Labels

Saturday 30 June 2012

ASPAN KAIN BURUK YANG DIBARUAKAN OLEH ANTHONY LOKE

Siapa Aspan Alias  sebenarnya ::

Aspan hanya lah pencacai Politik yang mengharap bayaran dari orang orang tertentu dalam menjana kehidupan harian nya tanpa pekerjaan  tetap sebelum ini, Bukan kerana di Malaysia ini kekurangan kerja tetapi kerana Aspan memilih tidak mahu bekerja tetapi  lebih selesa mendapat ihsan menjadi lembu lembu kepada beberapa orang pemimpin  UMNO sebelum ini. Mustahil setelah 40 tahun Aspan berada dalam UMNO selesa makan duit pemimpin UMNO , Aspan baru nampak UMNO itu tidak baik setelah Anthony Loke memberikan beliau upah yang lebih lumayan. 40 tahun adalah satu jangka masa yang panjang untuk berfikir . Hanya orang lembab pemikiran saja mengambil masa selama 40 ytahun baru boleh berfikir.

Aspan terpaksa  mengikut  cara pencaci PAS mencari dan memutar belitkan segala fakta dan memburukkan  semua pemimpin UMNO. Siapa Aspan mahu berdebat dengan DS Najib dan juga Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji HasanEloklah Aspan berdebat dengan cermin dulu dan nilaikan harga diri dahulu. Aspan sudah menjangkau  sisa sisa kehidupan , gagal dalam jangka  masa kehidupan sebenar  , mengakui diri hebat, Jika Aspan hebat hari ini Aspan bukan  berada di tempat  yang dia berada sekarang. Aspan tidak akan menjadi pencacai bangang yang sudah tidak ada nilai bagaikan kain buruk  yang dikutip oleh Anthony Loke untuk dijadikan robot menipu bangsanya sendiri. Aspan tiada pilihan melainkan terpaksa menerima tugasan hina ini yang mana kalau manusia biasa yang ada maruah tidak akan melakukan kerja terkutuk seperti mana yang Asoan lakukan sekarang, Tidak kertelaluan jika katakan bahawa Aspan ini hanya lah seorang barua kepada Anthony Loke dan juga  DAP.

Aspan tidak perlu menipu lah dan mengatakan perjuangan beliau dengan DAP adalah kerana perjuangan  kerana agama bangsa dan negara. Kenapa Aspan tidak masuk PAS atau PKR. Aspan memilih DAP kerana imbuhan yang lumayan dari Anthony Loke untuk membaruakan Aspan. Mati hidup balik orang tidak akan percaya  bahawa Aspan berjuang  dalam DAP untuk memperjuangkan agama bangsa dan negara. Aspan tidak perlu lah nak ugut  DS Mohamad Haji Hasan atau sesiapa pemimpin UMNO yang lain. Ceramah ini pun hanya  dihadiri oleh 60 orang saja.

Jangan lah bercerita pasal FELDA jika dengkel pengetahuan dalam bidang ini. Aspan dengan teori bodoh kaki lima kamu. Kamu hanya  bercerita tentang kerugian saja, Kamu tidak  pula cerita bagaimana kalau saham itu mendapat keuntungan bagi orang Felda. Semalam saham itu di bukan dengan tinggi , melopong Aspan berair mulut tenguk saham itu didagangkan dengan jayanya.

Dari sudut lain.

Semalam Aspan Alias telah berceramah  di Taman Desa Melor, Senawang apabila dia menjadi  tetamu kehormat kepada parti Pakatan Rakyat yang memperakui akan kehebatan Aspan yang meninggalkan UMNO setelah 40 tahun berkecimpung di arena politik UMNO.-  40 tahun baru boleh berfikir - lembab daya pemikiran Aspan.

Aspan sering mengakui  berasa amat kecewa dengan kelakuan dan warisan UMNO yang ditinggalkan Tun Mahathir Mohamed dengan barisan kepimpinan UMNO yang tidak lagi berkualiti untuk membantu bangsa Melayu di masa hadapan. - Melayu macam mana , macam Aspan - memang tak nampak apa yang UMNO dah bantu.Melayu lain bersyukur.

