Labels

SUDAHKAH MB NEGERI SEMBILAN MELAKSANAKAN JANJI JANJINYA KETIKA MULA MULA MENJAWAT JAWATAN MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN

YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamd Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan
Dua janji Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan  kepada  rakyat pada mula mula beliau memegang jawatan sebagai menteri besar Negeri Sembilan dahulu. Tok Mat perlu menunaikan janji janji ini  sebelum PRU13 bermula kerana  janji ini mencerminkan corak kepimpinan diri nya selaku menteri besar Negeri Sembilan,

Janji pertama :
menyelesaikan Isu Felda Sendayan bermula selepas 513 peneroka itu menandatangani perjanjian penjualan tanah dengan PKNNS membabitkan 1,600 hektar tanah bernilai RM557 juta pada Nov 1996.
Bagaimanapun, pembeli tanah gagal membuat pembayaran penuh akibat kegawatan ekonomi pada 1997 dan 1998 sehingga ada antara peneroka mengambil tindakan mahkamah.
inilah wajah Sendayan hari ini yang akan menjadi satu kawasan oerumahan yang morden.

Sendayan Kini


Mengikut rancangan, kawasan 1,600 hektar itu dimajukan secara usaha sama antara PKNNS dengan Malaysian Helicopter Services (MHs), kini dikenali MHS Land Bhd, untuk dijadikan Koridor Teknologi Negeri Sembilan (NSTC).

Tok Mat berjanji akan menyelesaikan masalah ini yang merupakan kemelut yangagak berat dan sukar untuik diselesaikan tanpa perancangan yang bijak bagi memberikan manafaat kepada kedua pihak peneroka dan kerajaan. Namun apaabila menemui formula ini ada seramai  47 peneroka yang telah dihasut oleh dua orang peneroka lain menentang dan enggan meneriam tawaran dari kerajaan.

Malahan ada di antara 47 peneroka berkenaan  mencabar , jika Tok Mat berjaya menyelesaikan masalah ini dia akan berlalari sekeliling Felda Sendayan dengan bertelanjang selama tiga hari tiga malam , katanya  Dato Isa yang berbelas tahun jadi Menteri Besar gagak untuk selesaikan masalah ini. inikan Tok Mat yang baru saja menjadi Menteri Besar,

Tanpa memperdulikan cabaran itu Tok Mat terus mencari satu untuk menyelesaikan penantian 10 tahun peneroka Felda ini. formula yang memberikan nilai wang tunai  dan juga harta yang telah siap kepada peneroka dan dua ekar tanah untuk mereka mengusaha meneruskan penghidupan kerana pengalaman sebelum ini telah mengajar apabila  peneroka  Felda Labu Johnson rata  rata habis  wang yang di dapati dalam masa setahun sahaja.

Peneroka Felda Sendayan diberikan sebuah rumah banglo bernilai  RM240,000.
Melalui tawaran pakej itu, peneroka Felda berkenaan akan menerima tanah seluas 0.8 hektar bernilai RM350,000, sebuah banglo setingkat empat bilik bernilai RM350,000 dan wang tunai kira-kira RM400,000 hingga RM550,000.“, klik sini

Walaupun ada sumber sumber menghasut oleh pihak yang sentiasa mahu mengeruhkan suasana di Felda menabur berbagai fitnah, kini semuanya telah selesai dengan baik malahan 47 orang yang menyaman Tok Mat dahulu ditolak saman mereka oleh mahkamah dan beberapa mahkamah rayuan  dan akhirnya mahkamah bersetuju membayar tanah mereka dengan harga lebih kurang satu ringgit untuk satu kaki persegi dan mereka mengalami kerugian dan akhirnya ada yang kembali bertemu dengan Menteri Besar merayu untuk mendapat kan rumah yang ditawarkan dan harga tanah yang pernah di tawarkan oleh kerajaan apabila mengetahui dua orang yang menghasut dahulu telah pun awal awal menandatangani perjanjian tawaran kerajaan ini.

Hari ini Tok Mat mungkin tertungu tunggu ada orang yang ingin berlari keliling  Sendayan apabila  beliau berjaya menyelesaikan isu tanah Felda ini.

Hutang kerajaan untuk menyelesaikan masalah peneroka FELDA telah dilangsaikan dalam jangka masa yang lebih pendek , inilah kejaayan Tok Mat menyelesaikan kemelut FELDA, Klik sini

Janji Kedua : membangunkan jalan Bukit Putus
lebuh raya Bukit Putus yang telah pun digunakan oleh rakyat Negeri Sembilan.

Inilah janji Tok Mat kepada rakyat yang telah ditunaikan.



Pada 25/01/2009 jam 3:26 petang Tok Mat ada berkata bahawa Projek lebuh raya Seremban-Kuala Pilah yang menelan belanja RM250 juta dijangka boleh dibuka kepada semua kenderaan selewat-lewatnya pertengahan tahun ini. 

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu, sehingga kini kerja-kerja pembinaan masih lagi giat dijalankan oleh pihak pemaju.Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri menjangkakan lebuh raya itu boleh digunakan oleh orang ramai menjelang Mei atau Jun tahun ini.

``Namun kita perlu memastikan terlebih dahulu tiada kecacatan dan ia selamat untuk digunakan apabila siap kelak,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.Mohamad berkata, beliau gembira dengan perkembangan keseluruhan projek berkenaan yang disifatkannya sebagai berjaya.

``Pembinaan lebuh raya ini dapat mempercepatkan perjalanan orang ramai yang sebelum ini terpaksa mengharungi Jalan Bukit Putus,’’ katanya. Ini lah dua janJi janJi Tok Mat ketika mula mula manjadi menteri besar sudah kah Tok Mat menunaikan janji dan melaksanakan janJi beliau.?

Beliau berjaya menunaikan kedua dua janji beliau malahan Sendayan membangun pesat - lihat laporan kedua nanti mengenai Sendayan hari ini.Lebuh raya telah digunakan dan memudahkan pengguna berulang alik dari Kuala Pilah ke Seremban dan Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment