu mengerti mengapa tokoh veteran DAP itu amat marah terhadap dakwaan tersebut, tetapi generasi yang melihat dengan mata kepala mereka sendiri tragedi paling dahsyat dalam sejarah negara itu sudah tentu memahami sebab musabab reaksi cacing kepanasan beliau.

Sejarah awal penubuhan DAP mempunyai kaitan rapat dengan Parti Tindakan Rakyat Singapura (People’s Action Party - PAP ) yang di tubuhkan pada tahun 1954. Antara pelopor awal PAP ialah Lee Kuan Yew yang bertindak sebagai setiausaha agung parti itu.

Sejurus Singapura berpisah daripada Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti itu di negara ini dibatalkan sebulan kemudian. Maka untuk meneruskan agenda PAP yang 100 peratusnya adalah pro-Cina, Devan Nair, ahli parlimen Bangsar ketika itu berusaha menghidupkan kembali parti itu dengan mendaftar sebuah parti baru dipanggil Parti Tindakan Rakyat tetapi ditolak oleh pendaftar pertubuhan kerana mempunyai persamaan dengan PAP dari segi nama.

Devan Nair lalu menukar nama tersebut kepada Parti Tindakan Demokratik atau Democratic Action Party (DAP) yang diluluskan secara rasmi pada 19 Mac 1966. DAP yang baru ditubuhkan itu dipelopori pula oleh Kit Siang yang dikatakan mempunyai pertalian famili dengan Kuan Yew yang berasal dari Batu Pahat, Johor.

Dari segi lambang parti, prinsip perjuangan dan cara berpolitik, tidak ada bezanya antara DAP di Malaysia dan PAP di Singapura. Maka tidak hairanlah sehingga ke hari ini generasi pemimpin baru DAP seperti anak Kit Siang, Lim Guan Eng meneruskan tradisi berkiblat kepada PAP terutamanya setelah parti itu memerintah Pulau Pinang.

Bukankah Guan Eng sendiri mengaku bahawa beliau sering melakukan lawatan ke Singapura setiap dua minggu untuk bertemu mentor besar DAP, Kuan Yew serta mendapatkan arahan-arahan spesifik berhubung gerakan kerja politik parti itu di Malaysia? Apabila DAP dan Gerakan (ketika itu masih menjadi pembangkang) menang besar di Selangor pada pilihan raya umum tahun 1969, kedua-dua parti itu menjadi besar kepala.

DAP menggunakan kebebasan bersuara tanpa batasan dan kawalan untuk mengutuk dan menghina bangsa Melayu dengan kata-kata kesat dan mengaibkan dalam perarakan besar-besaran di Kuala Lumpur dengan membawa sepanduk dan pembesar suara.

Baru sahaja 12 tahun kaum Cina diberi taraf kerakyatan penuh melalui dasar 'jus soli' sebagai salah satu syarat utama Inggeris untuk kemerdekaan, orang Cina sudah naik tocang.

Menurut Laporan rasmi Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan oleh Almarhum Tun Abdul Razak Hussein, tindakan DAP mengadakan perarakan jalanan meraikan kemenangan mereka dengan menghambur sentimen perkauman terhadap bangsa Melayu menjadi pencetus kepada rusuhan kaum yang menelan korban lebih 2,000 nyawa.

Sehari setelah melenting, Kit Siang bertukar nada dengan mengatakan parti itu inginb bekerjasama dengan Barisan Nasional untuk menghindari tragedi 13 Mei berulang. Tujuannya ialah untuk menutup dosa besarnya sebagai pengerak utama 13 Mei dan membasuh tangannya yang berlumuran darah rakyat tidak berdosa yang didalangi tidak lain tidak bukan oleh Kit Siang sendiri.

Slogan yang dicanang oleh Kit Siang dan pemimpin DAP Cina lain pada perhimpunan dan perarakan mereka yang menjurus kepada peristiwa berdarah 13 Mei ialah "Malai si" yang bermakna "Mati Melayu". Pada 11 Mei penyokong DAP berteriak: "Apa polis boleh buat, kita raja.

Buang sama polis Melayu." Di Jalan Bukit Bintang pada hari yang sama, DAP melaung: "Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan." Di Jalan Changkat Dollah pula mereka mengapi-apikan bahawa: "KL sekarang Cina punya."

Sehari kemudian pada 12 Mei di Jalan Ipoh dan Jalan Tunku Abdul Rahman, penyokong DAP menjerit: "Melayu balik kampung, Melayu sekarang tidak ada kuasa. Sekarang kita Cina sudah 'control'."

Malah sejarah mencatat kenyataan angkuh Kit Siang sendiri di Jalan Khir, Kampung Baru, di hadapan orang Melayu ini denga berkata: "Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu, sekarang kita sudah ada kuasa."

Keesokan harinya pada 12 Mei di hadapan Balai Polis Jalan Pudu, penyokong Cina DAP terus melaungkan: "...semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis." "Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau."

Hari yang sama mereka juga mengutuk bangsa Melayu di Jalan Canvel: "Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu." Di Jalan Bukit Bintang, DAP pula berkata; "Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu."

Hakikatnya, DAP tidak akan bertukar menjadi sebuah parti yang memperjuangkan hak-hak orang bangsa Melayu dan pribumi kerana sikap rasis dan perkauman tebal sudah menjadi darah dagingnya. 

