Wednesday, 31 October 2012

Rafizi Tidak Layak Dilindungi Dibawah WPA - Nazri Aziz


alt

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memberi penjelasan mengapa Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli tidak berhak dilindungi dibawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (WPA), yang diwujudkan bagi melindungi pemberi maklumat dalam isu rasuah.
 
Ogos lalu, Rafizi dan bekas pekerja bank Johari Mohamad didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana mendedahkan butiran perbankan berkaitan dengan skandal National Fidlot Corporation (NFCorp) di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA).
 
Beliau berkata tidak ada keperluan untuk memberikan perlindungan kepada pihak terbabit kerana dalam kes PFN, perkara itu telah dihebohkan kepada semua orang sehingga seluruh dunia tahu mengenainya.
 
 “Mereka ini adalah peniup trompet, dan bukannya pemberi maklumat,” kata Nazri dalam menjawab soalan tambahan daripada Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak) yang ingin tahu kenapa pihak yang mendedahkan salah laku dalam projek lembu itu tidak diberi perlindungan undang-undang.
 
Beliau berkata WPA hanya melindungi pemberi maklumat dan bukannya pihak yang melanggar undang-undang, seperti BAFIA.
 
“Mereka menghebahkan maklumat dan butiran peribadi ke seluruh dunia. Perlindungan apa yang layak diberikan?
 
"Akta ini tidak melindungi pihak yang melanggar undang-undang, seperti BAFIA. Akta ini hanya melindungi pemberi maklumat dalam isu rasuah," katanya.
 
Menjawab satu lagi soalan tambahan dari Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan), Nazri berkata Akta Rahsia Rasmi dan BAFIA adalah maklumat-maklumat yang tidak boleh mungkin didedahkan kepada orang awam.

Sumber : KLPos

Tuesday, 30 October 2012

Perdamaian yang meresahkan Anwar...



Ketika pihak lain memperakukan peranan Malaysia membantu sehingga termeterai perjanjian damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), suara Datuk Seri Anwar Ibrahim kedengaran berbeza.

Nun jauh di Rumah Putih pun sudah keluar kenyataan menghargai usaha Malaysia.Selain Amerika, pelbagai negara dan pertubuhan antarabangsa terpegun melihat sinar damai di Selatan Filipina.

Peliknya, Anwar ada sama dalam sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan pembankang di bangunan Parlimen, Selasa ketika Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengalu-alukan perjanjian itu.

Presiden PAS itu berkata, Pakatan pembangkang mengalu-alukan perjanjian damai yang dimeterai di Manila Isnin antara kerajaan Filipina dan MILF.

"Ia sebagai satu penyelesaian yang sangat baik dan positif kepada keamanan serantau dan antarabangsa. Jadi kita harapkan semua perjanjian itu dilaksanakan sebaik-baiknya," katanya.

Malaysia bertanggungjawab menjadi pengantara perundingan damai antara  kedua-dua pihak itu sejak 2001 sehingga perjanjian awal untuk perdamaian dicapai di Kuala Lumpur dalam rundingan dari 2 hingga 7  Oktober lalu.

Selain itu Abdul Hadi turut berharap isu berhubung konflik perkauman  yang berlaku di Rakhine, Myanmar membabitkan etnik Rohingya dapat diselesaikan secara rundingan damai.

"Kita harap ia diselesaikan secara aman dan adil, itu harapan kita. Begitu juga di selatan Thailand, kita mahu supaya keamanan wujud di selatan Thailand dengan ada pendamaian semua pihak," katanya.

Bagaimanapun,  Anwar ketika mencelah jawapan Hadi kepada satu soalan,seolah-olah melihat peranan Malaysia dalam mengakhiri konflik lebih 40 tahun di wilayah selatan Filipina, seperti orang ‘jealous’.

Bagi Ketua Pembangkang itu, soal Moro bukan isu baru kerana sudah ada tiga atau empat perjanjian sebelum ini.

“Selepas Presiden (Filipina) baru, Benigno Aquino...dia ambil inisiatif awal untuk adakan rundingan dan Malaysia beri sokongan,”  katanya.

Tegas Anwar lagi, “FAKTANYA, (ini) Inisiatif Presiden baru, kerana  inisiatif beliaulah dapat penyelesaian. Bukan sahaja perjanjian tetapi perlaksanaan,”.

Sebaliknya, Anwar menuduh Malaysia ‘lembab’ kerana gagal suarakan  pendapat bagi menyelesaikan isu di Rohingya, Myanmar padahal boleh menyuarakan isu Moro.

Untuk rekod misi kemanusiaan yang dipelopori oleh Kelab Puteri 1Malaysia yang disertai 50 sekarelawan baru pulang dari kawasan bergolak di Myanmar itu.

Mereka membawa 500 tan bantuan untuk membantu penderitaan orang Rohingya.

Mungkin Anwar kena baca balik kisah bagaimana rumitnya hendak mengendalikan misi itu.Akhirnya misi Kelab Putera itu yakni misi antarabangsa terbesar dibenar kerajaan Myanmar masuk ke kawasan itu.Ini adalah hasil dari dokongan kuat kerajaan dan pengaruh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tentu sukar bagi pembangkang mahupun Anwar sendiri mengiktiraf peranan  Malaysia apatah lagi Najib turut berada sama di Istana  Malacanang di negara itu menyaksikan detik bersejarah tersebut.Ini sebagai pengitirafan peranan Malaysia dalam usaha damai itu.

Mungkin juga Anwar kecewa kerana usaha itu tidak berjaya ketika beliau masih dalam kerajaan dahulu.

Sebagai rekod, MILF adalah pecahanan daripada  Barisan Pembebasan  Nasional Moro (MNLF) yang ditubuhkan dan dipimpinan Nur Musuari.

MILF dipimpin Salamat Hashim (bekas timbalan Misuari) memulakan  perundingan mereka sendiri dengan kerajaan Filipina pada 1997.

