Labels

Thursday 31 January 2013

DAP Ingin Guna Anak Raja Untuk Hapuskan Institusi Raja?

Dalam usaha DAP untuk kekal relevan dalam masyarakat dan politik Malaysia, parti itu tidak pernah menyatakan secara terus-terang akan prinsip mereka yang menentang Institusi Raja-raja Melayu. Namun, bagi mereka yang sedia maklum mengenai sejarah DAP akan sentiasa waspada mengenai prinsip utama perjuangan DAP yang menentang Artikel 153 di mana termaktub di dalamnya hak-hak Melayu dan Islam yang dilindungi Institusi Raja-raja.

Walaupun ianya dikaburkan oleh pemimpin-pemimpinnya, tetapi prinsip DAP dapat dilihat di dalam komen-komen oleh penyokong tegar mereka di laman-laman sosial yang jelas membenci segala-galanya yang ‘berbau’ Melayu. Ia juga terserlah dalam tindakan DAP yang senantiasa mencuba untuk melemahkan atau melenyapkan terus apa-apa saja yang berkaitan dengan Melayu. Antaranya, bahasa dan juga budaya, yang mana membawa kepada kes wakil DAP enggan memakai pakaian adat di dalam Dewan atas alasan ia bercirikan Melayu-Islam.

Dolak-dalih konon berpegang kepada perlembagaan dan enggan mengaku menentang Institusi Raja-raja, terkantoi apabila kepimpinan tertinggi parti itu menempelak Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim yang telah menerima anugerah Darjah Kebesaran oleh Raja-raja Melayu kerana tindakan itu dikira melanggar prinsip parti. Alasan kononnya atas faktor ketelusan. Namun, tidak semua rakyat begitu mudah terpedaya dan kita sedia maklum bahawa prinsip itu dibuat berasaskan penolakan DAP terhadap Raja-raja Melayu.

Apabila terdedah bagaimana DAP pernah cuba memancing Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Mukhriz untuk menyertai DAP dengan dijanjikan jawatan Menteri Besar, maka ia menunjukkan betapa DAP tidak pernah menghormati Institusi Raja-raja. Biarpun penyertaan seorang Putera Sultan ke arena politik bukan sesuatu yang salah walaupun ia jarang berlaku, namun perlakuan DAP yang memancing dan menjanjikan jawatan kepada baginda adalah perlakuan biadap.

Apatah lagi dengan prinsip utama DAP yang tidak mengiktiraf Institusi Raja-raja, maka tindakan tersebut membawa makna bahawa DAP hanya ingin memperalatkan baginda untuk meraih undi Melayu semata-mata dengan keyakinan yang mereka dapat membonekakan baginda sekiranya strategi ini berjaya.

Mungkin ramai yang masih ingin menepis hakikat ini dan menuduh penulis sebagai rasis dan paranoid. Namun, tidak salah kita mengambil sikap berhati-hati memandangkan sehingga ke saat ini, kita masih tidak mendapat jaminan yang DAP tidak akan meneruskan agenda menghapuskan Artikel 153, sekali gus Raja-raja Melayu sekiranya PR memenangi PRU.

Dengan keadaan PAS yang begitu lemah dan PKR yang terlalu bergantung kepada rakan sekutunya untuk hidup, DAP akan mempunyai kuasa mutlak jika PR berkuasa. Malah, hari ini juga kita melihat DAP mempunyai kuasa mutlak, cumanya ia tidak ditunjukkan secara terang-terangan kerana perlu kekal relevan dalam suasana politik dan masyarakat Malaysia demi memenangi pilihanraya.

Justeru, seperti yang disebut tadi, tawaran DAP kepada Tunku Zain adalah bertitik tolak kepada strategi untuk memenangi pilihanraya semata-mata. Kedudukan Tunku Zain dan seluruh kerabat diRaja selepas pilihanraya yang dimenangi PR pula, tentunya belum pasti.

Umat Melayu tidak wajar memandang remeh akan prinsip utama DAP yang berslogankan Malaysian Malaysia. Ketahuilah bahawa prinsip tersebut tidak pernah berubah, malah kekal subur dan berkembang di dalam sanubari setiap seorang dari ahli dan pemimpin DAP.

Kata orang, fahamilah asal usul dan hati budi seseorang sebelum kita bertindak membela atau bersahabat dengannya. Begitu juga dengan DAP yang pernah terakam dalam sejarah sebagai memusuhi Islam dan Melayu, yang bertekad menghapuskan hak-hak Melayu dan yang pernah dan masih menjunjung sistem sosialis dan kesamarataan total.