Saturday, 21 July 2012

KEMELUT 42 TAHUN BERJAYA DISELESAIKAN OLEH MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN DENGAN BIJAK


Tiada apa yang dapat dikatakan lagi tanda ksyukuran setelah 42 tahun kemelut yang menghantui penduduk ini akhirnya dapat diselesaikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan. Ada di antara mereka yang telah pun meninggal dunia. Hanya dakapan tanda ucapan Terima Kasih kepada YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan.
Ini adalah satu lagi kejayaan besar yang telah di catat oleh Menteri Besar Negeri Sembilan , Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan apabila berjaya menyelesaikan masalah kemelut yang menghantui pemilik tanah kampung Serampang Indah selama 42 tahun.

Satu keputusan dan formula penyelesaian kemelut status tanah di Kampung Serampang Indah, yang dimiliki oleh Gatco satu ketika dahulu, akhirnya dapat diselesaikan Kerajaan Negeri melalui perundingan dengan tuan tanah baru iaitu Thamarai Holding Sdn Bhd (TH) dengan kebijaksanaan Menteri Besar.

Perundingan harmoni dan bijak yang kerap dilakukan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan bersama wakil Thamarai Holding berakhir di mana satu penyelesaian dapat diputuskan apabila  peneroka asal, pewaris peneroka asal dan pembeli yang membeli tanah kepada peneroka asal mendapat pemilikan tanah masing-masing.

Kesatuan Sekerja Ladang (NUPW) telah dikurniakan tanah oleh Kerajaan Negeri pada tahun 1970an oleh Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu, Dato Mansor Othman yang mahu melihat kawasan hutan dibangunkan dengan hasil pertanian.

Mengambil kejayaan FELDA yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak, kawasan hutan yang terletak di bawah pengurusan Pejabat Daerah Jempol tersebut dibuka melalui Kesatuan Sekerja Ladang yang akhirnya menubuhkan Gatco yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan ladang.

Mengambil contoh FELDA yang ditubuhkan kerajaan, Gatco telah membuka ladang tersebut kepada orang ramai ketika itu melalui temuduga terbuka dan peneroka-peneroka yang berjaya telah diberikan 2 ekar tanah kediaman dan 8 ekar tanah ladang untuk diusahakan.

Memandangkan Gatco bukan pemilikan kerajaan dan kurang pengalaman di dalam pengurusan perladangan, perniagaan Gatco merosot dan terpaksa berunding dengan peneroka bagi membuat perjanjian baru dan memajak tanah tersebut kepada pihak bank untuk pusingan modal.

Pada tahun 1983, syarikat Gatco memperbaharui perjanjian dan melakukan pengubahsuaian dan keluasan tanah perladangan dikurangkan kepada lapan ekar.

Gatco membuat pinjaman dengan dua buah institusi kewangan iaitu United Asian Bank dan Nederlandse Financierings-Maatschappijvoor Ontwikkelingslanden.

Bertolak dari masalah pengurusan, syarikat Gatco diisytiharkan muflis pada tahun 1996. Sepanjang tempoh ini peneroka gagal mendapat geran hak milik dan pihak bank terpaksa mengambil tanah Gatco.

Akibat dari tidak berpuas hati, penduduk Gatco telah membawa perkara ini sehingga ke mahkamah rayuan dan mahkamah tinggi. 

Namun disebabkan Gatco sudah distiharkan muflis pada tahun 1996, mahkamah tinggi tidak lagi menguruskan kes ini sehingga tanah tersebut diserahkan kepada dana harta berdasarkan peruntukan undang-undang yang sah.

Dana harta pula telah membuka lelongan awam bagi tanah Gatco yang akhirnya dibeli oleh Thamarai Holding Sdn. Bhd.

Apabila Thamarai Holding Sdn Bhd (THSB) menjadi tuan tanah baru bagi Gatco, peneroka asal yang masih tinggal mahu membeli tanah tersebut kepada THSB.

THSB sebagai perniagaan berasaskan keuntungan meletakkan harga RM25,000 – RM30,000  seekar mengikut harga pasaran tanah yang dituntut oleh peneroka. Peneroka menuntut sebanyak 8 ekar seperti mana perjanjian dengan Gatco di tahun 1983.

Peneroka tidak berpuas hati dengan harga yang ditawarkan kerana THSB membeli tanah tersebut secara lelongan.

Akhirnya, meminta Menteri Besar masuk campur di dalam urusan ini.

Akhirnya, beberapa siri perbincangan dan perundingan dengan ahli lembaga pengarah THSB berlaku.
Perundingan terakhir berlaku sebelum Menteri Besar hadir mengumumkan berita baik tersebut di Majlis Bersama Rakyat di Kampung Serampang Indah, di kediaman rasmi beliau pada 13 Julai 2012.

Hasil perundingan, THSB bersetuju memberi percuma empat ekar tanah kepada peneroka asal atau waris dan percuma dua ekar tanah kepada pembeli yang membeli tanah tersebut kepada peneroka asal atau waris.

Di hadapan peneroka asal dan waris Gatco, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan menyatakan jawatankuasa pembahagian tanah dipengerusikan oleh Dato’ Zainal Abidin Ahmad, ADUN Lui.

Di mana segala pembahagian tanah ini perlu saksi dan menandatangani dokumen di hadapan Pesuruhjaya Sumpah bagi mengelakkan sebarang kesulitan kelak.

Kos pembahagian tanah dan dokumen ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.