Perundingan ini dihentikan apabila usaha peperangan habis-habisan (all  out war) dijalankan oleh Presiden Joseph Estrada pada tahun 2000.

Tentu ramai rakyat negara ini masih ingat isteri Anwar Datuk Seri Wan  Azizah Ismail dan Nurul Izzah pernah bertemu Estrada dan bekas  presiden itu menggambarkan Anwar sebagai kawan baiknya.

Perundingan disambung semula selepas Estrada dijatuhkan dan Presiden  Gloria Macapagal Arroyo meminta bantuan Malaysia menjadi fasilitator  dalam proses perundingan seterusnya. 

Hutan simpan milik Kerajaan Negeri


SEREMBAN – Tanah hutan simpan di negeri ini masih lagi milik Kerajaan Negeri dan tidak pernah diserahkan hak milik kepada individu mahupun syarikat lain.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dakwaan sesetengah pihak yang menuduh Kerajaan Negeri memberi hak milik tanah hutan kepada orang lain adalah tidak berasas.
Menurutnya, sejak pentadbirannya,  semua tanah hutan simpan yang dikeluarkan adalah di bawah seliaan Yayasan Negeri Sembilan dan tidak pernah diberikan kepada mana-mana pihak luar.
“Kalau ada pun, kita hanya pajakkan tanah tersebut untuk melaksanakan tanaman kelapa sawit, jika mereka (syarikat luar) tidak mahu, tanah itu kita akan dapat kembali.
“Kita tidak rugi apa pun, malah tiada risiko dengan rancangan tersebut kerana Kerajaan Negeri tidak memindahkan hak milik, hanya pajakan sahaja mengikut peraturan yang ditetapkan,” katanya.
Mohamad berkata, Kerajaan Negeri telah menggantikan lebih 2,400 hektar tanah untuk dijadikan hutan simpan.
Menurutnya, setiap tahun Kerajaan Negeri mempunyai kuota untuk mengeluarkan hasil kayu dan sehingga kini baru 3,200 hektar sahaja yang digunakan daripada 4,800 hektar.
“Tidak timbul soal tanah hutan diteroka secara haram kerana setiap aktiviti yang dilakukan adalah mengikut undang-undang,” katanya.

Sumber : n9kini.net

Monday, 29 October 2012

KJ jawab siapa sebenarnya BAPAK segala IPP.. Nak tau siapa teruskan membaca yer..

Pembangkang Hipokrit Isu Tol, IPP - Khairy

 


Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

 
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin pada Selasa mempersoalkan pendirian tidak konsisten pembangkang berhubung isu penjana tenaga bebas (IPP) dan kadar tol lebuh raya.

Menurut beliau, pembangkang disifatkan sebagai hipokrit apabila kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga kini masih mempunyai kepentingan dalam kerjasama IPP.

"Jadi kritikan pembangkang berhubung IPP bahawa tawaran yang dilakukan adalah berat sebelah dan boleh menyebabkan kerugian kepada kerajaan adalah hipokrit kerana Selangor memiliki kepentingan dalam kerjasama tersebut," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Selasa.

Menurut Ketua Pemuda Umno itu lagi, Worldwide Holdings Berhad iaitu sebuah anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), mempunyai 25 peratus kepentingan dalam syarikat Genting Sanyen (Malaysia) Sdn Bhd.

"Malah kerajaan Selangor mempunyai kepentingan 20 peratus dalam tol Kesas. Jadi ini jelas tidak konsisten dengan pendirian parti itu yang mahu untuk menghapuskan tol," katanya.

Tambah beliau, Selangor sepatutnya melupuskan ekuiti itu selaras dengan pendirian parti itu untuk menghapuskan tol tetapi mereka tidak berbuat demikian.

Sumber : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/10/23/mstar_berita/20121023190900&sec=mstar_berita

Tahniah YB KJ kerana menjadi antara pemimpin muda yang digeruni pembangkang.

 


*Nak tahu siapa sebenarnya BAPAK SEGALA IPP, cuba tengok senarai ni. IPP ni dimulakan dan banyak diluluskan semasa siapa jadi Menteri Kewangan. Untuk makluman pembaca, projek mega macam dan IPP ni bukan di bawah kelulusan Kementerian Tenaga atau Kementerian Kerja Raya sebaliknya mesti melalui Menteri Kewangan. So, paham-paham la kenapa Anwar Ibrahim ni arif sangat bab IPP ni sebab dia yang luluskan!

Wednesday, 24 October 2012

Mawi mohon restu Perdana Menteri....

mawi-pm513 

Siapa yang tak kenal Asmawi Ani, atau lebih popular dengan nama Mawi yang pernah mencipta fenomena seni tanahair selepas berjaya menjuarai sebuah program TV berdasarkan undian orang ramai Akademi Fantasia 3.

Kini dengan kehidupan yang  lebih stabil dan teratur, dia semakin matang dan tenang menangani media dan publisiti, berbanding di awal pembabitannya. Pada usia 31,  Mawi mendedahkan sudah sampai masanya untuk melaksanakan cita-citanya sebagai anak jati Felda yang berjaya. Beliau mahu membuat filem tentang Felda.

Bagi suami kepada pelakon Nora’Asikin Rahmat atau Ekin ini, selepas hampir sepuluh tahun bergelar anak seni, sekarang merupakan waktu yang sesuai untuk fasa yang berikutnya dalam hidup beliau iaitu masa untuk mengejar impian.

"Saya selama ini bercita-cita mahu buat sebuah filem tentang Felda. Saya percaya ia boleh jadi filem yang menarik yang boleh dibanggakan oleh anak jati Felda macam saya," kata Mawi sewaktu ditemui Agendadaily.

Menurutnya, beliau berharap rancangan untuk membuat filem Felda ini akan mendapat restu dari pemimpin nombor satu negara, iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Dia juga bercadang untuk menemui Perdana Menteri bagi tujuan tersebut.

Ayah kepada bayi perempuan berusia lapan bulan, Cahaya Malaika itu, Mawi merasakan sebagai generasi kedua Felda, dia sangat bertuah kerana menjadi sebahagian dari keluarga Felda.

Jelas beliau, lahir sebagai anak peneroka Felda, projek membasmi kemiskinan dan meningkatkan jurang pendapatan dengan membuka tanah-tanah rancangan di luar bandar hasil inisiatif Tun Abdul Razak itu menghasilkan kejayaan yang sangat luarbiasa.  

"Sebagai anak Felda, saya sangat bersyukur dan gembira kerana saya lahir dari keluarga Felda. Banyak manfaat yang kami perolehi dan sebagai membalas jasa, saya rasa adalah wajar untuk saya mengusahakan filem ini," ujar anak jati Felda Taib Andak Kulai Johor ini.

"Setakat ini semuanya masih dalam perancangan. Saya masih lagi perlu mencari pengisian, iaitu isi cerita dalam Felda yang boleh menarik orang ramai datang ke panggung," katanya.

Menurut Mawi, dia sudah menonton filem sejarah Felda, "Bilut" yang diarah oleh Badaruddin Haji Azmi pada tahun 2006 dan menganggap ia sebagai sebuah filem yang baik.

"Saya suka filem itu dan saya rasa ia sebuah filem yang bagus. Cuma sayangnya stigma sejarah yang ditekankan itu telah membuat orang anggap ia filem sejarah. Ini yang saya mahu elakkan bila saya buat filem itu kelak. Bagaimana, itu cabaran besar saya," ujarnya.

Ditanya peranannya sendiri, sama ada akan turut  berlakon atau sekadar menjadi pengarah, Mawi hanya tersenyum sambil menjawab, "Insyaallah. Buat masa ini saya lebih banyak terlibat dalam penerbitan dan kerja-kerja arahan," kata Mawi.

Beliau sendiri pernah mengarah dua drama untuk Astro, iaitu "Pak Nil Ibu Kirim Salam (siaran hari raya dua tahun lepas) dan 'Siapa Dapat Lisa' (siar raya tahun ini).

Cita-cita untuk menghasilkan filem Felda ini mungkin akan menjadi kenyataan tidak lama lagi kerana kata Mawi, dia mahu filem tersebut menemui lebih 365,000 peneroka seluruh negara yang ada sebelum Pilihanraya Umum ke 13.

"Saya hanya berharap  pilihanraya tidak berlaku dalam masa terdekat ini. Jika  boleh biarlah saya sempat  keluar filem itu terlebih dulu," ujarnya sambil menyifatkan pilihanraya akan datang ada keistimewaan tersendiri untuknya.

Ini kerana, selain mahu menghasilkan filem sebelum detik penting itu, Mawi juga untuk pertama kalinya akan menjalankan  kewajibannya sebagai rakyat Malaysia.
Buat pertama kali dalam hidupnya, Mawi akan keluar mengundi.

"Ini satu lagi hasrat saya, iaitu untuk keluar mengundi. Arwah ayah saya sudah mendaftarkan saya di Kulai, Johor  dan dia pernah pesan agar saya mesti mengundi dan kali ini saya akan laksanakan amanat itu. Insyaallah," katanya penuh yakin.
 
"Tapi sekarang, sementara menunggu detik itu, saya kena persiapkan diri dengan kertas kerja bagi filem Felda, iaitu skrip dan rangka cerita untuk saya bentangkan kepada Perdana Menteri. Semoga semua ini dapat berjalan dengan baik, insyaallah," katanya.
 
Sumber : AgendaDaily

Monday, 22 October 2012

Tun Dr. M kata.. dah sesuai sangat dah..



Sebagai bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO selama 22 tahun, pandangan dan kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai bila sesuai pilihanraya diadakan selalu curi tumpuan berbagai pihak.

Ketika ditemui pemberita Ahad, kata Dr Mahathir, pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sesuai diadakan bila-bila masa sahaja, termasuk pada tahun ini namun terpulang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memilih tempoh yang sesuai.

Katanya, sama ada diadakan hujung tahun ini atau awal tahun depan iaitu sebelum mandat lima tahun Barisan Nasional (BN) tamat, bila-bila masa dari sekarang juga merupakan masa yang baik untuk mengadakan pilihan raya.

"Bergantung kepada Datuk Seri Najib apa keputusannya. Pandangan saya adalah pandangan saya. Saya fikir kita sudah sampai penghujung, ia tidak menjadi masalah sama ada akhir tahun ini atau awal tahun depan," ujar beliau selepas majlis konvokesyen Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Seri Iskandar.

Menurutnya, BN boleh menunggu waktu yang sesuai untuk memuktamadkan tarikh pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum namun ini juga memberi peluang kepada parti pembangkang untuk membuat persediaan.

Dr Mahathir berkata beliau tidak menolak kemungkinan pilihan raya diadakan pada tahun ini juga.

Sementara itu, ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA ke-59 pagi Ahad, Najib yang juga merupakan Pengerusi BN mahu semua jentera parti gabungan itu mempunyai kesiapsiagaan yang tinggi sebelum menuju ke medan peperangan pada PRU13 tidak lama lagi.

Najib berkata sebelum menuju ke medan 'perang', seluruh jentera BN perlu membuat persiapan rapi, termasuk mengkaji pelbagai kemungkinan yang akan berlaku bagi memastikan setiap gerakan dilaksanakan tanpa rasa ragu.

"Kita mesti membuat persiapan dan terus bersiap sedia sehingga tiada lagi perasaan sangsi terhadap keputusan perang itu kelak. Saya menganggap persediaan ini amat penting, perancangan amat penting," kata beliau.

Berdasarkan amalan di Malaysia, Perdana Menteri mempunyai kuasa penuh bila-bila masa membubarkan Dewan Rakyat selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong.
 