Justeru, kita wajib memahami terlebih dahulu apa itu sosialis dan apa itu kesamarataan total serta kesan dan impaknya kepada umat, kepada agama dan kepada negara. Sebelum memahami semua ini, janganlah menjadi pipi yang tersorong-sorong membela DAP dalam hal ini.

Raja-raja adalah benteng kita, jika Raja-raja juga sudah dihina sebegitu rupa dengan rasuah jawatan yang jauh lebih rendah dari kedudukan baginda, maka apakah kita masih ingin terus percaya kepada DAP?

DAP Cuba Jadikan Intitusi Raja Sebagai Keldai Mereka Untuk Pancing Undi Melayu

Wednesday 30 January 2013

Utama Lawatan Nik Aziz Ke Pulau Pinang: Kenapa Tiada Perbincangan Tentang Isu Kalimah “Allah”?

 tgna_karpal_bd copy
Kecoh betul di laman lidah rasmi PAS, Harakahdaily dan blog-blog pro-PAS semalam mengenai kunjungan Mursyidul Am PAS ke Pulau Pinang dan telah mengadakan pertemuan dengan seorang Bishop Katolik, Sebastian Francis di sana.
Kononnya, dengan pertemuan antara Nik Aziz dan Bishop tersebut, ia akan meredakan ketegangan yang tercetus dari isu penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible berbahasa Melayu untuk edaran di Semenanjung Malaysia.

Malah dalam lawatan Nik Aziz ke negeri jajahan Guan Eng itu, dia telah menyambut harijadinya di kediaman Pengerusi DAP dan Karpal Singh telah menghadiahkan sebiji kek harijadi padanya dalam lawatan tersebut.

Kononnya, mereka berdua “mesra”lah, kan? Memanglah “mesra semacam” saja bila Nik Aziz dan Karpal dikatakan berbicara mengenai pemecatan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dari Majlis Syura PAS…

Apatah lagi bila laporan mengenai kunjungan Nik Aziz ke rumah Karpal dan pertemua dengan Bishop itu tidak menyentuh langsung tentang soal penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible bahasa Melayu…

Cuba sebut tentang isu itu, saya yakin Nik Aziz takkan lama di Pulau Pinang…kan? Sepanjang lawatan Nik Aziz di Pulau Pinang, tiada sebarang laporan pun dari media-media pro-pembangkang yang melaporkan tentang sebarang perbincangan mengenai isu kalimah “Allah” berlangsung di antara Nik Aziz dengan pemimpin DAP atau Bishop tersebut.

 Malah cakap-cakap mulut di kalangan para penyokong PAS di sebelah utara semenanjung menyifatkan lawatan Nik Aziz itu hanyalah sekadar propaganda untuk meredakan kemarahan mereka terhadap DAP dan PKR yang mahu kalimah “Allah” tercemar di negara Islam ini.

Kata mereka, mereka tidak sekali-kali akan tertipu dan percaya lagi dengan mainan propaganda tersebut selagi DAP dan PKR menurut kehendak Majlis Syura PAS yang mahu hak eksklusif penggunaan kalimah “Allah” itu dikekalkan sebagaimana yang ditetapkan kerajaan selama ini.

 Paling menarik, sekumpulan penyokong PAS yang saya temui di Sungai Petani tadi berkata, biarlah PAS tidak memerintah sehingga kiamat asalkan kalimah “Allah” tidak dicemari DAP dan PKR, serta Islam tidak dicabar oleh kedua sekutu parti mereka.

Sebenarnya, para penyokong PAS sudah lama memendam rasa dan menahan sabar dengan kerenah DAP dan PKR yang sejak lima tahun dulu memandang “lekeh” pada parti mereka serta mencabar perjuangan parti “bulan” itu.

Malangnya, mereka mendakwa para pemimpin PAS sendiri sangat lemah dan terlalu “beri muka” kepada DAP dan PKR sehingga kedua parti pembangkang itu “naik kepala” dan “tumbuh tanduk syaitan di atas kepala”.

Tekad mereka, tiada lagi undi yang akan diberikan kepada DAP dan PKR pada PRU ke-13 nanti. Mereka tidak akan meninggalkan parti, tapi para penyokong PAS ini akan “mengajar” DAP dan PKR tentang “akar umbi PAS bukannya keldai seperti para pemimpin mereka”.

Salah seorang rakan PAS saya yang terkenal dengan sokongan terhadap gerakan Syi’ah di utara berkata, PAS sepatutnya keluar dari Pakatan Haram, tapi dia yakin bahawa para pemimpin PAS takkan berani buta begitu.