Tuesday, 17 July 2012

Lautan Rakyat Menunggu kedatangan Timbalan Perdana Menteri di Tampin
















TAMPIN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan perjumpaan dengan kira-kira 200 imam dan nazir daerah Tampin di surau Taman Indah Baru di sini petang ini dalam rangka lawatan rasminya ke daerah Tampin. 

Sebelum itu, Muhyiddin yang tiba di surau berkenaan pada kira-kira jam 4.30 petang menunaikan solat jamak. Beliau kemudian meluangkan masa kira-kira 25 minit dan bersalaman dengan para imam dan nazir pada jamuan petang di perkarangan surau itu. 
Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor. 

Sebelum itu beliau dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Indah. 

Terdahulu pada sebelah pagi, beliau dan isteri menghadiri majlis perasmian bangunan baru SJK Cina Kampung Baru Tampin. 

Muhyiddin dan isteri berlepas pulang ke ibu negara pada kira-kira jam 5 petang tadi. - 

AMUK DI JPM AKIBAT PAS SEBAR FATWA SESAT, POLITIK BENCI

Kejadian amuk di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri 9 Julai lalu oleh seorang lelaki dan wanita membawa pedang samurai dengan tujuan menggulingkan kerajaan dilihat sebagai satu petanda perkembangan yang tidak sihat dalam politik negara.

Ini kerana pihak pembangkang yang selalunya akan cepat melompat untuk mengeksploitasi sesuatu isu bagi kepentingan politik mereka, kali ini amat menghairankan senyap sepi tanpa memberi banyak komen.

Lidah rasmi parti-parti pembangkang juga tidak langsung memuatkan apa-apa berita mengenai kejadian tersebut seolah-olah ada arahan misteri daripada kepimpinan tertinggi parti masing-masing supaya tidak membicara atau mengenengahkan isu tersebut di dalam lembaran akhbar mereka.

Akhbar PAS, Harakah, terbitan tanpa permit PKR, Suara Keadilan serta Roketkini milik DAP semuanya tiba-tiba dilanda penyakit bisu dan tidak semena-mena mata pena fanatik pengarang akhbar-akhbar tersebut yang galak menyerang kerajaan dan Perdana Menteri saban hari, kali ini terkunci serentak.

Pelik dan ajaib tetapi itulah hakikatnya bahawa kali ini pembangkang langsung tidak mahu memberi apa-apa komen mengenai tindakan amuk Khalil Afandi Hamid yang menggelar dirinya 'Imam Mahdi'.

Khalil Afanda kemudiannya mati akibat tembakan polis sementaranya pasangannya Muhdalina Ahmad cedera di kaki.

Pembangkang terutamanya PAS tidak mahu terlibat dalam polemik insiden tersebut kerana tahu merekalah yang menjadi penyebab utama kepada kemunculan gejala amuk tersebut.

Disebabkan takut dikaitkan dengan tindakan keganasan itu, maka PAS mengambil sikap berdiam terutama sekali pemimpin mereka seperti Abdul Hadi dan Nik Aziz.

Jika dikaji sejarah perjalanan politik PAS sebagai sebuah organisasi politik, parti itu telah mula mengamalkan sikap ekstremisme dalam dasar perjuangannya dengan terbitnya buku kecil 'Amanat Haji Hadi' pada tahun 1981.

Buku kecil itu mengandungi beberapa fatwa Abdul Hadi menurut fahaman agama yang sempit dan fanatik yang antara lain mengkafir ahli-ahli Umno hanya kerana mereka berlainan ideologi politik dengan PAS.

Maka tercetuslah budaya kafir mengkafir yang amat dahsyat di kalangan umnat Islam di negara ini terutamanya di kelahiran Abdul Hadi iaitu Terengganu.

Masyarakat Islam yang selama ini hidup dalam keadaan harmoni dan saling berkasih sayang di antara satu sama lain tiba-tiba dipunahkan oleh 'Amanat Haji Hadi'.

Akibatnya daripada fatwa yang paling sesat tersebut, suami menceraikan isteri semata-mata kerana si suami menjadi ahli PAS manakala si isteri pula tetap menyokong Umno.

Jiran tetangga menjadi porak peranda kerana kenduri kendara orang Umno di boikot oleh orang Pas hanya kerana fatwa Abdul Hadi yang mengharamkan memakan sembelihan puak yang menyokong Umno.

PAS mengatakan merekalah pejuang Islam yang tulen sehingga hak hubungan dan silaturrahim saudara-saudara seIslam diputuskan semata-mata kerana fahaman politik yang jumud.

Susulan daripada fatwa sesat itu, tercetus pula insiden solat dua imam di mana ahli-ahli PAS enggan bersembahyang di belakang imam yang dilantik kerajaan kerana kononnya tidak sah hukumnya.

Maka di Terengganu dan di Kelantan merebaklah budaya dua jemaah yang menyembah Tuhan Yang Esa dan mengikut Nabi yang sama tetapi tidak mahu bersatu di bawah satu kepimpinan.

Kedai-kedai makan kepunyaan ahli Umno juga dipulaukan ahli PAS, juga hasil fatwa Abdul Hadi itu, malah anak-anak orang PAS diharamkan bercampur gaul dengan rakan-rakan mereka dari keluarga Umno.

Begitu besar dosa PAS memecah belahkan umat Islam dan orang Melayu sehingga kesannya masih dirasai hingga ke hari ini.