UMNO menurutnya, sudah sebati dengan budaya rasuah, dan meletakkan FELDA di Bursa Saham Kuala Lumpur, hanya akan menggandakan kekayaan pemimpin yang ada pada hari ini. Dan sedikit masa, apabila saham FELDA ini akan jatuh merudum, peneroka sudah tidak mempunyai apa lagi yang tinggal. - Kenapa pikir jatuh , kalau naik macam semalam. Ko saja yang jadi lembu Aspan orang Felda semua dah kaya kaya.Mereka lebih bijak memilih jalan kehidupan dari jadi  kain buruk pencacai DAP.

Dia langsung tidak berasa salah sama sekali, kenapa memilih DAP kerana setelah membaca perlembagaan DAP, tiada langsung baris ayat menyatakan bahawa bangsa Melayu akan dipinggirkan sekiranya DAP memerintah Negara ini. Hak kesamarataan akan memberi kelebihan kepada semua kaum di Malaysia. - Aspan aku tak percaya  dengan apa yang ko baca , sebab ko ambil 40 tahun untuk tahu UMNO itu tak baik macam mana ko boleh ambil   beberapa  minggu saja untuk percaya apa yang ko baca.

Ini hanya kekalutan yang dicipta ahli UMNO untuk menakutkan rakyat dan tidak mahu rakyat bangkit menentangnya. Dan kenapa tidak ramai Melayu yang menjadi ahli DAP, kerana sindrom budaya menakut-nakutkan rakyat, ada dalam diri dan jiwa pemimpin UMNO hari ini.- Ko tak takut pun...

Di dalam ucapannya, bukan sahaja dia memperkecilkan kepimpinan UMNO sejak dulu sehingga kini, malah dia lebih bijak dari semua pemimpin yang ada dan mencabar Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak berdebat dengannya mengenai halatuju bangsa Melayu. - Tenguk lah dulu apa yang balut lubang jubo. Aspan , ko sapa  nak bandingkan dengan mereka. Tak malu ke atau dajh berangan angan nak jadi MB.

Malah dia juga mahu berdebat dengan Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan yang dilihat gagal di dalam mentadbir di Negeri Sembilan dan tidak berpendirian teguh berada di pihak mana, sama ada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Juga menamakan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA amat mendengkelkan. Budaya rasuah di dalam UMNO tidak akan terpadam selagi ada pemimpin seperti itu.- Kelakar , nak cari makan pun susah, kalau tak Anthony Loke bagi duit , tak MAKAN anak kat rumah lagi nak berdebat pasal pentadbiran, betulkan pentadbiran diri dan keluarga dulu.Itu pun kelam kabut nak cerita pasal pentadbiran NS.

UMNO lama sudah berkubur dan UMNO baru ini, menurutnya tidak ubah seperti barang tiruan, menggunakan sahaja nama asal, tetapi kualiti sudah tiada dan barang rosak. Itulah andaian Aspan Alias di dalam ucapan ceramahnya yang mengambil masa selama 35 minit. Kemudiannya, dia bergegas untuk balik ke Kuala Lumpur kerana di sana satu kumpulan telah menantinya untuk membincangkan formula bagaimana menawan Putrajaya.- Hebat ASPAN kerjaya Aspan habis atas pentas saja lah..... sampai ketua lah lu Aspan. cakap saja besar.

WARTAWAN pru13N9

Friday 29 June 2012

CHEGU BARD DAPAT DURIAN RUNTUH - JUAL NAMA KERABAT DI RAJA NS

BUAT APA MUSANG BERJANGGUT INI KE IPOH ??
Seperti yang pernah kita dengar bahawa Bard ini memang bijak mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dari orang yang berminat untuk menjadi calon PKR .

Desas desus ini sudah panas  di sekitar Negeri Sembilan apabila  Bard dikatakan banyak meminta duit dari orang yang tergila gila untuk menjadi calon dan Bard akan menjanjikan mereka satu kerusi dan setelah duit mereka ini habis Bard aklan meninggalkan mereka ini.

Apa yang saya dengar dari mulut rakan rakan Keadilan bahawa ada seorang hamba Allah yang ada duit di TTJ ingin menjadi calon dan Bard menjanjikan beliau tempat dan banyak juga duit hamba Allah ini yang telah digelapkan oleh Chegu Bard, maklumlah Bard ini bukan ada sumber pendapatan melainkan dari ceramah ceramah .

 Bard juga sukar mendapat bantuan dari PKR Negeri dan juga Kebangsaan kerana  beliau tidak disenangi oleh kedua dua pejabat ini. Hari ini Bard bagaikan mendapat durian runtuh apabila satu orang tua yang gila sangat mahu jadi calon.