Bila ditanya sebab dia berkata begitu, selamba saja dia berkata, memang pemimpin PAS di zaman ini tidak sama dengan pemimpin PAS di zaman Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, mereka semuanya gila kuasa dan jawatan politik!

Persoalannya, bila para penyokong PAS sendiri pun sudah mengamuk dan bersuara begini, maka memang benarlah kedudukan PAS hanya berada “di bawah tapak kaki” DAP dan PKR. Hina sungguh sehingga sanggup menjual agama demi kuasa.

 Sekurang-kurangnya DAP masih sayangkan agama mereka (Kristian) dan Anwar masih sayang pada cita-citanya (nak jadi PM). PAS masih sayangkan Islam lagi, kah?

sumber

Tuesday 29 January 2013

Jangan pandai pandai kapir kan kami wahai Ostaz PAS!!!!!!!


Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan memenuhi undangan Dato’ Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin, Penaung Yayasan As-Sofa di Majlis Ilmu dan Sambutan Maulidurasul 1434H serta Majlis Pengkhataman Kitab Al- Muwatta di Masjid Negeri Seremban, malam tadi.

Di majlis ilmu yang penuh barakah itu, menghimpunkan seramai tujuh ribu orang pelajar, ilmuan, agensi kerajaan dan swasta bermula dengan solat maghrib berjemaah, disusuli dengan usrah yang disampaikan sendiri oleh Dato’ Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin sementara menanti waktu Isya’.
Sejurus selesai solat Isya’ berjemaah, bacaan Asamaul Husna, Qasidah disusuli zikir munajat ke hadrat Allah Taala diselang-seli membawa seribu kerahmatan dan keberkatan Allah Taala.

Di dalam ucapan ringkas Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, beliau mengucapkan tahniah di atas penganjuran majlis yang amat berjaya ini.

Ujar beliau, “sesungguhnya usaha mengimarahkan agama Islam yang merupakan tiang agama ini tidak pernah berhenti di hujung waktu, walaupun  setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW, penghulu nabi Allah.”

  “Hakikatnya, tidak cukup sekadar pujian, usaha yang dilakukan oleh Yayasan As-Sofa melalui penaung, Dato’ Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin, amat di sanjung tinggi. Hasil usaha ini telah memberikan ilmu pengetahuan yang amat baik buat generasi muda agar mendalami ilmu agama dengan sebaik mungkin.” katanya.

“Di dalam cadangan mewujudkan Universiti As-Sofa di bawah kurniaan tanah D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan mewujudkan Fakulti Kuliyyah Al-Azhar, di mana tenaga pengajarnya dari Universiti Al-Azhar, merupakan satu-satunya dakwah yang akan memberi faedah kepada umat Islam di negara ini.” tambah beliau.

Selain itu, kewujudan Yayasan As-Sofa memang tepat pada waktunya, kerana Kerajaan Negeri  melalui Dasar Pelajaran Negeri serius dan fokus menginstitusikan pendidikan agama di negeri ini.
Menteri Besar turut menyeru agar ilmu agama yang dipelajari ini dapat dimanfaatkan di dalam kehidupan kerana cabaran dan dugaan dunia adakala melalaikan.

“Setidak-tidaknya, apabila ilmu agama sudah tertanam di dada, akan memberikan kesedaran buat kita. Malah, ilmu agama yang dipelajari ini merupakan dakwah sepanjang zaman.” tambah beliau.

berita penuh klik sini

Monday 28 January 2013

AKHIRNYA : Majlis Syura PAS gugur Nasharuddin

pix_gal0
Keputusan dapati Ahli Parlimen Bachok gagal beri komitmen

Kuala Lumpur: Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa digugurkan sebagai Ahli Majlis Syura Ulama PAS berikutan tindak-tanduknya yang didakwa boleh merugikan parti itu.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat minggu lalu membuat keputusan selepas mendapati Ahli Parlimen Bachok terbabit melanggar peraturan berjemaah.
Beliau berkata, keputusan menggugurkan Nasharuddin sebagai ahli Majlis Syura Ulama sudah dibuat pada mesyuarat yang diadakan di Kelantan, November lalu ketika berlangsungnya Muktamar Tahunan PAS.

“Beliau sepatutnya digugurkan ketika mesyuarat yang diadakan di Kelantan ketika Muktamar PAS November lalu. Namun, atas beberapa sebab, kita tidak dapat lakukannya sehingga mesyuarat baru-baru ini dan keputusan diambil dengan menggugurkannya sebagai ahli Majlis Syura.

Tetap ahli PAS

“Namun, beliau tetap ahli PAS dan tidak mempunyai apa-apa jawatan lagi pada peringkat pusat. Keputusan menggugurkan Nasharuddin dibuat kerana kegagalannya memberikan komitmen sepatutnya.