Parlimen akan terbubar secara sendirinya selepas lima tahun, iaitu pada 28 April 2013 yang dikira berdasarkan hari pertama pertama persidangan Dewan Rakyat selepas pilihanraya umum ke 12 8 Mac 2008, iaitu pada 28 April 2008.
 
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mempunyai masa dua bulan dari tarikh Parlimen dibubarkan untuk menetapkan tarikh pengundian.
 
Sumber : AgendaDaily

Saturday, 20 October 2012

Penting sangat ke PRU13 nih??? Ecehhhh.. bertanya pula..

PRU13: Makna bayangan kelima Najib


  
ANALISIS – Teka-teki tarikh pilihan raya raya belum ada kesudahan. Spekulasi berterusan. Begitu juga bayangan demi bayangan yang diberikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak – satu-satunya pemimpin yang ada kuasa dan yang tahu secara mutlak bila Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perlu dan akan dipanggil.

Nampaknya semua menarik nafas!

Sekali lagi penganalisis menjadi perhatian.

Beberapa penganalisis politik yang dihubungi Sinar Harian Online berpendapat PRU13 akan diadakan Januari 2013  susulan bayangan terbaru – kali kelima dalam tempoh sebulan ini.

Ketika membuat bayangan keempat, Perdana Menteri menasihatkan mereka yang menunaikan haji supaya tidak bimbang dengan tarikh PRU13.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Dr Azizudin Mohd Sanim berkata, agak mustahil pilihan raya diadakan tahun ini kerana faktor masa dan belanjawan yang bakal dibentang hujung minggu ini.

Menurutnya, Bajet 2013 akan mengambil masa untuk dilaksanakan.

“Saya tak fikir PRU akan dibuat tahun ini, kalau hujung tahun pun ia dilihat agak kelam kabut dan saya rasa paling awal PRU, dijangka Januari depan.

“Lagipun pembentangan bajet pada bulan ini banyak yang dirancang kerajaan dalam usaha menarik undi rakyat seperti pemberian bantuan, bonus kepada kakitangan kerajaan dan lain-lain, akan ditunaikan pada awal tahun hadapan dan Perhimpunan Agung Umno yang akan dibuat adalah satu langkah untuk mengatur strategi terakhir untuk memastikan Barisan Nasional menang besar," katanya.

Bajet 2013 yang diumumkan Jumaat 28 September 2012

Kelmarin, Najib menasihatkan jemaah haji, jumlahnya dalam sekitar 28,000 orang, agar menumpukan perhatian terhadap amal ibadat agar dapat melaksanakan segala rukun dan syarat haji serta umrah dengan sempurna.

Dua hari sebelum itu, Najib berkata Perhimpunan Agung Umno (AGM) akan diadakan mulai 
27 November hingga 1 Disember ini dan ia akan ditunda sekiranya kerajaan memilih untuk mengadakan pilihan raya umum pada waktu yang sama.

“Mudah sahaja. Sekiranya pilihan raya diadakan, kita tangguhkan Perhimpunan Agung. Tarikh pilihan raya terpulang kepada kita untuk putuskan bila masa yang terbaik. Kita boleh adakan atau tidak adakan, tapi kita akan teruskan seperti biasa," katanya.

Bermakna Najib, yang juga Presiden Umno, masih boleh memanggil PRU13. AGM bukan satu halangan dalam menentukan tarikh PRU.

Pada Sabtu lalu, ketika berada di Johor, Najib memberi bayangan kelima - sokongan yang diperlihatkan oleh ahli-ahli Umno negeri itu memberikan beliau satu bentuk semangat untuk memanggil PRU13.

Nampak gaya, keliru lagi!

Ditanya sama ada penetapan tarikh Perhimpunan Agung Umno akan menyebabkan rakyat terus membuat spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan tahun depan, Najib secara berseloroh berkata, biarlah rakyat membuat spekulasi mengenai perkara itu.

“Saya suka mereka buat spekulasi," katanya.

Ketika era pentadbirannya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sering dikaitkan dengan istilah “ilham” apabila spekulasi tarikh PRU muncul. Era beliau menyaksikan PRU 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999.

Wartawan sering bertanya sama ada sudah ada ilham ataupun sebaliknya.

Sementara Najib bermain dengan kata-kata ‘bayangan’, Pas menjangkakan PRU13 akan ditangguh lagi. Kemungkinan sehingga akhir tahun ini atau tahun depan, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut Hadi, Pas mengandaikan Pas sudah menetapkan tarikh untuk mengadakan Muktamar Agung Pas pada 24 November ini.

“Kita sudah tetapkan tarikh lebih awal untuk adakan muktamar. Bermakna kita lebih berani berbanding Barisan Nasional untuk pilih November sebagai persidangan,” katanya.

Seorang lagi penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian turut meramalkan pilihan raya kali ini akan diadakan tahun hadapan, antara Januari atau Mac 2013.

Namun tidak mustahil bagi Najib untuk mengadakan PRU tahun ini selewatnya Disember 2012 kerana kuasa sepenuhnya terletak di tangan beliau.

“... kemungkinan besar tahun hadapan, setelah cukup sepenuhnya lima tahun mandat,” katanya.

Tambahnya, pengumuman bajet yang bakal memberi pengaruh besar kepada undi rakyat perlu ditunaikan terlebih dahulu seperti pemberian insentif-insentif berbentuk kewangan kepada rakyat dan Perhimpunan Agung Umno adalah platform terakhir BN untuk mengatur strategi bagi menghadapi PRU13.

Dalam pada itu, Prof Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, spekulasi tarikh sebenar PRU13 sering menjadi perbualan rakyat dan ada pihak menjangkakan berlaku musim haji.

Beliau berkata, PRU13 berkemungkinan diadakan November ini setelah jemaah haji pulang ke tanah air, cuma ketika itu negara berisiko menghadapi masalah banjir.