Sikap fanatik Abdul Hadi kemudian berjangkit pula kepada Nik Aziz yang menjadi Mursyidul Am parti itu.

Umat Islam menjadi binggung dam pemikiran mereka kucar kacir apabila Nik Aziz menyatakan orang Islam  boleh berkawan dengan syaitan.

Ini juga satu fatwa yang menyesatkan dari seorang pemimpin PAS yang terang-terangan melanggar perintah Allah.

Allah menyatakan di dalam Al-Qur'an bahawa syaitan adalah musuh yang nyata dan menyesatkan manusia tetapi Nik Aziz menganggap syaitan yang dilaknat seharusnya dijadikan sekutu manusia.

Akibat berkawan dengan syaitan, Nik Aziz mengeluarkan satu lagi fatwa yang menyesatkan dengan mengatakan sesiapa yang mengundi PAS akan dianugerahkan dengan syurga.

Kini Nik Aziz telah menyamakan tarafnya dengan Allah kerana boleh menentukan siapa yang berhak masuk syurga dan siapa pula menjadi penghuni neraka!

Hakikatnya, amuk Khalil Afandi dan Muhdalina adalah hasil kerja tangan kotor PAS dan pembangkang yang selama ini menanam benih kebencian dan perpecahan di dalam masyarakat.

Kerajaan perlu bertindak tegas terhadap penyebaran budaya benci dan fanatik ini sebelum muncul lebih ramai lagi Khalil Afandi dan Muhdalina yang lain.


Monday, 16 July 2012

Siapa juga calon PR menggantikan Rashid BN akan tetap tawan DUN Ampangan kali ini.

Tanya saja siapa Chegu Rashid kaki ekor , rasanya  orang orang Ampangan sudah faham siapa yang di maksudkan kalau tak lain  Chegu Rashid ADUN Ampangan. Ini kerana  perkataan kaki ekor itu sudah senonim dengan beliau kerana sebelum bergelar YB beliau sering kekedai ekor untuk membeli ekor.

Dato' MB juga ada menyebut dalam soal jawab  Dewan undangan negeri dan chegu Rashid  teroingga pingga apabila Dato' MB menegur beliau agar  jangan asyik beli nombor ekor. Ketika itu Chegu Rashid tidak pernah pula menafikan mahupun  mengaku akan kebenaran nya.

Rashid  sebenarnya berkecimpung dalam politik ini bukan lah kerana minat atau kerana  perjuangan. Rashid yang sememangnya diketahui telah berniaga secara kecil kecilan semenjak dia masih menjadi guru lagi. Dia pernah membuat syarikat trading, syarikat menjual kereta dan pernah menjadi macam macam broker kerana dia ini bercita cita besar untuk menjadi seorang jutawan. Rashid akan mengambil apa saja peluang yang ada untuk melonjakkan dirinya sebagai orang yang kaya.

Rashid  sememangnya tidak berminat langsung menanam perasan membela kehidupan rakyat. Dia sendiri sebenarnya hanya cuba cuba dan main main saja untuk menjadi ahli politik dan   memperolehi upah menjadi calon, Sebab ketika itu tidak ramai yang berminat untuk menjadi calon. Rashid sendiri tidak manjangkakan bahawa dia akan menang.

Sewaktu keputusan diumumkan dia  terperanjat apabila diumumkan menang dalam PRU 12 DUN Ampangan. Heboh juga suatu ketika sebaik memenangi PRU12   Rashid dikatakan pernah menawarkan diri kepada agen untuk menjual kerusi DUN Ampangan . Namun entah bagaimana tawaran Rashid itu tidak tidak disahut dan akhirnya   beliau terus menjadi ADUN Ampangan  walaupun itu bukan lah merupakan satu kerelaan dirinya.

Rashid tidak mempedulikan apakah kemahuan dan kepentingan yang di mahukan oleh rakyat kerana dia tahu semuanya telah diberikan dan juga dijagai oleh kerajaan Negeri melalui bapa angkat BN dikawasan berkenaan. Rashid dikatakan semakin jauh dengan rakyat dan ini sebenarnya telah di hidu oleh pusat dan nama Rashid tidak akan dicalonkan di Ampangan pada PRU 13 nanti,

Sunday, 15 July 2012

Benarkah DAP Hanya Akan Bertanding 60 Kerusi?

Pengagihan kerusi pilihanraya bagi parti-parti sekutu dalam Pakatan Rakyat nampaknya masih kabur.   Walhal, Ketua Pembangkang, iaitu Anwar Ibrahim sebelum ini telah menyatakan bahawa pembahagian kerusi PRU telah pun dimuktamadkan.
Dan nampaknya sekali lagi Anwar menipu.

Dari sumber-sumber tertentu, kita telah dimaklumkan bahawa PKR akan bertanding 66 kerusi.  Manakala PAS sebelum ini ada mewar-warkan bahawa mereka akan bertanding 80 kerusi.  Namun, mengikut perkiraan berdasarkan PRU yang lepas, PAS hanya mampu meletakkan 66 kerusi sahaja dan itupun hanya berjaya memenangi 22 kerusi.

Justeru, jika PAS ingin bertanding 80 kerusi menunjukkan betapa PAS itu akan tetap dengan angan-angan Mat Jeninnya.

Kita juga dapat membaca sikap berhati-hati Hadi Awang dalam memperkatakan soal kerusi, kerana Hadi hanya menyebut ‘mungkin akan bertanding 80 kerusi’ iaitu bukannya satu kepastian lagi.