“Malah, beliau sudah banyak kali tidak menghadiri mesyuarat Majlis Syura Ulama, selain beberapa tindakannya yang dianggap bertentangan dengan peraturan berjemaah,” katanya.
Keputusan menggugurkan Nasharuddin diumumkan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Muhamad Zawawi Salleh dan disiarkan akhbar rasmi parti itu, semalam.

Ditanya sama ada Nasharuddin sudah dimaklumkan mengenai perkara itu, Tuan Ibrahim berkata beliau tidak pasti sama ada surat mengenai pemecatan terbabit dihantar ataupun tidak kepada pemimpin PAS berkenaan.

Katanya, Majlis Syura melihat tindakan Nasharuddin kebelakangan ini bukan saja boleh merugikan PAS, malah menimbulkan fitnah bagi jemaah di samping bercanggah dengan kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti.

Terbaru, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia itu turut mengikuti rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Palestin.

Wednesday 23 January 2013

Gerak hati, ingin lihat sendiri bawa PM ke Palestin

Najib tun Razak memangku anak Komander Briged Al Qassam, Ahmed Al-Jafari yang maut terkena tembakan roket Israel sewaktu melawat Gaza, semalam.

GAZA  - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau mengikut gerak hati apabila mengambil keputusan untuk melakukan lawatan ke sini kerana ingin melihat sendiri penderitaan dan kesengsaraan rakyat Palestin.

Perdana Menteri berkata, walaupun selama ini Malaysia memberikan pelbagai sokongan dan bantuan, namun sokongan itu akan lebih bermakna jika beliau menjejakkan kaki ke bumi Palestin.

"Justeru saya lakukan lawatan ini yang dianggap bersejarah memandangkan inilah kali pertama seorang Perdana Menteri Malaysia melawat Palestin," katanya.

Beliau yang dalam lawatan kemanusiaan ke sini berkata demikian ketika berucap dalam pertemuan dengan Kabinet Palestin hari ini.

Najib tiba di kawasan sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira 10.40 pagi (waktu tempatan) atau kira-kira (4.40 petang waktu Malaysia).

Ketibaan Najib disambut Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh di kawasan sempadan.

Lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku dan Palestin berkumandang selepas itu.

Najib juga memeriksa kawalan kehormat Pasukan Polis Palestin dan mengadakan perbincangan dengan Ismail di Pusat Pemeriksaan Imigresen Rafah.

Sebelum itu, Najib menempuh perjalanan sejauh 55 kilometer dari lapangan terbang El-Arish di Mesir ke kawasan sempadan Rafah.

Perdana Menteri berkata, Malaysia mengagumi keberanian dan ketabahan rakyat Palestin dalam berhadapan dengan kekejaman Israel.

Najib memulakan lawatan dengan mengunjungi beberapa tempat yang musnah akibat serangan Israel pada November lalu.

Selain pejabat Perdana Menteri, Ismail Haniyeh yang musnah, Najib juga turut mengunjungi keluarga Ahmed Al-Jafari iaitu Komander Briged Al Qassam.

Ahmed terbunuh apabila kereta yang dinaikinya terkena tembakan roket Israel.

Najib mengakhiri lawatan dengan menerima ijazah doktor kehormat dari Universiti Al-Aqsa 
sebelum berlepas ke Kaherah bagi mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Mesir, Mohamed Morsi.

Perdana Menteri dan isteri, yang sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Mesir tiba di Kaherah 9 malam ini waktu tempatan.

Wednesday 16 January 2013

Betul Ke Anwar Punca Kemenangan BN?


Beberapa kesimpulan dapat dirumus daripada 'Himpunan Kebangkitan Rakyat' anjuran parti-parti pembangkang Sabtu lepas.

Pertama, sekalung tahniah kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengotakan janji untuk mempastikan perhimpunan tersebut dijamin aman dan tidak berlaku sebarang rusuhan atau kekacauan seperti pengalaman lalu.

Kemenangan besar dan hakiki pada hari Sabtu lalu bukan kepada pembangkang tetapi kepada Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional.

Kewujudan Akta Perhimpunan Aman 2012 telah meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan apabila rakyat mengetahui keselamatan terjamin serta kehidupan mereka tidak lagi terganggu bilamana pembangkang mahu mengadakan sebarang demonstrasi di masa depan.

Ini adalah satu pendekatan inklusif oleh pihak polis yang patut diberi pujian dan penghargaan termasuk pihak pembangkang sendiri.

Sikap keterbukaan Perdana Menteri yang berkata kerajaan pimpinannya sanggup dikritik dan ditegur adalah satu cerminan dasar yang mengutamankan hak dan kebajikan rakyat dan pada masa yang masa menghormati nilai-nilai sistem demokrasi negara ini.

