gambar ketika majlis perasmian oleh Dato' Seri Utama Hj Mohamad
REMBAU, 31 Julai – Nampaknya seluruh rakyat di negeri ini
wajar melahirkan rasa syukur apabila kumpulan pertama seramai 20 doktor muda
tajaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) akan menamatkan pengajian
mereka dalam perubatan di bumi para ambia – Mesir – hujung tahun ini.
Apa tidaknya, pelaburan pendidikan yang dibuat itu bukan
sahaja akan menyaksikan kelahiran doktor muda yang memahami ilmu kedoktoran
Islam tetapi juga amalannya kelak akan menjurus kepada al-Quran dan sunnah.
Bukan itu sahaja, kembalinya kumpulan pertama doctor muda
dari Mesir tersebut juga akan memperkukuhkan lagi hasrat majlis agama untuk
membuka lebih banyak Klinik Wakaf dan Pusat Hemodialisis An-Nur MAINS yang
ketika ini Cuma dua buah iaitu di Senawang dan Rembau.
Pastinya, kehadiran doctor muda ini kelak akan membuktikan
usaha bertahun oleh MAINS termasuklah permohonan izin daripada Majlis Fatwa
Negeri Sembilan untuk menggunakan sebahagian wang zakat nagaja para pelajar
berkenaan mengikuti pengajian di Mesir dalam bidang perubatan di bawah asnaf ar-Riqab adalah sangat-sangat berbaloi.
Sebab itulah di dalam al-Quran, Allah SWT meletakkan
kedudukan asnaf ar-Riqab di dalam senarai penerima zakat bagi posisi kelima
yang dimulai dengan asnaf fakir, miskin, amil, mualaf dan riqab.
Menurut Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan,
di bawah asnaf ar-Riqab ini dengan mengambil kira tiada lagi hamba pada zaman moden ini, maka untuk
memberikan anak-anak pelajaran dan pengetahuan, ia tergolong dalam konteks
membebaskan hamba dari sebarang kejahilan.
“Majlis Fatwa Negeri Sembilan membenarkan asnaf ar-Riqab ini
digunakan untuk membebaskan anak-anak kita daripada buta huruf, kejahilan dan
melahirkan seorang insane yang berjaya dalam pelajaran sekaligus membantu umat
pada masa hadapan.” Tegasnya di sini.
Justeru itu kata Mohamad, definasi ar-Riqab perlu dilihat
dalam aspek memberikan manfaat kepada seluruh umat dan dalam hal pendidikan ini
sebahagian fuqaha tidak sekadar menyempitkan definasi ar-Riqab sebagai hamba
semata-mata, tetapi lebih meluas meliputi pelbagai aspek lain perhambaan.
Maka di atas tafsiran itu, ketika ini terdapat 70 pelajar
cemerlang yang datang dari sekolah agama seluruh negeri ini ditaja oleh MAINS
untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Sebahagian wang tajaan itu
diperolehi melalui zakat di bawah asnaf ar-Riqab.
Berdasarkan pengamatan juga adda begara-negara di dunia yang
telah mengalihkan peruntukan ar-Riqab ini kepada asnaf yang lain, misalnya di
Arab Saudi.
Bahkan pada Simposium Kedua Perbaddanan Rasmi Zakat Sedunia
pada 1989, telah mengeluarkan fatwa bahawa agihan zakat bagi asnaf ar-Riqab ini
boleh diagihkan kepada asnaf yang lain.
Oleh yang demikian, Mohamad optimis, segala usaha yang
dilakukan ini kini menampakkan hasil dan pihaknya juga akan mengadakan
rundingan dengan Kementerian Kesihatan supaya doctor muda ini diberi latihan
bekerja sebelum mereka dapat berkhidmat
di klinik wakaf dan pusat hemodialisis MAINS.
Buat masa ini, kita banyak bergantung kepada pengurusan dan doktor
dari Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) dan tahun lalu sahaja, MAINS perlu membayar
RM1.6 juta.
“Bila kita ada doktor sendiri, mereka akan ditempatkan di
klinik wakaf ini. Mungkin satu klinik akan ada tiga doktor kerana kita akan
membukanya 24 jam. Setiap daerah akan mempunyai klinik wakaf dan pusat
hemodialisis sendiri.” Ujarnya.
Mohamad juga memberitahu, doktor muda ini akan berkhidmat
dengan klinik ini dan selebihnya diserapkan ke hospital kerajaan lainnya.
“Saya akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan dan kalau
boleh biarlah pelajar perubatam tajaan MAINS ini kembali berkhidmat dalam
negeri ini.” Ujarnya.
Mohamad juga menjelaskan, setiap tahun seramai 10 pelajar
cemerlang dari sekolah agama dalam negeri ini akan dihantar melanjutkan
pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir.
“Jika kita fikirkan kos seorang pelajar adalah RM450,000.
Tetapi, pelajar yang ditaja oleh MAINS hanya membuat pinjaman kurang dari
RM100,000.
“Selebihnya adalah wang zakat di bawah asnaf ar-Riqab tadi.
Maknanya, 2/3 adalah wang zakat dan 1/3 dalam bentuk pinjaman.” Jelasnya.
Menurut beliau, pelaburan dibuat di dalam pendidikan membawa
keuntungan sepanjang hayat dan bagi pelajar kedoktoran yang akan kembali ke
tanahair hujung tahun ini, ia akan membawa sinar baru kepada umat Islam dan
masyarakat apabila mereka berkhidmat di hospital, klinik wakaf dan pusat
hemodialisis.
Sekurang-kurangnya akan ada nanti Ibnu Sina – doktor Islam
yang terulung, lahir dalam kalangan pelajar perubatan tajaan MAINS dan bersedia
memberi bakti kepada seluruh masyarakat dengan pendekaran al-Quran dan sunah.
Oleh : Ainol Amriz Ismail
Sumber : Utusan Malaysia
Artikel berkaitan : Klinik dan Pusat Dialisis Wakaf An-Nur MAINS, Senawang
No comments:
Post a Comment