Kita amat faham betapa hati Hadi Awang akan bergetar apabila menyebut nama DAP.  Kerana itu, Hadi tidak berani meletakkan angka muktamad, tetapi hanya menganggarkan sahaja akan jumlah kerusi yang akan ditandingi PAS dalam PRU nanti.  Tidak mungkin Hadi akan mengumumkan jumlah muktamad tanpa restu DAP terlebih dahulu.

Bagaimanapun, elok kita ketepikan angan-angan Mat Jenin PAS dan melihat dari segi logik.  Logiknya, PAS hanya akan bertanding sekitar 66 kerusi, dan PKR telah pun memuktamadkan bertanding 66 kerusi juga, maka pastinya kerusi lebihan sebanyak 90 lagi adalah milik DAP.

Tidak mungkin DAP akan benar-benar bertanding 60 kerusi sahaja seperti kata Lim Kit Siang kepada Malaysian Insider, kerana jika benar, bermakna PR hanya akan bertanding 192 kerusi sahaja keseluruhannya.

Mungkin ada yang terpedaya dengan hujah DAP dan PAS bahawa ini hanyalah spekulasi jahat BN untuk memecahbelahkan PR, tetapi apa yang dinyatakan di sini adalah analisis berdasarkan logik dan bukannya angan-angan Mat Jenin.

Perlu diingatkan bahawa DAP telah bertanding 47 kerusi dalam PRU yang lepas dan memenangi 28 darinya, yang mana mengatasi jumlah yang dimenangi oleh kedua-dua rakan sekutunya.  Maka tidak mungkin DAP akan mengalah meletakkan kerusi yang jauh lebih sedikit dari kedua-dua mereka dalam PRU kali ini.

Percayalah, seperti yang ditekankan oleh Lim Guan Eng secara tidak langsung dalam perdebatannya dengan Chua Soi Lek baru-baru ini, iaitu DAP tidak sekali-kali menerima konsep kerjasama dengan PAS dan PKR sepertimana UMNO-MCA-MIC.   Sebaliknya DAP akan sentiasa memastikan kedudukannya jauh lebih tinggi dari sekutu-sekutu hapraknya.

Justeru, kesukaran DAP dan PAS menyatakan jumlah muktamad kerusi yang akan dipertandingkan dalam PRU nanti adalah bukti bahawa PR menghadapi krisis dalaman iaitu dilema antara sikap kiasu (DAP) dengan tekanan majoriti (pengundi Melayu).

Yang pasti, perkataan kiasu (takut kalah) itu sendiri sudah menyatakan segala-galanya iaitu DAP tidak akan sekali-kali beralah.

Penuhi Negeri Sembilan dengan kibaran jalur gemilang



SENAWANG, 14 Julai – Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan menasihatkan rakyat negeri ini agar mengibarkan jalur gemilang di premis perniagaan, kediaman, pejabat serta kereta sempena memperingati dan menghormati sejarah kemerdekaan Negara ini. baca selanjutnya

PEDASSS..!!! BILA MELAYU BARUA DAP BERSUARA MELAGAKAN PEMIMPIN UMNO/BN..!!!

aspan

Agak melucukan membaca tulisan Aspan Alian, bekas ahli UMNO yang kecewa dan kini menyertai DAP, yang cuba menabur persepsi buruk kepada UMNO seolah-olah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sedang terdesak meminta sokongan dari ahli-ahli Mubarak.

Kononnya, dua tiga orang ADUN dan bekas Exco kerajaan negeri menghubunginya memberitahu kemarahan mereka terhadap kepimpinan Najib, dan cuba membayangkan bahawa “ketika terdesak barulah Najib nak panggil dan hargai Mubarak”.

“Apa yang saya benci sekarang ini, jika BN masih dapat kuasa hanya orang-orang tertentu sahaja yang akan mendapat habuan dan kami ini hanya dijadikan landasan untuk mereka menyamun dan merompak kita,” kata bekas ADUN itu, dakwa Aspan Alias.

Sebagaimana maklum, Aspan Alias bolehlah disifatkan sebagai pengkhianat kepada Islam, Melayu dan Tanah Melayu memandangkan dia melompat menyertai DAP yang terkenal dengan sikap rasis, chauvinis dan ultra kiasunya lebih pekat dari komunis.

Meskipun DAP tidak mengangkat senjata seperti Chin Peng dan gerombolannya, DAP yang disertai Aspan itu meneruskan doktrin komunis secara halus melalui saluran kuasa politik. Buktinya begitu mudah untuk dilihat di Pulau Pinang.

Justeru itu, bolehkah kita pakai dan percaya segala dakwaan Aspan Alias itu bulat-bulat tanpa sebarang prasangka bahawa dia cuba menimbulkan persepsi buruk melaga-lagakan Najib dengan “orang-orang lama” UMNO/BN?

Sekiranya kita mengikut perkembangan pentadbiran Najib sejak beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri Malaysia dari Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau tidak pernah membelakangkan orang-orang lama dan veteran, terutamanya Mubarak.

Sedangkan bekas-bekas perajurit, bekas penjawat awam dan bekas-bekas polis pun Najib raikan dengan penghargaan dan kemuliaan, apatah lagi ahli-ahli Mubarak yang dulu pernah banyak menabur jasa kepada rakyat bersama UMNO/BN.

