Labels

Saturday 25 August 2012

Persiapan akhir rumah terbuka MB Negeri Sembilan - 25 Ogos (Malam)


Persiapan terakhir untuk majlis rumah terbuka MB Negeri Sembilan yang akan di adakan pada 25 Ogos bermula jam 11 Tgh Hari sehingga jam 5 petang di KG Tanjung , Rantau Negeri Sembilan. Warga Negeri Sembilan dijemput hadir meraikan rumah terbuka dan di jangkakan 30 ribu orang akan mengunjungi rumah terbuka ini. Bas Bas telah disediakan di beberapalokasi di Pekan Rantau untuk membawa tetamu ke Kg Tanjung di mana  adalah merupakan rumah pusaka keluarga Menteri Besar Negeri Sembilan. YAB Dato' Seri Utama  Haji Mohamad Haji Hasan.



























Friday 24 August 2012

Persiapan akhir Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YAB MBNS dan keluarga (Petang)

Sumber : n9kini.com


RANTAU, 24 Ogos – Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan sendiri memastikan persiapan akhir Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Y.A.B Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan berjalan lancar di kediaman di Kampung Tanjung, Rantau, petang tadi.
Persediaan dan persiapan menerima kunjungan tetamu di rumah terbuka beliau telah bermula dua hari lalu dan penduduk kampung bergotong royong menyediakan segala juadah yang bakal dihidangkan esok.
Antara juadah yang disediakan secara bergotong royong ialah lemang, rendang daging dan rendang ayam. Nasi himpit, kuah kacang, lodeh, satey dan sebagainya.
Dianggarkan seramai 35,000 pengunjung  seluruh Negeri Sembilan akan menghadiri rumah terbuka ini.
Bagi pengunjung yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, Menteri Besar menyediakan pengangkutan bas  dan van dari beberapa  lokasi terpilih antaranya di hadapan Stesen Petronas, tempat letak kereta Padang Orang Ramai, Rantau, di Kawasan Lapang Dewan Orang Ramai Kg Kanchong dan di persimpangan jalan Taman Bandar Ekar, Rantau.
Orang ramai sekali lagi dialu-alukan dan dijemput hadir di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di No. 1 Kampung Tanjung, Rantau, Negeri Sembilan pada 25 Ogos 2012 (Sabtu).
Majlis bermula pada pukul 11:00 pagi sehingga 5:00 petang.































Friday 10 August 2012

Blogger Amizudin Ahmat Sharpshooter, Dipenjara Tiga Bulan Kerana Menghina Mahkamah

Blogger Amizudin Ahmat, Jumaat, dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas dia didapati bersalah menghina mahkamah apabila menerbitkan 11 lagi artikel memfitnah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof semasa menyampaikan keputusan itu berkata Amizudin telah melanggar perintah mahkamah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah mengenai Rais dalam laman blognya.

“Ini satu kes penghinaan yang serius, mahkamah kenakan perintah custodial selama tiga bulan penjara, berkuatkuasa hari ini,” katanya.

Beliau berkata jika dilihat keseluruhan kes itu, penghinaan yang dilakukan Amizudin bukan sekali berlaku, tetapi beberapa kali dan ia bukan satu perkataan yang boleh diterima.

SELAMAT HARI RAYA BANG ::::

Setia Malaysia 2012 ::::: ANAK MUDA SOKONG BN

Thursday 9 August 2012

Haram, berdosa undi DAP

KOTA BHARU : Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud. Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP. 

 Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam. 

"Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya. 

"Parti-parti yang bekerjasama dengan DAP juga berdosa disokong kerana sokongan kepada mereka bermakna kita juga menyokong DAP sebab mereka satu pakatan," katanya kepada Utusan Malaysia disini hari ini.Beliau mengulas kenyataan Presiden 

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang mempersoalkan hukum dalam Islam mengenai tindakan ahli PAS mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum ke 13. Menurut Ibrahim, persoalan itu perlu dijawab Pas kerana adalah jelas pengerusi DAP, Karpal Singh dan keseluruhan pemimpin parti tersebut ketika ini menentang keras penubuhan sebuah negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud. 

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, DAP berbeza dengan MCA dan MIC yang menjalin kerjasama dengan UMNO dalam BN kerana parti tersebut tidak bermusuhan dengan Islam malah sedia menerima pemerintahan Islam. 

 "Sebaliknya, DAP tidak mahu, mereka mahu hak samarata, tidak mahu tinggi rendah, tidak Mahu Islam tinggi, sifat harbi mereka sangat jelas iaitu menentang hukum hudud dan penubuhan negara Islam.

 "Saya menyeru orang melayu dan umat Islam supaya pada pilihan raya umum akan datang jangan sokong Pas yang masih tidak mahu keluar daripada pakatan pembangkang, sokong Umno dan BN supaya orang melayu dan syiar Islam terus dimartabatkan," katanya. *Petikan dari Utusan Malaysia 8/8/12

Monday 6 August 2012

PAS Kecut Perut diGertak Karpal

Agak melucukan apabila hanya Karpal Singh yang menjadi sasaran PAS dalam isu hudud sedangkan Karpal bukannya bercakap atas kapasiti peribadi tetapi parti. Umum tahu, dan pemimpin serta penyokong PAS juga tahu bahawa Karpal Singh membawa pendirian parti DAP yang konsisten dan tegas dari dulu sehingga kini dan selama-lamanya iaitu menentang hudud dan menentang Negara Islam, anti-Melayu serta Raja-raja.

