Labels

Showing posts with label Nik Ajis. Show all posts
Showing posts with label Nik Ajis. Show all posts

Saturday, 26 May 2012

Gagal guna demokrasi, demonstrasi ganas taktik pembangkang miliki Putrajaya. Baca sini!



Berdemo dijalanan dengan bertindak ganas ( rusuhan ) di lihat akan menjadi pilihan utama parti pembangkang untuk berkuasa dan menyampaikan hajatnya memiliki Putrajaya. 

Kalau diikutkan sejarah serta keputusan pilihan raya terdahulu, terbukti dengan mengamalkan sistem demokrasi tidak pernah sekali kemenangan di pilihanraya berpihak kepada kumpulan pakatan mereka.

Semua rakyat Malaysia serta  pemerhati asing sehingga kini mengakui... Dengan proses pilihan raya yang ada, pembangkang tidak akan dapat menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Majoriti rakyat tetap memberi kemenangan kepada BN. Kenapa tidak, semua terpaksa terima hakikat bahawa kerajaan BN membawa banyak kemajuan dan nikmat lain kepada rakyat.

“BN berjaya membawa keamanan dan kesejahteraan. Setiap rakyat Malaysia dapat mengecapi kehidupan lebih mewah dan bahagia di bawah pemerintahan BN.

“Segala percubaan mereka untuk mengurangkan sokongan dan persepsi baik terhadap BN dan pemerintah yang didirikan olehnya tidak berjaya,” kata Tun M dalam entri terbaru di blog peribadi, chedet.

Cara demokrasi terbukti tidak boleh menjayakan mereka. Sudahnya, dengan melihat penggulingan kerajaan di negara Arab, terlintas di hati pemimpin mereka bahawa cara demonstrasi ganas dan berpanjangan mungkin memberi kejayaan kepada cita-cita mereka. 

“Maka BERSIH dicipta dan tunjuk perasaan yang besar serta ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan pilihan raya jika parti mereka gagal memenanginya.


MP juga percaya, kegagalan mereka selepas PRU13 itu nanti akan dituruti dengan demonstrasi ganas tidak henti-henti, negara akan terus mereka huru-harakan supaya keputusan pilihan raya ditolak hingga ketahap satu kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh mereka.

Setelah itu mereka akan berusaha untuk mengadakan pilihan raya sekali lagi yang boleh dimanipulasi oleh mereka...

Sunday, 20 May 2012

Apa pun takkan selesai, selagi Nik Aziz hidup... Lupakan saja lah!

Sebagai seorang yang beragama islam kita suka jika agama dan kaum kita kuat serta bersatu padu. Di Malaysia umat Islam dah berpecah belah sejak tahun 1951. Puncanya kerana Ustaz Haji Ahmad Fuad kalah menentang Datuk Onn Jaafar bagi merebut jawatan YDP UMNO.

Bertitik tolak dari situlah tertubuhnya Pas dan Pas mendapat sokongan yang baik dari penjajah kerana mereka tidak mahu melihat melayu bersatu padu di bawah UMNO kerana boleh menyusahkan kerja mereka. Dengan adanya Pas maka melayu akan berpecah belah.

Tertubuhnya Pas kerana dendam terhadap UMNO , dan dendam itu terbawa-bawa sehingga ke hari ini. Di mana ada UMNO disitu akan ada Pas. Di mana ada Pas di situ masyarakat akan berpecah belah.

Kafir mengkafir , syurga neraka, sembahyang dua iman , memulau kenduri, tidak makan sembelihan, kerjasama dengan syaitan, doa pecah perut dan hinggalah ke tahap ada pasangan yang dinikahkan semula, semuanya Pas lakukan kerana dendam serta bencinya kepada UMNO.

Kepala kepada segala pembencian Pas kepada UMNO tidak lain tidak bukan adalah Nik Aziz.

Tahun 1973 Datuk Asri membawa Pas menyertai BN. Dalam tempoh Pas berada dalam BN Datuk Mohd Asri selaku Presiden Pas dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan.

Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli-ahli Pas yang tidak berpuashati dengan perpaduan Pas-UMNO.

Nik Aziz pada masa itu selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat antara yang mendesak supaya Datuk Asri lepaskan jawatan dalam Pas. Akhirnya Datuk Asri lepaskan juga jawatan YDP Pas pada 1982.

Nik Aziz sering mengatakan Pas serik untuk berkerjasama dengan BN atau UMNO kerana pernah ditipu sebelum ini. Itu semua adalah pembohongan beliau.

Hari ini Pas berada dalam keadaan yang lemah dan sangat-sangat lemah selepas rusuhan bersih 28 April dan juga ketika PRU semakin dekat. Tiba-tiba semalam Nik Aziz mengeluarkan kenyataan Pas sedia bermuzakarah dengan UMNO.

Pelik atau tidak ?

Adakah anda ingat kenyataan Nik Aziz itu ikhlas ?

Kita harus ingat walaupun Nik Aziz dijulang sebagai ulama dan tok guru tetapi dalam masa yang sama beliau adalah political animal.

Dalam ramai-ramai ahli politik yang ada di Malaysia, Nik Aziz adalah salah seorang ahli politik yang pintar. Sepanjang karier politiknya beliau telah bertanding 11 kali dalam pilihanraya sejak 1967 dan tidak pernah kalah. Bertahan sebagai seorang MB yang tidak membawa sebarang kemajuan kepada negeri selama 22 tahun.

Bagaimana cara beliau bertahan atau strategi yang digunakan ?

Guna agama, doa, munajat , sembahyang hajat, hudud, ayat quran , hadis , air tawar, air zam-zam , kismis dan tidak lupa juga syurga serta neraka.

Sesekali saya pernah terfikir yang ada kalanya Anwar Ibrahim seratus kali lebih baik dari Nik Aziz dan Pas walaupun Anwar seorang peliwat. Anwar tahu dia buat dan dia salah, sebab itu didesak macamana sekali pun dia tidak berani untuk bersumpah dengan nama Allah kerana dia takut.

Berbeza dengan Pas, sejak penubuhannya sehinggalah ke hari ini agama dilacurkan secukup-cukupnya oleh mereka untuk kepentingan politik.

Hujan tidak ribut pun tidak tiba-tiba sahaja Nik Aziz hendak bermuzakarah dengan UMNO ?

Semuanya untuk menyelamatkan beliau dan Pas….

22 Tun dan 22 tahun Nik Aziz. Apa sumbangan mereka ?

Seperti yang saya katakan diatas , Pas hari ini berada dalam keadaan yang cukup-cukup lemah untuk berhadapan dengan PRU yang akan diadakan bila-bila masa.

Mereka tahu mereka akan kalah teruk kali ini. Orang-orang Melayu sudah tolak mereka termasuklah di Kelantan. Yang tinggal hanya penyokong-penyokong totok mereka yang telah dibutakan hati dan dipekakkan telinga.

Atas sebab itulah tiba-tiba Nik Aziz bersuara untuk bermuzakarah dengan UMNO bagi menunjukkan keterbukaan mereka untuk menyejukkan hati orang-orang Melayu dan seterusnya boleh membuatkan orang-orang melayu lembut terhadap merekabagi menghadapi PRU.

Sebelum ini telah beberapa kali Pas menolak UMNO dengan angkuh dan sombong dan lebih rela bekerjasama dengan DAP. Hari ini tiba-tiba mereka teringatkan UMNO. Janganlah UMNO teruja dan terperangkap dengan mainan politik Nik Aziz.

Sebagai seorang Islam , kita suka penyatuan, kita suka perpaduan dan kita suka bila kita kuat. Tapi bolehkah UMNO dan Pas bersatu selagi musuh UMNO nombor wahid , Nik Aziz masih hidup ?

Ianya boleh dilaksanakan sekiranya bubar UMNO dan bubar Pas, bersatu atas nama lain. Tetapi sekiranya nak bersatu atas nama UMNO dan Pas disaat Nik Aziz masih hidup, lupakanlah. Tunggulah dia mati dulu…

Sumber: UMNO Online




Friday, 18 May 2012

Aduiii! RM100 pun Nik Ajis nak tipu? Tengok ni!

Janji tinggal janji. Pilihan raya umum 1990 telah lama berlalu dan PAS telahpun memerintah Kelantan lebih 20 tahun, namun bantuan bulanan RM100 yang dijanjikan dalam manifesto PAS pada pilihan raya itu masih belum ditunaikan.
Seorang warga emas, Kamariah Ismail, 70, dari Kampung Palekbang di sini berkata pilihan raya umum ke-13 semakin hampir dan sehingga kini PAS gagal memberi bantuan bulanan yang dijanjikan.

Selanjutnya klik link ini : http://n9kini.net/?p=5378