Sudah tentulah mereka diraikan dan dihargai sepenuhnya. Lainlah DAP yang kini langsung tidak menghargai Tunku Aziz yang menjawat jawatan tertinggi parti dan banyak menghabiskan umurnya bersama parti rasis tersebut.

Jika benarlah apa yang dikatakan Aspan mengenai kemarahan 2 – 3 orang ahli Mubarak itu, rasanya UMNO dan Najib tidak memerlukan individu yang menghubungi Aspan tersebut memandangkan dia sangat berpotensi menjadi talibarut DAP dan membelot kepada parti.

Jika direnung kata-kata salah seorang dari mereka yang berkata seperti di atas, ternyata ahli Mubarak itu mengharapkan habuan dari perjuangannya dan perjuangannya itu lebih bersifat berkepentingan peribadi.

Pendirian individu yang mengadu kepada Aspan itu jelas sangat bertentangan dengan perjuangan UMNO/BN yang mewajibkan diri mereka berkhidmat sepenuh hati kepada rakyat tanpa mengharapkan atau mementingkan kepentingan diri sendiri.

Sebenarnya, 2 – 3 orang yang bersikap seperti itulah yang memburukkan nama UMNO dan mereka sangat dialu-alukan untuk meninggalkan parti seterusnya menyertai Aspan Alias kerana sikap tersebut adalah sama dengan Aspan yang mahukan “sesuatu” dari UMNO sebelum ini, bukan?

Untuk pengetahuan Aspan, boleh dikatakan semua ahli-ahli Mubarak menyokong penuh kepimpinan Najib dan 2 – 3 orang yang menghubunginya itu dikatakan hanyalah mereka yang kecewa sepertinya setelah “permintaan” mungkin mereka tidak dapat dipenuhi.

Sepanjang lebih 3 tahun pentadbiran Najib, belum pernah sekalipun kita terdengar perselisihan pendapat atau rungutan dari Mubarak terhadapnya dan saya yakin bahawa jika ada yang tidak puas hati dengan Najib, sudah tentu sudah lama mereka bersuara.

Misalnya, Tun M keluar parti bagi menunjukkan protesnya terhadap kepimpinan Pak Lah yang lemah dan kembali menyertai UMNO setelah Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Perlu Aspan tulis didahinya bahawa Tun M merupakan ahli Mubarak!

Justeru, tak payahlah Aspan cuba melaga-lagakan Najib dengan Mubarak kerana mereka semua ahli politik dan mereka masak benar permainan politik DAP yang kini memperkudakan Aspan sebagai “tin kosong” mereka. Najib dan Mubarak tidak bodoh seperti Aspan Alias.

Apa yang Aspan perlu buat sekarang ialah pergi jumpa dengan kepimpinan DAP dan beritahu mereka bahawa bersedialah berdepan dengan kebangkitan rakyat yang sudah 4 tahun lebih tertipu dengan kata-kata dan manifesto Pakatan Haram pada PRU ke-12 dulu.

Rakyat tidak bodoh dan mereka mampu menilai KPI Pakatan Haram yang hanya bagai burung kakak tua, pandai berkata-kata tapi tak tahu buat satu perkara sekali pun. Dan bersedialah untuk menerima kekalahan Pakatan Haram yang paling teruk dalam sejarah.

Aspan, pergi beritahu “tuan” kamu. Pergi. Syuh..syuh…!!!

duke of umno

Aspan Alias memang selayaknya kita panggil sebagai barua  DAP kerana usahanya  melagakan pemimpin pemimpin Melayu dengan rakyat walaupun usaha itu tidak berjaya, Aspan yang mahu menghabiskan saki baki kehidupan menyertai DAP kerana mengharapkan sesuatu imbuhan yang besar dan juga  berangan angan ungtuk menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.

Aspan di bayar untuk melagakan dan membuat kecoh dan membuat huru hara agar orang Islam dan Melayu berlaga sesama sendiri dan menyokong parti ala komunis DAPig untuk menawan Negeri warisan pusaka kita Negeri Sembilan. Wajarlah kita sebagai anak Melayu beragama Islam untuk menysihkan Aspan dan haram berkawan dengan orang seperti Aspan ini.

PRU13N9

Saturday, 14 July 2012

Paneh Miang apo hal eh ni......masyuk ko???

Semalam terbaca blog paneh miang baca sini. Macam goli pulak baco tulisan blog itu seolah olah paneh miang  kato orang nisemilan tak tahu baca blog. Apahal , apo yang ko tulis tuh paneh miang. berapo masyuk..... tak payah lah tulis lah kalau berita tak sahih dan macam diarah untuk menulis yo.

Bolum tahu laie sapo dicalonkan , silap silap Paneh Miang pun buleh di calonkan. Tak payah lah nak ghairah sangat.Lamo dah perati , bagi lah peluang kek orang lain lak. sumo dah jadi dah sebolum ini.

Friday, 13 July 2012

KRISIS DALAMAN PKR NEGERI SEMBILAN MEMUNCAK

Datuk Kamarul Baharin Abbas menyifatkan kekalahannya dalam pemilihan PKR cabang Teluk Kemang hari ini sebagai isyarat kepada pengundi bahawa ahli parti itu menolak kewibawaannya sebagai wakil rakyat mereka di parlimen berkenaan.

Beliau tewas dalam perebutan jawatan ketua cabang PKR Teluk Kemang, kepada ADUN Port Dickson, M Ravi.