  Oleh itu, jika PAS ingin menunjuk-nunjuk marah terhadap Karpal, mereka harus melakukannya secara konsisten dan tegas juga iaitu sejak dulu, sehingga kini dan selama-lamanya. Tetapi, apa yang berlaku ialah suatu ketika dahulu, PAS nampaknya amat marah pada Karpal kerana mencabar melangkah mayatnya sebelum menubuhkan Negara Islam dan kemudian PAS juga yang menerima Karpal dan DAP.

 Malah Hadi Awang sanggup memeluk Lim Kit Siang ketika persekongkolan mereka dalam Barisan Alternatif walaupun Kit Siang juga tegar menentang hudud sepertimana Karpal. Dan kemudiannya, pada tahun 2001, DAP mengumumkan keluar dari kerjasama dengan PAS dalam Barisan Alternatif (BA) atas alasan PAS masih membawa isu hudud dalam kempen mereka.

Perlu diingatkan bahawa DAP yang meninggalkan BA dan bukannya PAS. Ini menunjukkan yang DAP kekal konsisten dan tegas dalam pendiriannya terhadap hudud dan PAS pula sebaliknya. Sehingga kini, dalam setiap kali konfrontasi, hanya DAP yang mengugut akan keluar Pakatan Rakyat (PR) tetapi PAS tidak mungkin sekali.

  Kerana itu, PAS tidak berani menempelak DAP tetapi hanya mensasarkan Karpal seorang. Harapan PAS agar DAP tidak bertindak meninggalkan mereka terkapa-kapa sekali lagi di dalam PR. Walaubagaimanapun, malang bagi PAS kerana lakonan ‘PAS marah DAP’ ini tidak lagi berkesan. Walaupun terdapat banyak desakan dari akar umbi PAS agar parti tersebut keluar dari PR, namun kita pasti ia tidak akan berlaku.

PAS terlalu gilakan kuasa untuk meninggalkan PR sekali gus melepaskan peluang untuk menang dalam PRU ini. Oleh itu, ‘marah’ PAS pada Karpal hanya lakonan. Itu hakikat yang sudah diketahui ramai tetapi cuba dinafikan oleh penyokong-penyokong PAS.

   PAS sebenarnya kecut perut dengan Karpal. Walapun Karpal hanya mampu bercakap tetapi tidak mampu bangun, menampar atau menyepak punggung PAS tetapi PAS cukup takut dengan Karpal. PAS takut kerana mereka tahu bahawa Karpal mewakili DAP dan bukannya bersendirian.

PAS takut kehilangan DAP sekali lagi dan PAS akan berbuat apa saja asalkan DAP kekal bersama mereka berjuang menuju Putrajaya. ‘Pertengkaran’ mengenai hudud ini akan dipanjangkan sehingga pilihanraya bagi terus memastikan yang pengundi Melayu tidak mempersoalkan keIslaman PAS.

   Ini juga telah dipersetujui oleh DAP bagi mengekalkan sokongan bukan Islam kepada mereka. Kerana itu, parti tersebut merelakan Karpal dikambing-hitamkan atau dijadikan papan sasar oleh PAS sementara menunggu PRU.

Tetapi, nun di belakang tabir, kisahnya tetap sama antara PAS dengan DAP iaitu DAP kekal konsisten dan tegas menentang hudud, Negara Islam, Melayu dan Raja-raja manakala PAS kekal menjadi pak turut yang setia asalkan berpeluang ke Putrajaya

Friday 3 August 2012

Paroi sudah kita tawan 10 Ribu bersama di Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri




Majlis Berbuka Puasa Rakyat Negeri Sembilan Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Penyampaian Bantuan Fakir Miskin
di Masjid at-Taqwa, Kg Paroi

pada 02 Ogos 2012 (6:00 petang)


Menurut En Samsudin Awaludin, Imam dan Nazir Masjid at-Taqwa, Kg Paroi, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar mensasarkan kapasiti seramai 5,000 rakyat sahaja. 

Namun, kehadiran telah menjangkaui jumlah sasaran, apabila seramai 10,000 rakyat yang hadir dan Alhamdulillah, makanan yang disediakan mencukupi untuk berbuka puasa.

Kehadiran rakyat mengimarahkan masjid ini, membuktikan umat Islam mampu bersatu dan berdiri teguh di belakang pemimpin negara dan negeri.

Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut menyampaikan Bantuan Fakir Miskin berjumlah RM85,000.

Beliau turut merasmikan Masjid at-Taqwa tiga tingkat yang menelan belanja sebanyak RM10 juta yang dibiayai Kerajaan Persekutuan.

Rakyat Negeri Sembilan turut berasa bertuah kerana Perdana Menteri dan isteri meluangkan masa solat Maghrib, mendengar tazkirah Ramadhan sebelum solat Isya'.

Kemudiannya, di sambung dengan solat tarawikh sebelum disajikan dengan moreh.

Salam perjuangan..