Orang tau terkutuk yang tidak sedarkan diri ini kini di perangkap oleh Bard dan di bawanya ke hulu kehilir untuk berceramah, sedangkan orang tua ini bukan lah ada pengaruh atau dikenali sangat.

Bercakap di atas pentas pun tidak tahu cuma menjual kasta ke hulu kehilir ke seluruh tanah air. Tak ada relevannya orang tua musang berjanggut ini bercermah di seluruh Malaysia mencarut carut memaki hamun memalukan nama kerabat di raja N Sembilan.

Tapi Bard peduli apa janji masyukkkkk,,,,,,,,,,,,, BARD PERLU DIAMBIL TINDAKAN KERANA MENCEMARKAN  NAMA KERABAT DIRAJA NEGERI SEMBILAN.
Sumber : Tepakbersulam2.blogspot.com

Thursday 28 June 2012

FAKTA ISU SCORPENE DEDAH PEMBOHONGAN BESAR ANWAR

 Tiada Perdana Menteri di negara ini yang terpaksa berdepan dengan kezaliman pihak pembangkang berbanding dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau bukan sahaja difitnah, ditohmah dan dijadikan sasaran bagi senjata politik pembangkang, tetapi mereka juga turut menyeret isteri dan ahli keluarganya yang tidak berdosa.

Daripada kes kematian bekas pembantu Exco Selangor hinggalah kepada isu kapal selam Scorpene, semuanya disalahkan kepada pundak Perdana Menteri. Yang merancang segala jentera propanda licik ini tidak lain tidak bukan adalah Anwar Ibrahim yang mengepalai tiga puak yang berlawanan ideologi, prinsip perjuangan dan kepentingan politik.

Namun kenyataan anggota bebas Parlimen, Datuk Seri Zahrain Hashim dua hari lalu berhubung isu Scorpene telah membersihkan nama Perdana Menteri daripada sebarang tuduhan rasuah dan penyelewengan dalam urusan pembelian kapal selam itu.

 Ia sekali gus meranapkan strategi Anwar dengan mengeksploitasi pertubuhan bukan kerajaan, Suaram untuk menjadikan isu tersebut sebagai bahan besar dalam kempen fitnah pembangkang terhadap Perdana Menteri. Anggota Parlimen itu mengatakan bahawa selama ini Suaram telah diperalatkan oleh Anwar untuk menipu rakyat dengan mereka-reka isu tersebut.

Pertama katanya, siasatan pihak polis Perancis mendedahkan bahawa tidak wujud sama sekali mana-mana rekod imigresen yang menunjukkan wanita bernama Altantuya Shaariibuu telah memasuki negara itu antara tahun 1999 dan 2006. Ini bermakna dakwaan pembangkang bahawa

Datuk Seri Najib elah dilihat bersama-sama wanita itu dan Abdul Razak Baginda adalah pembohongan semata-mata. Sekali gus perbuatan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mencipta gambar Perdana Menteri kononnya sedang makan dengan Altantuya dan Abdul Razak menggunakan kaedah 'photoshop' juga mendedahkan niat jahat pembangkang sejak dari awal lagi.

Fakta kedua yang mendedahkan kepalsuan tuduhan pembangkang ialah Altantuya tidak fasih berbahasa Perancis seperti mana yang didakwa mereka. Ini jelas membuktikan dakwaan bahawa wanita itu telah menjadi orang perantaraan sebagai penterjemah dalam urusan jual beli kapal selam antara kerajaan Malaysia dan Perancis adalah palsu dan pembohongan yang jelas.

Malah menurut Datuk Seri Zahrain, semua perbincangan rasmi antara kedua pihak diadakan dalam bahasa Inggeris dan dengan itu keperluan untuk menggunakan khidmat seorang penterjemah tidak wujud sama sekali.

Penjelasan beliau telah berjaya mendedahkan komplot dan motif sebenar pembangkang yang mahu memalukankan kerajaan dengan menyebar fitnah dan memburukkan nama baik negara di mata dunia.

 Anwar beranggapan isu Scorpene yang dibangkitkan adalah senjata politiknya yang ampuh untuk mencabar kepimpinan Perdana Menteri, tetapi sayang sekali senjata yang diharapkan memakan diri sendiri.

 Sebagai Perdana Menteri yang bertanggungjawab dan menjaga amanah rakyat, Datuk Seri Najib tetap meneruskan tugas yang digalasnya untuk menjaga kebajikan rakyat dan membangunkan negara dengan penuh kesedaran dan keinsafan.

 Hasilnya, semakin hari rakyat semakin menyokong kepimpinan beliau kerana melalui pelbagai program dan dasar yang dilaksanakan kerajaan rakyat semua lapisan mendapat manfaat dan untung. Pembangkang pula sudah tidak ada lagi modal politik yang hendak di canainya lagi kecuali meroyan siang dan malam seperti orang hilang akal.

Pembangkang terpaksa bergantung kepada isu Scorpene kerana mahu menutup kepincangan parah yang berlaku di dalam kubu kuat PKR di Selangor. PKR Selangor semakin goyah dan rapuh disebabkan pertelingkang berpanjangang di antara puak Azmin Ali dan Menteri Besar, Khalid Ibrahim.

Malah suara sumbang mendesak Khalid meletak jawatan semakin lantang kedengaran dari kalangan pimpinan PKR negeri. Pergolakan yang berlaku hanya mengesahkan bahawa pembangkang - PKR, PAS dan DAP - hanya gilakan kuasa dan apabila berkuasa mereka bergaduh sesama sendiri untuk merebut jawatan untuk kepentingan sendiri.

 Pergolakan politik yang berlaku di Selangor dan pembohongan besar pembangkang dalam isu Scorpene adalah resipi terbaik yang akan memastikan mereka berkubur pada pilihan raya umum akan datang.

Wednesday 27 June 2012

MBN9 membuat tinjauan kemajuan pembinaan Dewan Serbaguna di Kg Seri Sendayan

Tinjauan 1

Tinjauan 2

Tinjauan 3

Tinjauan 4

Lukis kek tanah pun jadi..

 Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar membuat tinjauan kemajuan kerja pembinaan Dewan Serbaguna di Kg. Seri Sendayan.



Keganasan Adalah ‘Trend’ – Pemimpin PR?

Penulis harus tabik kepada Laman Suara PR kerana berani menegur Pakatan Rakyat.  Selama ini, kita lihat laman-laman web dan blog-blog pro-PR lain tidak pernah menegur jauh sekali membongkar kesilapan pemimpin-pemimpinnya.  Semuanya mengambil sikap kipas dan ampu dan membela apa saja yang dibuat oleh pemimpin PR tidak kira sama ada salah dari segi moral, undang-undang, mahupun agama.  

 Realitinya, di dalam PR itu, sesiapa sahaja yang menegur akan dipecat.  Mungkin kerana itu, tiada siapa yang berani mengambil sikap telus dan kritis sepertimana yang dilakukan oleh laman tersebut. Antara artikel terbaru laman Suara PR yang wajar diberi perhatian serius ialah mengenai rancangan menumbangkan kerajaan melalui kekerasan yang diminitkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat.

Sebenarnya, apa yang didedahkan ini bukanlah mengejutkan kerana dari perbuatan dan percakapan harian para pemimpin PR kita sudah boleh membaca tujuan sebenar mereka.  Para pemimpin PR cukup maklum bahawa mereka sukar untuk memenangi pilihanraya kerana tidak mendapat sepenuh sokongan dan kepercayaan rakyat.


Kerana itu, mereka perlu memburuk-burukkan sistem pilihanraya, membangkitkan kebencian terhadap pihak berkuasa dan menimbulkan ketidakpercayaan terhadap mahkamah supaya apabila kalah nanti, bolehlah mereka menyalahkan SPR, kerajaan dan mahkamah.  Ia kemudiannya akan dijadikan alasan kukuh untuk memberontak dan merusuh sekali gus menumbangkan kerajaan melalui kekerasan.

Menurut laman tersebut lagi, “Sebab itu kalau kita lihat mutakhir ini, pemimpin Pakatan Rakyat memberi jaminan bahawa peralihan kerajaan akan berlaku secara aman, tapi tidak menjamin apa-apa jika keputusan sebaliknya berlaku.  Yang dijamin ialah keamanan kalau berlaku peralihan, itu pasti.” Malah disebutkan juga dalam mesyuarat yang sama mengenai kebarangkalian pertumpahan darah – jika keadaan benar-benar mendesak.

Nampaknya, pemimpin-pemimpin PR sedang mengugut kita semua iaitu jika kita tidak memenangkan mereka melalui peti undi dalam pilihanraya nanti maka bersedialah untuk menghadapi huru-hara dan pertumpahan darah.