Kedua, perhimpunan yang diuruskan dengan begitu baik oleh PDRM telah menggagalkan sebarang percubaan pihak pembangkang untuk menimbulkan huru hara di jalanan sebagaimana ang mereka telah lakukan pada perhimpunan Bersih 3.0.

Sudah tentunya individu yang paling kecewa ialah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengharapkan penyokong-penyokong pembangkang dapat digerakkan sekali lagi untuk merusuh dan menimbulkan suasana tegang.

Strategi Anwar supaya berlaku kakacauan ialah supaya media antarabangsa yang membuat liputan berita akan menyebarluaskan gambaran bahawa kerajaan bertindak zalim, kuku besi, diktator dan sebagainya.

Malangnya perkara ini tidak terjadi dan perhimpunan yang diadakan tidak ubah seperti mana-mana ceramah politik pembangkang.

Kerajaan masih menunjukkan sikap prihatin dan berlembut walaupun pembangkang melanggaar beberapa syarat yang telah dipersetujui seperti menghadkan kehadiran peserta perhimpunan kepada 30,000 sahaja dan dilarang membawa bersama kanak-kanak.

Ketiga, ketiadaan Ketua Parlimen Dap, Lim Kit Siang menimbulkan tanda tanya mengapa beliau tidak hadir pada perhimpunan terbesar pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum ke 13.

Pembangkang berkata dengan jumlah mereka yang berkerumun di Stadium Merdeka sudah cukup untuk menyampaikan mesej kepada Barisan Nasional bahawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Mungkin penyokong pembangkang penuh yakin berdasarkan semangat membuak-buak mereka pada hari itu namun Kit Siang nampaknya tidak begitu menaruh harapan yang menggunung.

Keempat, melihat kepada kerenah penyokong pembangkang yang mewakili pelbagai ideologi dan politik serta landasan perjuangan yang berbeza-beza menjadi satu persoalan adakah pemimpin dan penyokong mempunyai kesatuan fikrah dan pandangan politik yang sama untuk ke Putrajaya?

Pas dengan baju serba hijau yang gemar melaungkan takbir, kumpulan Bersih dan ant-Lynas pula dengan baju kuning mereka, dan PKR dengan baju biru muda masing-masing bersorak dengan sloganan tersendiri seolah-olah ia hanyalah satu perhimpunan carca marba atau 'motley crue'.

Malah terdapat kumpulan-kumpulan serpihan yang menumpang sekaki untuk bersama perhimpunan itu seperti golongan LBGT, anti-Islam, anti-Melayu, pluralis dan liberalis, cauvinis dan rasis, anti-Raja, pendakwah Kristian dan sebagainya.

Semuanya juga mempunyai impian Anwar aagar memenuhi agenda perjuangan kumpulan mereka jika berkuasa.

Malah jika dibilang dengan jari jumlah yang hadir jauh daripada 1 juta yang disasarkan sebelum ini.

Anggaran pihak polis hanya sekitar 40,000 orang yang hadir hanyalah empat peratus dan ini merupakan satu kegagalan besar pihak penganjur.

Di mana 300,000 penyokong yang hendak dikerah oleh Pakatan Rakyat Selangor?

Akhirnya yang datang adalah muka sama yang juga turut menyertai perhimpunan dan demonstrasi jalanan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0, Perhimpunan Anti -Isa, dan Perhimpunan Air Selangor sebelum ini.

Kehadiran penyokong Cina juga amat hambar sekali dikatakan sekitar 8 peratus atau 3,000 sahaja manakala penyokong India kira-kira 2 peratus sahaja.

Ini jelas membuktikan orang Melayu telah dipergunakan oleh Dap untuk menjayakan agenda politik mereka.

Yang tidak faham politik adalah penyokong pembangkang dari kalangan orang Melayu dalam Pas dan PKR yang gagal mengerti bahawa mereka hanyalah keldai tunggangan Dap yang bersikap talam dua muka dan berpura-pura.

Mungkin ini menjadi penyebab mengapa Anwar hanya berucap setakat 20 minit sahaja kerana penyokong sudah meluat dan mula keluar stadium ketika beliau mula berceramah.

Himpunan Shamsidar juga tidak menjadi kerana penyokong Pas dan Dap tidak mahu terbabit menyokong isu peribadi dan moral buruk Anwar.

Hakikatnya 'kebangkitan' yang diharapkan menjelma menjadi kekecewaan yang amat menghampakan.

