Pengagihan kerusi pilihanraya bagi parti-parti sekutu dalam
Pakatan Rakyat nampaknya masih kabur. Walhal, Ketua Pembangkang, iaitu
Anwar Ibrahim sebelum ini telah menyatakan bahawa pembahagian kerusi
PRU telah pun dimuktamadkan.
Dan nampaknya sekali lagi Anwar menipu.
Dari sumber-sumber tertentu, kita telah dimaklumkan bahawa PKR akan
bertanding 66 kerusi. Manakala PAS sebelum ini ada mewar-warkan bahawa
mereka akan bertanding 80 kerusi. Namun, mengikut perkiraan berdasarkan
PRU yang lepas, PAS hanya mampu meletakkan 66 kerusi sahaja dan itupun
hanya berjaya memenangi 22 kerusi.
Justeru, jika PAS ingin bertanding 80 kerusi menunjukkan betapa PAS itu akan tetap dengan angan-angan Mat Jeninnya.
Kita juga dapat membaca sikap berhati-hati Hadi Awang dalam
memperkatakan soal kerusi, kerana Hadi hanya menyebut ‘mungkin akan
bertanding 80 kerusi’ iaitu bukannya satu kepastian lagi.
Kita amat faham betapa hati Hadi Awang akan bergetar apabila menyebut
nama DAP. Kerana itu, Hadi tidak berani meletakkan angka muktamad,
tetapi hanya menganggarkan sahaja akan jumlah kerusi yang akan
ditandingi PAS dalam PRU nanti. Tidak mungkin Hadi akan mengumumkan
jumlah muktamad tanpa restu DAP terlebih dahulu.
Bagaimanapun, elok kita ketepikan angan-angan Mat Jenin PAS dan
melihat dari segi logik. Logiknya, PAS hanya akan bertanding sekitar 66
kerusi, dan PKR telah pun memuktamadkan bertanding 66 kerusi juga, maka
pastinya kerusi lebihan sebanyak 90 lagi adalah milik DAP.
Tidak mungkin DAP akan benar-benar bertanding 60 kerusi sahaja
seperti kata Lim Kit Siang kepada Malaysian Insider, kerana jika benar,
bermakna PR hanya akan bertanding 192 kerusi sahaja keseluruhannya.
Mungkin ada yang terpedaya dengan hujah DAP dan PAS bahawa ini
hanyalah spekulasi jahat BN untuk memecahbelahkan PR, tetapi apa yang
dinyatakan di sini adalah analisis berdasarkan logik dan bukannya
angan-angan Mat Jenin.
Perlu diingatkan bahawa DAP telah bertanding 47 kerusi dalam PRU yang
lepas dan memenangi 28 darinya, yang mana mengatasi jumlah yang
dimenangi oleh kedua-dua rakan sekutunya. Maka tidak mungkin DAP akan
mengalah meletakkan kerusi yang jauh lebih sedikit dari kedua-dua mereka
dalam PRU kali ini.
Percayalah, seperti yang ditekankan oleh Lim Guan Eng secara tidak
langsung dalam perdebatannya dengan Chua Soi Lek baru-baru ini, iaitu
DAP tidak sekali-kali menerima konsep kerjasama dengan PAS dan PKR
sepertimana UMNO-MCA-MIC. Sebaliknya DAP akan sentiasa memastikan
kedudukannya jauh lebih tinggi dari sekutu-sekutu hapraknya.
Justeru, kesukaran DAP dan PAS menyatakan jumlah muktamad kerusi yang
akan dipertandingkan dalam PRU nanti adalah bukti bahawa PR menghadapi
krisis dalaman iaitu dilema antara sikap kiasu (DAP) dengan tekanan
majoriti (pengundi Melayu).
Yang pasti, perkataan kiasu (takut kalah) itu sendiri sudah menyatakan segala-galanya iaitu DAP tidak akan sekali-kali beralah.
No comments:
Post a Comment