Sekali lagi, kita tidak terkejut jika Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang sanggup menggadai nyawa penyokong-penyokong mereka untuk mencetus keganasan dan memulakan pemberontakan berdarah di negara ini.

Anwar adalah manusia yang sanggup melakukan apa saja dan tiada apa lagi yang dilakukannya yang mampu mengejutkan kita.  Bayangkan, jika dalam keadaan biasa juga Anwar sanggup melakukan apa saja, maka apatah lagi jika beliau berada dalam keadaan yang amat terdesak untuk berkuasa?

Kita juga tidak pernah lupa bagaimana Lim Kit Siang menjadi pencetus tragedi 13 Mei, berbekalkan kebencian mendalam terhadap kaum Melayu dan keangkuhan yang menebal, dengan sifat kejam semulajadi yang mengalir dalam darah komunisnya.

Begitu juga Hadi Awang yang membara di dalam dirinya sifat fanatik atau ekstrem.  Sifat inilah yang diterapkannya ke dalam diri penyokong-penyokongnya yang membawa kepada tragedi Memali dan kemudiannya, Sauk.

Jelas, keganasan dan pertumpahan darah bukan sesuatu yang asing bagi pemimpin Pakatan Rakyat dan kita pasti, mereka tidak punya masalah untuk mengulangi semua keganasan ini untuk kesekian kalinya bagi mencapai matlamat mereka.  Keinginan mereka untuk merampas Putrajaya sudah terlalu meluap-luap dan tidak dapat dibendung lagi.

Untuk itu, pemimpin PR melihat keganasan dan pemberontakan sebagai ‘trend’.  Dan ‘trend’ inilah yang akan membantu membawa mereka ke puncak kuasa.   Sebagai persediaan ke arah ini, mereka kerap memberi isyarat kepada media-media asing bahawa Malaysia juga berada dalam proses ke arah mengikut ‘trend’ tersebut.

Apa yang penulis dapat katakan di sini ialah adalah sesuatu yang amat bodoh jika rakyat sanggup memusnahkan segala nikmat dan menggadai nyawa mengikut telunjuk pemimpin PR semata-mata kerana ingin mengikut ‘trend’.

Benar, mengikut kata pemimpin PR bahawa rakyat mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan negara.

Justeru, ingatlah kita punya kuasa untuk menolak pemimpin yang sanggup menggadaikan nyawa kita semata-mata kerana mereka tidak tahan lagi untuk berkuasa.  Kita punya kuasa untuk menolak mereka melalui peti undi dan kita juga punya kuasa untuk menolak dari bersama-sama mereka menjahanamkan negara dan menggadaikan nyawa melalui jalanraya.  

Tanpa kita  memberi sokongan kepada mereka, pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini tidak akan ke mana…

Monday 25 June 2012

PAS RELA KHIANATI MELAYU DARIPADA TINGGALKAN DAP

Sejak PAS dan DAP tidur sebantal dengan diwalikan oleh PKR, watak, sikap, prinsip dan dasar parti Islam itu semakin menyamai parti cauvinis Cina tersebut. Sedang DAP bijak mengatur langkah dan strategi untuk menawan hati orang Melayu, PAS pula bertindak sebaliknya.

Umpamanya DAP menggula-gulakan orang Melayu kononnya parti itulah pejuang yang ikhlas terhadap agenda Melayu di Pulau Pinang. DAP merasuah orang Melayu dengan memberi peruntukan lebih tinggi kepada majlis agama negeri dan projek-projek kecil sementara projek pembangunan yang besar dan bernilai tinggi pula isapu oleh pemimpin dan kroni DAP berbangsa Cina.

Melihat kepada betapa baiknya sikap DAP kepada orang Melayu di Pulau Pinang, PAS pun termakan dengan umpan tersebut dan terus memuji-muji dan menyanjung parti yang pernah dilabelnya sebagai kafir harbi dan pengkhianat Melayu.

Setelah menjadi tiga serangkai dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, semua yang pernah dilabelkan haram dan jijik oleh PAS kepada parti rasis Cina itu menjadi halal, bersih dan bebas dari dosa. Malah PAS pula kini menjadi pembela terbesar DAP dan mempertahankan tindak tanduk serta dasar parti itu.

Tidak cukup dengan itu PAS sanggup menukar dasar dan perjuangannya menuntut sebuah negara Islam kepada yang satu konsep yang lebih lunak dan tidak merbahaya kepada DAP iaitu 'negara berkebajikan'.