Tuesday 15 January 2013

Sama merdeka tapi Malaysia lebih aman, makmur – Mohamad



Malaysia menikmati keamanan dan kemakmuran yang jauh lebih baik berbanding negara-negara yang mencapai kemerdekaan lebih awal atau pada tahun yang hampir sama dengannya.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, banyak negara yang gagal mencapai kemajuan walaupun ada antaranya kaya dengan pelbagai hasil bumi seperti minyak, emas dan bijih timah.

Beliau berkata, berbanding dengan negara tersebut, Malaysia berjaya dibangun dan dimajukan dengan baik hasil daripada perancangan dan usaha gigih dan bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh kerajaan dan pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Dakwaan bahawa sesiapa juga yang menjadi kerajaan akan melaksanakan pembangunan untuk rakyatnya adalah tidak tepat kerana banyak kerajaan lain di dunia yang gagal berbuat demikian,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Barisan Nasional (BN) Kampung Felda Sendayan di sini. – UTUSAN

Saturday 12 January 2013

HKR112 : Bagai laut tidak bertepi.. Hampir 1 juta??? Takutnya..

Rehat-rehat dulu menanti masa..




























HKR112 ; Gambar Pelajar Terima Upah RM 100 Seorang



Untung larrrrrrr.

Akhirnya dapat juga gambar sebagai bukti bahawa ada unsur UPAH dalam himpunan yang dianjurkan pakatan haram.

Kononnya yang datang ke KL untuk menyertai himpunan anjuran pakatan haram semuanya ikhlas, kononnya nak gambarkan bahawa mereka datang dengan duit sendiri dan kononnya pakatan haram tidak pernah terlibat mengupah mana-mana pelajar U atau orang kampung.

Kini segala penipuan dan pembohongan mereka terbongkar. Malam tadi MI mendapat gambar ini dari kawan yang kebetulan ada di tempat kejadian rasuah ini. Terima kasih MI ucapkan kepada AP di atas gambar yang berjaya dirakam beliau.

Apa yang bakal Anwar jawab ?
Apa yang bakal Mat Sabu jawab ?
Apa yang bakal penganjur jawab ?

Semuanya dah terbukti bahawa pakatan haramlah yang banyak tabur duit untuk nampakkan kepada rakyat bahawa setiap perhimpunan haram mereka mendapat sambutan yang hebat dan ramai yang hadir untuk berdemostrasi di jalanraya demi kononnya nak tuntut keadilan dari kezaliman kerajaan BN.

Mana Hadi Awang ?
Mana Nik Aziz ?

Apa hukum yang bakal mereka buat ?
Apa ayat quran dan hadis yang bakal mereka baca demi nak halalkan yang haram ?

Friday 11 January 2013

Gelombang yang gegar semangat pembangkang...

seremban513 

Siapa saja yang berada di Kompleks Belia dan Sukan Paroi,Seremban Selasa malam tentu dapat merasai gemanya.

Ketika bos-bos pakatan pembangkang dok tengah kalut nak mengatur himpunan di Kuala Lumpur Sabtu ini,suasana di situ boleh dikira satu mesej awal mereka tidak boleh terus menerus main gempak dengan taktik lapuk itu.


Lebih menarik Negeri Sembilan diketahui umum adalah salah satu negeri sasaran pakatan pembangkang pada pilihanraya umum ke 13.
Macam guruh mereka dok tabur cerita sana sini BN kini goyang di negeri itu.

Tanpa kecoh-kecoh dan riuh tak tentu pasal macam perang saraf pembangkang.... lebih 20 ribu anak muda memenuhi komplek berkenaan bagi menyertai program pelancaran 'Gelombang Biru Negeri Sembilan' yang dihadiri oleh Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Suasananya penuh semangat seolah memberi petanda jelas awan mendung "tsunami politik" pada pilihan raya umum 2008 makin pudar.

BN Negeri Sembilan kini bangkit semula sebagai sebuah parti yang kuat dan paling kukuh untuk membawa pembaharuan dan perubahan besar dalam hidup rakyat.

Muhyiddin dalam pidatonya berkata dengan kekuatan baru ini, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum akan terus menyokong dan mendukung kerajaan BN.

"Kita tahu semenjak kerajaan BN mentadbir negara, kita memikul amanah ini, kita tidak pernah lupa tanggungjawab kita, kita melakukan usaha-usaha pembangunan.

"Pembangunan ekonomi kita laksanakan di mana daripada sebuah negara yang miskin, hari ini Malaysia telah bangkit menjadi satu kuasa besar dalam ekonomi di rantau ini dan menjadi antara negara termaju di kalangan negara-negara membangun," katanya.

Katanya, jika dulu Malaysia menghadapi masalah ketiadaan pelabur, namun hasil usaha dilaksanakan kerajaan BN hari ini menyaksikan kedatangan pelabur ke Malaysia semakin meningkat.

"Malaysia sudah menjadi negara tumpuan pelabur kerana Malaysia menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka dan sehingga hari ini peluang pekerjaan banyak, industri bercambah bagai cendawan selepas hujan dengan nilai berbilion ringgit dibawa masuk," katanya.

seremban1

Di hadapan ribuan hadirin yang memakai baju biru, Muhyiddin berkata dengan keadaan sekarang tidak ada sebab mengapa rakyat harus terpedaya dengan hasutan pembangkang yang mahu menukar kerajaan sedia ada.

Katanya, ini kerana berbanding negara-negara lain Malaysia tidak menghadapi sebarang krisis atau pergolakan dan rakyat dari negara lain sendiri datang untuk mendapatkan nikmat hidup di negara ini.

"Banyak negara menghadapi krisis sehingga diisytihar muflis tapi Malaysia masih terus maju dapat pembangunan, rakyat dapat menikmati kemajuan melimpah ruah, ini adalah kenyataan.

"Jadi apa sebab nak tukar kerajaan kerana banyak negara mereka tukar kerajaan tiada peluang pekerjaan, mereka tukar kerajaan kerana mereka kata tidak dibantu kerajaan, mereka tukar kerajaan kerana sudah muflis, ada krisis, ada pergaduhan.

"Tetapi di Malaysia tidak ada, rakyat dapat berhimpun dalam keadaan yang tenang dan tidak ada ancaman, kita hidup dalam keadaan begitu aman sejahtera, jadi apa sebab mahu tukar kerajaan," katanya.

Muhyiddin yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Negeri Sembilan berkata, pimpinan BN sentiasa berpadu dan tidak pernah bergaduh, perpaduan jelas kukuh tidak goyah seperti yang berlaku dalam pakatan pembangkang.

Katanya, BN adalah satu-satunya parti yang jelas perjuangannya dalam mempertahan kebajikan semua kaum.

Turut hadir pada majlis itu beberapa pemimpin utama BN, termasuk Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.-8/1/2013

AgendaDaily

Wednesday 9 January 2013

Muhyiddin Minta Semua Pihak Hormati Keputusan TI-M



SEREMBAN, 8 Jan (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua pihak supaya menghormati keputusan badan pemantau rasuah Transparensi Antarabangsa Malaysia (TI-M) yang menolak jemputan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menjadi pemantau dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Beliau berkata tindakan itu mungkin dibuat kerana pihak berkenaan merasakan tidak berminat atau yakin sistem yang diamalkan di sini telus dan tidak wajar bagi mereka hadir menjadi pemerhati.

“Kita tak boleh kata kamu mesti datang, itu adalah pilihan mereka dan kita harus hormati apabila sesuatu pihak membuat keputusan, apa yang kita nak pertikaikan,” katanya.

Berhubung persediaan Barisan Nasional (BN) negeri menghadapi PRU-13, Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata parti-parti komponen kini berada di tahap kesiapsiagaan yang tinggi dan yakin faktor sokongan yang kian meningkat, rakyat akan terus memilih BN untuk kekal memerintah.

Beliau berkata BN juga yakin dapat mengekalkan bilangan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimenangi sebelum ini serta menebus kembali 15 kerusi yang dikuasai pembangkang selain memenangi tujuh daripada lapan kerusi Parlimen yang diperuntukkan.

“Namun begitu, sebagaimana biasa saya ingin mengingatkan setiap peringkat pemimpin BN supaya perkukuhkan kedudukan parti terutama dari segi kerja yang perlu dibuat sama ada di peringkat bahagian atau kawasan untuk menentukan berlakunya peningkatan sokongan yang lebih ketara oleh semua kaum selain bijak menguruskan hal-hal yang berlaku dan tersebar di media sosial,” katanya mengulas mengenai taklimat persediaan menghadapi PRU oleh semua pemimpin parti komponen BN yang berlangsung secara tertutup sebelum itu.

Muhyiddin berkata berikutan taklimat itu, beliau mahu setiap pemimpin di semua peringkat mengetahui dan memahami kedudukan sikap pengundi di semua kawasan dengan melakukan ‘man marking’ ke atas setiap pengundi.

– BERNAMA

BN Bangkit Sebagai Parti Yang Kuat Dan Kukuh Untuk Bawa Pembaharuan Kepada Rakyat – Muhyiddin


SEREMBAN, 8 Jan – Selepas melalui apa yang dikatakan “tsunami politik” pada pilihan raya umum 2008, Barisan Nasional (BN) kini bangkit semula sebagai sebuah parti yang kuat dan paling kukuh untuk membawa pembaharuan dan perubahan besar dalam hidup rakyat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dengan kekuatan baru ini, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum akan terus menyokong dan mendukung kerajaan BN.