Ravi merupakan pemangku jawatan berkenaan. Beliau mendapat 279 undi manakala Kamarul yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) memperolehi 135 undi.

Baguslah kalau Kamrul faham akan isyarat yang telah diberikan oleh ahli PKR sendiri. Kamarul sememangnya tidak disenangi oleh pemimpin PKR di Negeri Sembilan kerana sikapnya yang ego dan tidak mahu mendengar pendapat orang lain.

Beliau masih mengamalkan sikap ketuanan dalam tentera dahulu  yang kini diserapakan dalam parti yang membuat ramai pemimpin PAS yang tidak suka kepada cara beliau.


Berikut adalah kenyataan penuh Kamarul Baharin dalam facebooknya:


"PKR Telok Kemang telah memberi isyarat kepada pengundi Telok Kemang bahawa anggota parti menolak kewibawaan saya sebagai wakil mereka di Parlimen Telok Kemang. Saya menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka dan akan memikirkan tindakan mengikut hakikatnya bahawa saya perlu memberi laluan kepada sesiapa yang mereka berkenaan secepat mungkin."

Kamarul begitu kecewa apabila kalah dan perpecahan semakin menular dikalangan pemimin PKR  Negeri Sembilan. Kita boleh lihat Badrul tidak akan hadir apabila program dihadiri oleh kempulan  Kamarul . 


Dan pemilihan PKR ini sudah tentu tidak menguntungkan rakyat walau sedikitpun, melainkan mereka yang terlibat. Inilah wajah PKR sebenarnya. Banyak insiden baling kerusi, kecoh dalam dewan, bergaduh, bertikam lidah, mencaci dan memfitnah sesama sendiri semata-mata kerana berebut jawatan dalam parti tetapi mengabaikan tanggungjawab yang sepatutnya diberikan tumpuan.

PAKATAN RAKYAT AKAN HANCUR DI NEGERI SEMBILAN APABILA KRISIS DALAMAN SEMAKIN MEMUNCAK.

Thursday, 12 July 2012

Kamarul Baharin Ahli Dewan Rakyat yang uzur dan dilupai rakyat



Kamarul Baharin Ahli Dewan Rakyat P132 Telok Kemang, orang tua yang sudah mula dilupakan oleh rakyat di Port Dickson kerana kesilapan memilih ahli Parlimen yang sudah tua dan tidak bertenaga ini. Rakyat tertipu dengan janji janji manis pembangkang pada PRU 12 yang lalu dan memberikan peluang kepada seorang tua yang bercita cita tinggi untuk menjadi ahli Parlimen.

Kini rakyat di Port Dickson seolah olah dihukum apabila wakil rakyat ini tidak langsung berfungsi bagi menangani masalah rakyat. Pejabat Parlimen beliau wujud bagaikan hanya untuk memenuhi syarat dan banyak aduan aduan rakyat disimpan di dalam laci dan mengadu di pejabat Parlimen ini adalah sama seperti mengadu kepada dinding.

Persatuan Nelayan, Persatuan Penduduk dan lain lain akhirnya terpaksa  membuat aduan terus kepada Pejabat Menteri Besar dan kepada kerajaan BN untuk mendapat bantuan. Kerajaan Barisan Nasional lebih banyak turun padang untuk melihat sendiri masalah rakyat dan Ahli Parlimen PR hanya sibuk berceramah setiap malam dengan menabur janji janji palsu dan juga menabur fitnah yang telah membuat rakyat menjadi bosan.

Kamarul Baharin baru baru ini bersama Rashid Latif DUN Ampangan ada berkata bahawa PR akan merampas N Sembilan pada PRU13 yang akan datang hanya lah sekadar untuk menonjolkan diri kerana Rashid adalah diantara  mereka dalam senarai Anwar Ibrahim untuk disingkirkan pada PRU 13 nanti kerana tidak perform dan pernah mahu menjual parti kerana wang.(kita cerita pasal Rashid  di tulisan yang lain).

Kamarul Baharin juga mempunyai masalah yang banyak mengendalikan PKR Negeri Sembilan dan beliau dikatakan tidak menyenaraikan nama Chegu Bard kerana tidak begitu suka dengan perangai Chegu Bard yang banyak menghentam kepimpinan Kamarul dalam memimpin PKR Negeri Sembilan. Krisis  antara Kamarul dengan Chegu Bard berlanjutan kerana Kamarul merasakan bahawa Chegu Bard mencuri "lime light" dan beliau diketepikan dan dilupakan oleh rakyat kerana fakta usia dan juga tidak bijak bercakap diatas pentas. Performance  beliau yang buruk juga membuat  beliau kian dilupai. baca sini tentang Kamarul tidak senaraikan nama Chegu Bard dalam PRU13 : klik sini

Kamarul juga di tolak oleh ahli PKR apabila kalah dalam pemilihan cabang PKR :

Kamarul Baharin Abbas menyifatkan kekalahannya dalam pemilihan PKR cabang Teluk Kemang hari ini sebagai isyarat kepada pengundi bahawa ahli parti itu menolak kewibawaannya sebagai wakil rakyat mereka di parlimen berkenaan.

Beliau tewas dalam perebutan jawatan ketua cabang PKR Teluk Kemang, kepada ADUN Port Dickson, M Ravi.

Ravi merupakan pemangku jawatan berkenaan. Beliau mendapat 279 undi manakala Kamarul yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) memperolehi 135 undi.

Berikut adalah kenyataan penuh Kamarul Baharin dalam facebooknya:

"PKR Telok Kemang telah memberi isyarat kepada pengundi Telok Kemang bahawa anggota parti menolak kewibawaan saya sebagai wakil mereka di Parlimen Telok Kemang. Saya menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka dan akan memikirkan tindakan mengikut hakikatnya bahawa saya perlu memberi laluan kepada sesiapa yang mereka berkenaan secepat mungkin."


Lihat lah , ini lah saja orang yang hadir pada ceramah beliau setiap malam.

Faktor tua yang banyak menganggu kerja  Kamarul, beliau adalah pesara yang patutnya bersara.

inilah saja orang yang hadir pada cermah beliau.
PRU13n9

Tuesday, 10 July 2012

20 Ribu Video Seks Anwar – Shamsidar Akan Diedar Di Permatang Pauh


INI berita yang baru penulis terima, 20 ribu keping VCD lucah membabitkan pasangan lelaki dan perempuan yang didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Shamsidar Taharin telah sedia dicetak di Thailand dan akan diedar di Permatang Pauh menjelang pilihanraya umum ke-13 akan datang.
20 ribu bukan jumlah yang sikit, perbelanjaan menghasilkannya juga penulis percaya bukan murah.  Siapa atau apa yang mendalangi semua kerja terkutuk ini penulis tidak pasti.  Penulis ada suspeknya tapi penulis tidak ada bukti.  Sumber yang menyebutkan hal ini kepada penulis pun diketahui datang dari pihak nuetral yang hanya mementingkan wang masuk dari wang keluar.
Belum lagi proses menghasilkan video tersebut.
Sekarang fahamlah penulis kenapa nama Anwar diletak di 2 kerusi Parlimen (Nibong Tebal dan Permatang Pauh), kerana ada pihak yang merasakan Anwar mungkin tewas di kawasan yang selama ini dianggap kawasan selamat, mengambil kira pendekatan tidak bertamadun yang digunakan musuh.
Dengan jumlah pengundi seramai 58,459 mengikut maklumat dari daftar pemilih terbaru, 20,000 video yang dicetak ini mampu menjangkau hampir separuh dari pengundi disana.  Katakan plus minus yang percaya dan tidak, mungkin sekitar 50%.  Itupun sudah masalah besar untuk PKR dan Anwar.
Bagaimanapun, disebalik itu, terselit 2 persoalan besar yang timbul dari pendedahan ini.
Pertama, bagaimana video yang penulis percaya adalah video sama yang diserahkan Datuk S Nallakarupan kepada peguamnya untuk tujuan perbicaraan saman dengan Anwar, boleh terdedah kepada pihak ketiga?
Kedua, dimana kebenarannya bahawa taktik kotor sebegini tidak lagi mendapat sambutan di kalangan rakyat bila pendekatan sama masih digunakan oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menjatuhkan aib dan maruah Anwar?
Penulis tidak ada jawapan kepada persoalan yang pertama tapi penulis minta semua pihak terbabit bersedia dengan perancangan sesuai bagaimana untuk menghadapi pendekatan kotor pihak lawan yang dipandang sepi sebilangan dari kita selama ini, seperti dijelaskan dalam persoalan kedua.
Orang Melayu, senang cakap orang Malaysialah, memang suka dengan perkara-perkara lucah atau semi lucah seumpama ini.  Undang-undang negara kita yang melarang penayangan cerita-cerita ‘dewasa’, tidak seperti di barat, menjadikan permintaan untuk video seumpama ini tidak putus-putus.
Apatah lagi bila penayangan itu dihalalkan kerajaan atas nama ‘mendedahkan perilaku moral pemimpin pembangkang’.
Antara punca kenapa akhbar-akhbar tabloid seperti Metro dan Kosmo mendapat permintaan tinggi ialah kerana kegemaran menyiarkan berita ‘berunsurkan lucah’ ini di muka depan untuk menarik pembaca membeli.
Jadi anggapan sesetengah pihak bahawa video perlakuan seks membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat ini tidak akan mendapat sambutan, orang sudah muak dan sebagainya, tidak boleh lagi dipakai.
Kalau orang sudah muak, takkan mereka berani mencetak video lucah ini sehingga 20 ribu keping?
Percayalah, penggunaan video seumpama ini memang dan akan sentiasa mendapat sambutan kerana nilai sensasi disebaliknya dan seperti yang disebutkan di atas, ‘dihalalkan’ penayangannya oleh kerajaan kerana membabitkan pemimpin pembangkang.
Yang penting cara bagaimana untuk mengatasi pendekatan ini supaya kelebihan akan sentiasa memihak kepada kita.  Mungkin kita juga perlu mencipta video sama membabitkan pemimpin BN pula?
Penulis percaya ini boleh dilakukan, memandangkan teknologi sekarang membolehkan apa yang dulunya dianggap mustahil, dibuat.  Lagipun ramai di antara kita percaya video seks yang membabitkan Anwar sebelum ini adalah direka menggunakan teknologi canggih oleh trio Datuk T.
Soal etika perlu diketepikan sementara kerana sekarang ini fokusnya untuk menang pilihanraya.  Kalau nak kira bukti lengkap, kita tuduh Najib terlibat dalam pembunuhan Altantunya pun tidak ada bukti lengkap tapi lihatlah kebenarannya, rakyat masih percaya.