“Mac antara tempoh sesuai untuk PRU13 memandang masa itu adalah cuti sekolah,” katanya.

Ramai meramalkan sidang Parlimen Mac-April lalu sebagai yang terakhir.

Hari ini Parlimen bersidang semula. Mengikut aturan mesyuarat, persidangan akan memakan masa sekitar dua bulan. Paling lama dalam kalendar Parlimen. Ia juga dilabel sebagai ‘sidang bajet’.

Beberapa minggu lalu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub meminta Najib mengambil kira musim peperiksaan dan cuti sekolah jika mahu memanggil PRU13 November ini.

Katanya, musim peperiksaan melihatkan pelajar, guru, dan ibu bapa.

“Jumlah keseluruhan mereka itu besar dan mereka memberi tumpuan ke atas peperiksaan. 
Jadi, saya berharap Datuk Seri Najib tidak membubarkan Parlimen ketika musim peperiksaan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Sebelum Pas melahirkan pendirian agar Perdana Menteri melihat aspek musim haji.

Kini sudah jelas tiada PRU13 ketika musim haji. Tidak akan ada PRU13. Musim peperiksaan 
akan merentasi bulan November. Dan, ia akan disusuli Disember.

Beberapa sumber berkongsi maklumat dengan Sinar Harian Online bahawa semua pihak boleh 'rasa lega’ kerana PRU13 pasti tidak akan berlangusng Disember ini, melainkan keadaan mendesak.

PRU13 -  'ibu' segala pilihan raya umum akan muncul Februari-Mac? Jika begitu, suasana PRU 2004 dan 2008 akan disaksikan lagi kali? Atau Najib akan cuba mengelak persekitaran itu.

Friday, 19 October 2012

[CERITA BETUL] Bukan projek terbengkalai - MBN9

 Indahnya Pantai Telok Kemang Port Dickson

TELOK KEMANG  - Kerajaan negeri hari ini menjelaskan projek penambakan dan mengindahkan pantai di Batu 8 dekat sini, bukannya terbengkalai tetapi satu projek yang tergendala disebabkan kekurangan pasir untuk tujuan tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bagi mengatasi masalah berkenaan, kontraktor yang dilantik telah bersetuju untuk mendapatkan bekalan pasir dari luar negeri supaya projek diteruskan dalam waktu terdekat.

"Pantai kita semakin terhakis dan aliran ombak sentiasa berubah menyebabkan pantai menjadi pendek.

"Kerajaan telah memulakan projek penambahbaikan di kawasan pantai dan berjaya dalam fasa pertamanya, beberapa tahun lepas di pantai Batu 4, Port Dickson," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seremban.

Kata Mohamad, pihak kontraktor telah mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri Melaka untuk mengambil pasir bagi penambakan dan sebaik diterima kelak, projek tergendala ini disambung semula.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Hashim Osman berkata, projek penambakan pantai itu akan melibatkan laluan sepanjang 1.7 kilometer di sini.

Katanya lagi, apabila siap kelak kawasan riadah ini akan menjadi lebih luas dan mampu menarik perhatian pengunjung di lokasi popular ini.

"Selain penambakan, lokasi ini juga akan diindahkan dengan landskap baharu yang lebih segar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini kelmarin.

Katanya, apa yang kerajaan laksanakan ini akan membawa kepada penambahan bilangan pengunjung dan bukan mengurangkan kehadiran mereka.

"Apabila masalah mendapatkan pasir ini selesai, projek ini akan bermula secepat mungkin," katanya.

PRU13n9 berkata,
Jika projek penambakan pantai ini siap kelak, menjadikan pantai yang berpesisiran 1.7 kilometer ini akan bertambah cantik dan indah. Krew PRU13n9 setuju bahawa setiap projek yang diusahakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan akhirnya nanti akan memberi impak yang baik kepada pelancong tempatan dan juga dari luar negeri dan negara.

Kepada yang membuat artikel yang sensasi tersebut, lebih baik bertanya kepada empunya diri jawapan-jawapan tepat berbanding mengeluarkan sesuatu yang boleh diragui oleh orang awam. Orang awam yang mudah menerima cerita yang berbentuk persepsi perlu mencari jawapan di sebalik yang berlaku. Memanglah sukar bagi mereka menerima jawapan berbentuk hakikat kerana dakwaan yang keluar lebih dahulu buat mereka percaya.

Namun begitu, kami yang sentiasa memahami tugas dan amanah, segala usaha Menteri Besar Negeri Sembilan, itu adalah baik untuk semua.

Jangan mudah percaya dengan berita yang tidak betul yer.. 

Kini semuanya sudah dijawab Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan di Sidang Media ringkas Rabu lalu.

Sumber : Utusan Malaysia

Thursday, 18 October 2012

Cerita Ulangtayang.. Kau percaya?? Aku entahlah..

Dakwaan bahawa kerajaan Malaysia memberi duit kepada saya adalah tidak betul sama sekali malah Anwar dan beberapa pemimpin pakatan rakyat pernah berjumpa dengan saya berbincang bagaimana hendak menjatuhkan Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia," kata Dr Setev Shaariibuu pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Bapa kepada model warga Mongolia,Altantuya Shaaribuu menafikan dakwaan kononnya beliau menerima wang atau rasuah daripada kerajaan Malaysia bagi'menutup mulut' berhubung kes anaknya.

Beliau berkata,wujudnya khabar angin yang mengatakan bimpin PKR termasuk beberapa peguam yang rapat dengan Anwar pernah berjumpa dengannya dan berbincang bagaimana isu tersebut mampu menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia.
 

Entri dari sungai rapat online...

Psst.. Apa sudah jadi? Ini konspirasi terbaru Najib ke atau konspirasi Anwar kantoi lagi? Apa pasal tuhan asyik-asyik kantoikan Anwar je ni? Tuhan pun dah bersekongkol dengan Najib ke untuk pecahkan tembelang dan temberang Anwar satu lepas satu???
 