“Kita tahu semenjak kerajaan BN mentadbir negara, kita memikul amanah ini, kita tidak pernah lupa tanggungjawab kita, kita melakukan usaha-usaha pembangunan.

“Pembangunan ekonomi kita laksanakan di mana daripada sebuah negara yang miskin, hari ini Malaysia telah bangkit menjadi satu kuasa besar dalam ekonomi di rantau ini dan menjadi antara negara termaju di kalangan negara-negara membangun,” katanya semasa berucap pada majlis perhimpunan rakyat 1Malaysia dan pelancaran Gelombang Biru peringkat Negeri Sembilan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di sini hari Selasa.

Katanya, jika dulu Malaysia menghadapi masalah ketiadaan pelabur, namun hasil usaha dilaksanakan kerajaan BN hari ini menyaksikan kedatangan pelabur ke Malaysia semakin meningkat.

“Malaysia sudah menjadi negara tumpuan pelabur kerana Malaysia menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka dan sehingga hari ini peluang pekerjaan banyak, industri bercambah bagai cendawan selepas hujan dengan nilai berbilion ringgit dibawa masuk,” katanya.

Berucap di hadapan ribuan hadirin yang memakai baju biru, Muhyiddin berkata dengan keadaan sekarang tidak ada sebab mengapa rakyat harus terpedaya dengan hasutan pembangkang yang mahu menukar kerajaan sedia ada.

Katanya, ini kerana berbanding negara-negara lain Malaysia tidak menghadapi sebarang krisis atau pergolakan dan rakyat dari negara lain sendiri datang untuk mendapatkan nikmat hidup di negara ini.

“Banyak negara menghadapi krisis sehingga diisytihar muflis tapi Malaysia masih terus maju dapat pembangunan, rakyat dapat menikmati kemajuan melimpah ruah, ini adalah kenyataan.

“Jadi apa sebab nak tukar kerajaan kerana banyak negara mereka tukar kerajaan tiada peluang pekerjaan, mereka tukar kerajaan kerana mereka kata tidak dibantu kerajaan, mereka tukar kerajaan kerana sudah muflis, ada krisis, ada pergaduhan.

“Tetapi di Malaysia tidak ada, rakyat dapat berhimpun dalam keadaan yang tenang dan tidak ada ancaman, kita hidup dalam keadaan begitu aman sejahtera, jadi apa sebab mahu tukar kerajaan,” katanya.

Muhyiddin yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri ini berkata, pimpinan BN sentiasa berpadu dan tidak pernah bergaduh, perpaduan jelas kukuh tidak goyah seperti yang berlaku dalam pakatan pembangkang.

Katanya, BN adalah satu-satunya parti yang jelas perjuangannya dalam mempertahan kebajikan semua kaum.

Turut hadir pada majlis itu beberapa pemimpin utama BN, termasuk Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Lebih 16 ribu tunggu kedatangan Timbalan Perdana Menteri di Bahau


Bahau , 8 Jan : Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri ke Negeri Sembilan diteruskan apabila beliau dan rombongan telah tiba di Padang Awam Majlis Daerah Bahau pada jam 2.30 petang dan beliau telah ditunggu oleh lebih dari 16 ribu penduduk tempatan dari Bahau dan persekitarannya.

YAB Dato’ Seri  Utama Tan Sri Muhiyuddin Yasin yang diiringi oleh Menteri  Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan serta Isteri telah menyatakan kegembiraan  beliau menyaksikan berbagai kaum turut hadir menantikan kedatangan beliau.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Dato’ Lilah Yasin, ahli Parlimen Jempul  dan seterusnya oleh Menteri Besar Ngerei Sembilan dan disudahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhiyuddin Yasin.

Timbalan Perdana Menteri mengumumkan  budget sebanyak 4.1 juta kepada penduduk di Bahau bagai melaksanakan projek yang bagi pembangunan pembelajaran. Beliau juga telah menyampaikan bantuan kepada sekolah sekolah di sekitar Bahau dan Jempol.

Turut serta dalam lawatan adalah isteri kepada Timbalan  Perdana Menteri Puan Sri Datin Seri Diraja Norainee dan isteri kepada Menteri Besar Negeri Sembilan YM Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumuddin. Ahli Parlimen Jempol , Dato’ Lilah Yasin dan pemimpin tertinggi Barisan Nasional Negeri Sembilan

Sumber : n9kini.com