Labels

Saturday 21 July 2012

KEMELUT 42 TAHUN BERJAYA DISELESAIKAN OLEH MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN DENGAN BIJAK


Tiada apa yang dapat dikatakan lagi tanda ksyukuran setelah 42 tahun kemelut yang menghantui penduduk ini akhirnya dapat diselesaikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan. Ada di antara mereka yang telah pun meninggal dunia. Hanya dakapan tanda ucapan Terima Kasih kepada YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan.
Ini adalah satu lagi kejayaan besar yang telah di catat oleh Menteri Besar Negeri Sembilan , Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan apabila berjaya menyelesaikan masalah kemelut yang menghantui pemilik tanah kampung Serampang Indah selama 42 tahun.

Satu keputusan dan formula penyelesaian kemelut status tanah di Kampung Serampang Indah, yang dimiliki oleh Gatco satu ketika dahulu, akhirnya dapat diselesaikan Kerajaan Negeri melalui perundingan dengan tuan tanah baru iaitu Thamarai Holding Sdn Bhd (TH) dengan kebijaksanaan Menteri Besar.

Perundingan harmoni dan bijak yang kerap dilakukan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan bersama wakil Thamarai Holding berakhir di mana satu penyelesaian dapat diputuskan apabila  peneroka asal, pewaris peneroka asal dan pembeli yang membeli tanah kepada peneroka asal mendapat pemilikan tanah masing-masing.

Kesatuan Sekerja Ladang (NUPW) telah dikurniakan tanah oleh Kerajaan Negeri pada tahun 1970an oleh Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu, Dato Mansor Othman yang mahu melihat kawasan hutan dibangunkan dengan hasil pertanian.

Mengambil kejayaan FELDA yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak, kawasan hutan yang terletak di bawah pengurusan Pejabat Daerah Jempol tersebut dibuka melalui Kesatuan Sekerja Ladang yang akhirnya menubuhkan Gatco yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan ladang.

Mengambil contoh FELDA yang ditubuhkan kerajaan, Gatco telah membuka ladang tersebut kepada orang ramai ketika itu melalui temuduga terbuka dan peneroka-peneroka yang berjaya telah diberikan 2 ekar tanah kediaman dan 8 ekar tanah ladang untuk diusahakan.

Memandangkan Gatco bukan pemilikan kerajaan dan kurang pengalaman di dalam pengurusan perladangan, perniagaan Gatco merosot dan terpaksa berunding dengan peneroka bagi membuat perjanjian baru dan memajak tanah tersebut kepada pihak bank untuk pusingan modal.

Pada tahun 1983, syarikat Gatco memperbaharui perjanjian dan melakukan pengubahsuaian dan keluasan tanah perladangan dikurangkan kepada lapan ekar.

Gatco membuat pinjaman dengan dua buah institusi kewangan iaitu United Asian Bank dan Nederlandse Financierings-Maatschappijvoor Ontwikkelingslanden.

Bertolak dari masalah pengurusan, syarikat Gatco diisytiharkan muflis pada tahun 1996. Sepanjang tempoh ini peneroka gagal mendapat geran hak milik dan pihak bank terpaksa mengambil tanah Gatco.

Akibat dari tidak berpuas hati, penduduk Gatco telah membawa perkara ini sehingga ke mahkamah rayuan dan mahkamah tinggi. 

Namun disebabkan Gatco sudah distiharkan muflis pada tahun 1996, mahkamah tinggi tidak lagi menguruskan kes ini sehingga tanah tersebut diserahkan kepada dana harta berdasarkan peruntukan undang-undang yang sah.

Dana harta pula telah membuka lelongan awam bagi tanah Gatco yang akhirnya dibeli oleh Thamarai Holding Sdn. Bhd.

Apabila Thamarai Holding Sdn Bhd (THSB) menjadi tuan tanah baru bagi Gatco, peneroka asal yang masih tinggal mahu membeli tanah tersebut kepada THSB.

THSB sebagai perniagaan berasaskan keuntungan meletakkan harga RM25,000 – RM30,000  seekar mengikut harga pasaran tanah yang dituntut oleh peneroka. Peneroka menuntut sebanyak 8 ekar seperti mana perjanjian dengan Gatco di tahun 1983.

Peneroka tidak berpuas hati dengan harga yang ditawarkan kerana THSB membeli tanah tersebut secara lelongan.

Akhirnya, meminta Menteri Besar masuk campur di dalam urusan ini.

Akhirnya, beberapa siri perbincangan dan perundingan dengan ahli lembaga pengarah THSB berlaku.
Perundingan terakhir berlaku sebelum Menteri Besar hadir mengumumkan berita baik tersebut di Majlis Bersama Rakyat di Kampung Serampang Indah, di kediaman rasmi beliau pada 13 Julai 2012.

Hasil perundingan, THSB bersetuju memberi percuma empat ekar tanah kepada peneroka asal atau waris dan percuma dua ekar tanah kepada pembeli yang membeli tanah tersebut kepada peneroka asal atau waris.

Di hadapan peneroka asal dan waris Gatco, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan menyatakan jawatankuasa pembahagian tanah dipengerusikan oleh Dato’ Zainal Abidin Ahmad, ADUN Lui.

Di mana segala pembahagian tanah ini perlu saksi dan menandatangani dokumen di hadapan Pesuruhjaya Sumpah bagi mengelakkan sebarang kesulitan kelak.

Kos pembahagian tanah dan dokumen ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.


1 comment:

  1. syabas Dato'....pemimpin yg begini rakyat mahukan...bukan jenis yg pandai retorik menjelang PRU shj....

    ReplyDelete