 

AYAH ALTANTUNYA PULAK KANTOIKAN ANWAR!!!

 

Wednesday, 17 October 2012

Bukti mendahulukan kesihatan rakyat



KUALA PILAH -  Karnival Jelajah Sihat Bersama Komuniti adalah satu lagi bukti yang menunjukkan moto 'rakyat didahulukan' telah dilaksanakan oleh kerajaan secara bersungguh-sungguh.

Karnival itu yang 'turun padang menemui' rakyat di peringkat akar umbi adalah manifestasi kerajaan mahu rakyat negara ini sihat tubuh badan yang akan membolehkan mereka menikmati kesejahteraan dan kemajuan yang dicapai oleh negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, Adnan Abu Hassan berkata, kerajaan mahu rakyat negara ini mengamalkan cara hidup sihat kerana statistik menunjukkan penderitaan kesihatan yang dialami oleh sebilangan penduduk negara ini berpunca daripada gaya hidup mereka sendiri.

Beliau berkata, oleh kerana itu, kerajaan menganjurkan karnival tersebut bagi memberi peluang yang luas kepada rakyat mendapatkan akses terhadap pemeriksaan kesihatan dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

"Kita lihat karnival itu bukan saja diadakan di bandar besar tetapi juga di kawasan luar bandar bagi memberi peluang penduduk di luar bandar memahami dan mengamalkan apa yang disebut sebagai gaya hidup sihat," katanya.

Pelajar, Haina Suzzna Haidir, 15, berkata, dia teruja dengan karnival itu meskipun orang muda sepertinya mungkin tidak ada masalah kesihatan yang kronik.

Katanya, banyak ilmu pengetahuan baru yang ditimba melalui karnival itu mengenai betapa pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat.

"Orang muda seperti saya mesti mengambil tahu semua ini kerana gaya hidup yang akan menentukan tahap kesihatan kita apabila meningkat dewasa kelak," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Kampung Tanah Melintang, Senaling, Zahari Basir, 65, berkata, sebagai pemimpin di peringkat kampung, beliau meminta penduduk kampung mengunjungi karnival tersebut.

"Ia bukan karnival pesta tetapi karnival yang penuh dengan ilmu pengetahuan.

"Tidak kira sama kita muda atau tua, ilmu yang diraih di sini boleh menjadi panduan kepada diri sendiri untuk diamalkan dalam kehidupan harian," ujarnya.

Shahbudin Wali Mohd., 50, berharap karnival seperti itu diadakan secara lebih kerap kerana ia amat berfaedah kepada rakyat.

Katanya, ramai penduduk kampung yang enggan ke hospital kerana merasakan diri mereka tidak sakit.

"Tetapi banyak penyakit yang boleh dicegah sekiranya kita melakukan pemeriksaan awal seperti yang disediakan di karnival ini," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

Tuesday, 16 October 2012

[Utusan TIBAI] Pembelian Scorpene diluluskan ketika Anwar berada dalam Kabinet


Rancangan pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan yang kini dipolitikkan oleh pakatan pembangkang, sebenarnya telah dibuat pada 1991 dan mendapat kelulusan pada 1995 iaitu ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan.


Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip mendakwa, Anwar mengetahui perkara tersebut kerana sebagai menteri berkenaan, beliau bertanggungjawab meluluskan pembelian kapal selam berkenaan ketika itu.


"Segala-galanya telah dibentangkan di Parlimen pada persidangan yang lalu tentang perjanjian pembelian Scorpene. Rupa-rupanya rancangan hendak beli kapal selam dibuat sejak 1991. Pada 1995, Kementerian Kewangan meluluskan proses pembelian kapal selam dengan harga yang ditetapkan.


"Siapa Menteri Kewangan ketika itu? Anwar Ibrahim. Dia lulus waktu itu, dia yang beri kelulusan dan tangan dia yang tandatangan dokumen kelulusan. Hari ini, dia mengelirukan rakyat dengan menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima komisen," katanya.


Beliau berkata demikian dalam Rapat Umum Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Dewan Datuk Ahmad Said, Kampung Sungai Rokam di sini malam tadi.


Dalam ceramah itu, Muhammad Zahid turut meminta rakyat tidak terpengaruh dengan janji-janji manis Anwar termasuk menghapuskan tol, hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menurunkan harga minyak.


Katanya, semasa menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dahulu, Anwar menolak desakan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) agar kadar faedah pinjaman PTPTN sebanyak empat peratus dikurangkan.


"Mana ayat dia dahulu adat berhutang mesti bayar? Sebab hendak gula-gulakan rakyat, dia buat janji macam ini. Zaman Najib, peminjam PTPTN hanya dikenakan kadar faedah satu peratus dan kalau pandai belajar, mereka tidak perlu bayar. Ini untuk menggalakkan anak-anak kita belajar," ujarnya.


Dalam pada itu, beliau berkata, orang Melayu dan Islam tidak ada pilihan melainkan menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti jika mahu kedudukan Islam dan hak keistimewaan orang Melayu tidak digugat.

Sumber : Utusan Malaysia

Monday, 15 October 2012

Chegu Bard Terlupa Pemimpin PKR Juga Kaki Minum!

Seperti biasa, perangai pencacai pembangkang adalah menderhaka kepada Raja Melayu.
Tanpa periksa pucuk pangkal, gambar kerabat Johor menjadi mangsa terbaru pembangkang.

Klik untuk besarkan imej

Kenapa Chegu Bard perlu meninjau jauh sehingga ke selatan untuk tengok gambar macam tu kalau pemimpin PKR juga kaki minum!!!

Nik Nazmi minum apa tu?

Itulah perangai pembangkang. Mereka berani menggunakan gambar sebagai modal politik.
Tapi apabila sampai kepada video skandal Anwar Ibrahim dan gambar skandal Azmin Ali, pandai pulak mereka bersilat menafikannya.




*Kuman di seberang laut nampak, BABI depan mata pakai tuala boleh tak nampak.

Sumber : Mymassa

Sunday, 14 October 2012

Lagi masalah rakyat selesai di Serting..

Masalah jalan di Felda Serting Hilir Kompleks diselesai

Mohamad Sulaiman (tiga dari kanan) berbual-bual dengan Mohamed Yahya (tiga dari kiri) dan jiran-jiran Mohamed ketika melawat keadaan jalan yang telah dibaiki di hadapan rumah warga emas itu di Felda Serting Hilir Kompleks, baru-baru ini.

Seorang penduduk Felda Serting Hilir Kompleks dekat sini gembira apabila masalah jalan masuk ke rumahnya yang dihadapi sejak lapan tahun lalu selesai baru-baru ini.

Laluan sejauh 150 meter dari jalan utama yang dahulunya adalah tanah merah telah diganti dengan jalan batu jenis kasaran.

Mohamed Yahya, 68, berkata, sebelum ini dia terpaksa mengharungi lumpur ketika hujan dan debu ketika panas untuk masuk ke kawasan rumahnya.

Katanya, masalah sejak sekian lama itu selesai dalam masa dua minggu apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serting, Datuk Samsulkahar Mohd. Deli menziarahinya baru-baru ini.

"Datuk Samsulkahar amat terkejut apabila melihat keadaan di sini. Jadi beliau segera membawa masalah itu kepada Pejabat Daerah Jempol yang mengambil tindakan dalam tempoh dua minggu.

"Saya amat bersyukur dan lega kerana dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa," katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Zon Dua Felda Serting Hilir 1, Mohamad Sulaiman yang mewakili Samsulkahar memberitahu, laluan tanah merah itu telah diletakkan batu kasaran.

"Laluan yang dibaiki adalah sepanjang 150 meter iaitu dari laluan utama ke rumah Mohamed. Ia melibatkan kos sebanyak RM4,500.

"Selepas ini kita akan cari tempat-tempat lain yang menghadapi masalah jalan seperti ini. Kita mahu mereka menjalani kehidupan dengan selesa," jelasnya.

Sumber : Utusan Malaysia (Wilayah Selatan)

Nota,

Apa lagi pakatan pembangkang nak cakap kerajaan negeri tidak membela rakyat?? Berpuluh kali wakil rakyat mengatakan agar memberitahu apa sahaja masalah yang melanda. Bantuan kilat akan segera tiba.

Tidak timbul soal wakil rakyat Barisan Nasional meminggirkan rakyat. Gejala yang di bawa oleh pakatan pembangkang melaga-lagakan dan mengelirukan pandangan rakyat kepada kerajaan negeri ternyata satu sifat yang menganiaya rakyat.

Terima kasih ADUN Serting yang menyegerakan tindakan membantu rakyat. Semoga dengan khidmat dan bantuan tersebut memberi pulangan berganda pada pilihanraya umum ke-13 yang hampir pasti tiba.

 

Friday, 12 October 2012

Muhyiddin mahu BR1M terus kekal


Muhyiddin
  Muhyiddin mengunjungi gerai buah-buahan tempatan ketika melawat Pasar Bungai sempena majlis Pemimpin Bersama Rakyat.
 
MIRI - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) wajar diteruskan berikutan sambutan positif rakyat kerana ia mampu meningkatkan kuasa beli golongan berpendapatan rendah dan merangsang pertumbuhan ekonomi domestik negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata secara peribadi beliau berpendapat pemberian BR1M patut dikekalkan namun perlu penambahbaikan bagi memastikan bantuan disalurkan sampai kepada golongan sasar.

"Terserah kepada Perdana Menteri, saya secara peribadi berpendapat memang baik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Tanjung Bungai, Bekenu di sini, hari ini.

Maklum balas hasil lawatan ke Limbang dan Miri, beliau mendapati majoriti rakyat menyambut baik BR1M 2.0 yang bakal dilaksanakan mulai tahun depan dan mahu ia dikekalkan kerana faedah besar kepada golongan berpendapatan rendah.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pemberian BR1M mampu memberi impak lebih positif berbanding skim rasionalisasi subsidi komoditi yang berkaitan dengan pengurangan harga petrol dan gula kerana bantuan tersebut terus kepada golongan yang disasarkan.

BR1M tahun ini menyaksikan kerajaan persekutuan memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah, yang dimanfaatkan oleh 4.2 juta isi rumah membabitkan peruntukan kira-kira RM2.2 bilion, manakala BR1M 2.0 membabitkan peruntukan RM3 bilion dengan tambahan penerima kira-kira 2.7 juta individu bujang.

Pada pembentangan Belanjawan 2013, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BR1M 2.0 yang turut diperluas kepada orang bujang berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan kurang RM2,000 yang melayakkan mereka menerima RM250.

Bagaimanapun pelajar institusi pengajian tinggi tidak layak menerima BR1M 2.0, sebaliknya mereka akan menerima Baucar Buku 1Malaysia juga bernilai RM250.

Terdahulu, Muhyiddin membayangkan kemungkinan BR1M dikekalkan sekiranya rakyat memberi kepercayaan semula kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memerintah negara dalam pilihan raya umum akan datang.

"Mungkin BR1M boleh kekal," katanya sambil menambah kerajaan BN sentiasa prihatin dengan golongan berpendapatan rendah sehingga sanggup menyediakan pelbagai bantuan bagi meringankan beban kos sara hidup. - Bernama

Tuesday, 9 October 2012

Orang Asli punya fikiran kelas A.. Pembangkang perlu tau itu!!!



Terdahulu pembongkaran wakil rakyat DAP yang datang dari Pahang khas untuk menabur fitnah dengan mengapi-apikan orang asli di Sungai Lui, Jempol tidak berhasil.

Orang asli tidak menerima fitnah dan pembohongan dari wakil rakyat dari luar negeri ini. Buktinya sila baca di sini

Ternyata pembangkang hanya pandai menimbulkan isu yang tidak ada dan diada-adakan kerana melihat rakyat negeri ini sentiasa mendapat manfaat yang baik dari Kerajaan Negeri.

Akhirnya, pembohongan pembangkang makan diri apabila Kerajaan Negeri cepat mendapat tahu agenda dan misi busuk hati mereka.

Di dalam Sidang Dewan Persidangan Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan ke-12, pembongkaran dan pengkhianatan pembangkang dinafikan sekeras-kerasnya oleh Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar.

Malah, ADUN Kawasan Sungai Lui, Dato' Zainal Abidin, turut menyelar perbuatan tersebut yang terletak di bawah kawasannya.

Wartawan n9kini.net melaporkan di sini, “Pembangkang hanya mahu jadi juara rakyat dengan rekaan isu dan fitnah. Ternyata mereka mahu mengambil kesempatan dan kenyataannya sama sekali asas yang tidak benar.” Ujar Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Thursday, 4 October 2012

Greece MUFLIS angkara IMF.. ingat tuuuu..

Walaweiiii!! Tak sudah lagi ni nak bercakap pasal belanjawan Anwar Ibrahim nih.. berkoyan-koyan gamaknya..


 
REKOD CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan...
 
Ada hati la pulak nak ajar DSNajib buat bajet...alaaahhhaaaaiiii!! Masa mangkuk ni Menteri Kewangan, 97/98 zaman PALING SENGSARA hingga kadar faedah dinaikkan 12%-14% ! Perrggghhhh!!
 
Dan pada masa tu jugaklah wakil IMF datang berjumpa Tun M menawarkan pinjaman! Anwar dipahamkan adalah PROKSI IMF memujuk Tun M supaya menerima syarat2 IMF. 

NAMUN wakil IMF dihalau dari pejabat Tun M apabila beliau TIDAK BERSETUJU dgn syarat2 yg dikenakan terutama apabila wakil IMF berkata 'LET IT BE BLOOD ON STREETS' kerana kerajaan MESTI MENAIKKAN KADAR FAEDAH demi membayar balik pinjaman! Sedangkan dgn kenaikkan 12%-14% pun kita dah nak terbalik!
 
Jgn kita lupa bahawa negara Greece MUFLIS angkara IMF nihhh!
 
Terima Kasih Tun M! Kalo ikutkan kepala hotak mangkuk ANWAR IBRAHIM nihhhh, abis kita semua pakat angkat bundut kain naik tongkang lari merata negara jiran semata2 mencari sesuap nasi!!

Tuesday, 2 October 2012

Belanjawan Pembangkang Tidak Meyakinkan, Tiada Kerangka Jelas : Pakar Ekonomi


KUALA LUMPUR, 2 Okt –  Belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas lebih meyakinkan berbanding belanjawan yang dikemukakan pakatan pembangkang, kata seorang profesor ekonomi pada Isnin.

Profesor Datuk Dr Noor Azlan Ghazali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, belanjawan pakatan pembangkang yang hanya memberi fokus kepada aspek “memberi, memberi, memberi” tidak mempunyai kerangka yang jelas berbanding Belanjawan 2013 kerajaan.

“Apabila pakar ekonomi mempersoalkan belanjawan pembangkang secara terperinci, mereka gagal memberikan jawapan yang meyakinkan dan jelas, dari aspek ekonomi.

“Sebaliknya, pembangkang akan mendakwa pakar ekonomi bertanyakan soalan yang berbaur politik,” katanya pada sesi perbincangan “Belanjawan 2013 dan Transformasi Ekonomi Negara” pada Wacana Majlis Profesor Negara (MPN) Pasca Belanjawan 2013: Mentransformasi Negara anjuran MPN di sini, Isnin.

Noor Azlan berkata demikian ketika diminta membuat perbandingan di antara Belanjawan 2013 dan belanjawan pakatan pembangkang oleh salah seorang peserta perbincangan itu.

Beliau yang merupakan salah seorang anggota panel perbincangan itu berkata, pelbagai pemberian yang dijanjikan oleh parti pembangkang dalam belanjawan itu dilihat hanya bertujuan memancing undi.

Noor Azlan berkata, Belanjawan 2013 yang dibentangkan pada Jumaat lepas adalah begitu menyeluruh dan mengandungi pelan dan strategi yang jelas terutama dalam membantu semua golongan masyarakat dan pelbagai sektor.

Beliau juga turut mempersoal hasrat pakatan pembangkang untuk menurunkan harga kenderaan kerana ini akan hanya menambahkan bilangan kenderaan di jalan raya dan sekali gus menambah kesesakan.

“Lebih baik tingkatkan sistem pengangkutan daripada mengurangkan harga kenderaan. Nanti lebih banyak kenderaan daripada jalan raya,” jelasnya.

Noor Azlan berkata, ini dapat dilihat di negara-negara maju di mana rakyatnya tidak perlu memiliki kenderaan kerana sistem pengangkutan negara berkenaan begitu efisien.

Beliau berkata, adalah lebih baik Malaysia mencontohi sistem pengangkutan awam negara maju daripada menurunkan harga kenderaan.

Sementara itu, Pengerusi Pusat Kajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Fuad Mohd Jali berkata, Belanjawan 2013 menunjukkan komitmen Perdana Menteri untuk merealisasikan aspirasi negara seperti yang dijanjikannya sebelum ini.

Belanjawan 2013 membantu memberikan golongan tua dan muda di negara inimenikmati hidup yang lebih sejahtera, katanya.

Ia juga mampu memberi kesan positif terhadap pandangan rakyat kepada kerajaan, katanya dalam perbincangan kedua bertajuk “Mentransformasikan SosioPolitik Negara”.

“Malah sebelum Belanjawan 2013 dibentangkan, transformasi yang dilakukan kerajaan melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) sudah menunjukkan hasil positif,” katanya.