Semua ini dilakukan untuk menjaga hati rakankongsi baru PAS dalam politik tetapi yang menyedihkan parti itu membelakangkan agenda Melayu yang kononnya selamanya ini dipertahankan. Kenyataan biadap Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Nizar Jamaluddin berhubung isu pembelian plat WWW 1 oleh Sultan Johor menjadi bukti jelas.

Nizar dengan celupar mempertikaikan tindakan Tuanku dalam isu itu tanpa memperdulikan samada perbuatannya itu boleh mencemar dan memalukan institusi raja yang selama ini menjadi payung pelindung kepada bangsa Melayu sejak berzaman. Apa yang disebut oleh Nizar dalam twitternya senada dengan sikap anti-Melayu dan raja yang ditunjukkan oleh DAP.

Lupakah orang Melayu Perak khususnya akan episod 'sembah derhaka' Nizar kepada Sultan Azlan Shah apabila enggan meletak jawatan apabila dititah berbuat demikian pada awal 2009? Menurut sumber dalaman PAS Perak sendiri, keceluparan Nizar dan sikap anti-raja yang ditunjukkan beliau dalam isu kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan insiden terbaru membabitkan Sultan Johor adalah kerana beliau mempunyai pertalian darah dengan dua pemimpin DAP Perak iaitu Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.

Ngeh dan Nga adalah sepupu sementara Nizar pula menjadi sepupu kepada kedua-duanya dari sebelah ibunya yang berbangsa Cina.

Jadi bak kata pepatah Melayu, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi; sikap menentang institusi raja yang dizahirkan oleh Nizar telah sediada mengalir dalam tubuh badannya secara semulajadi. Maka tidak hairanlah setiap kali Nizar mengadakan sidang akhbar semasa menjawat Menteri Besar Perak dahulu, beliau akan diapit oleh Ngeh dan Nga.

Setiap kalimat dari mulu Nizar akan dikawal ketat oleh kedua-dua pemimpin DAP itu dan tidak boleh dilafazkan tanpa persetujuan mereka. Malah amat jelas pada mana-mana sidang media, Nizar akan menoleh kepada Ngeh dan Nga terlebih dahulu sebelum menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan terutamanya soalan yang berkaitan dengan dasar Melayu.

Pernah Nizar dilihat bertindak secara spontan seperti robot dengan menoleh kepada Ngeh dan Nga untuk mendapat ilham apakah jawapan paling selamat dan sesuai apabila ditanya mengenai isu pemberian tanah pajakan selama 999 tahun kepada penduduk Cina. I

ni hanyalah sekelumit daripada rentetan insiden yang membabitkan pemimpin PAS dengan institusi raja. Sejak bersekongkol dengan DAP, PAS tidak lagi menghormati raja-raja Melayu bahkan selalu menimbulkan kontroversi yang mencemar kemuliaan institusi itu. Bagi PAS, ia lebih rela menggorbankan agenda Islam dan membelakangkan bangsa Melayu sekiranya ini dapat membantu parti itu membolot kuasa politik, daripada berpisah dengan kekasihnya DAP yang tidak seagama dan tidak juga sebangsa. ends

Sunday 24 June 2012

Isteri Menteri Besar membuat kunjungan menziarahi jurutol .

Mohd Hafizz Zamri, 26 tahun



Raja Datin Seri Hjh Salbiah Tengku Nujumuddin, isteri kepada  Menteri Besar Negeri Sembilan telah membuat kunjungan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban tengah hari tadi untuk menziarahi jurutol Mohd Hafizz yang kini  menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJS) setelah selamat menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat luka yang parah pada paha kanan setelah di tembak oleh perompak baru baru ini, kaki beliau terpaksa di potong bagi mengelakkan jangkitan pada jantung dan buah pinggang.



Nurijah Rosli, 24


Sementara itu Nurijah selamat menjalani pembedahan membuang peluru di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) dan beliau akan berehat di rumah ibunya di Kampung Merbah. Beliau sangat bersyukur kejadian ini tidak membawa kecelakaan pada bayi yang dikandungnya 2 bulan itu.



* Untuk mengetahui kejadian rompakan bersenjata yang menimpa mereka semasa bertugas di Tol Seremban boleh layari :


Saturday 23 June 2012

SUARA KEADILAN MENIPU LAGI

Muka depan akhbar Suara Keadilan memaparkan tajuk Bakal Menantu Najib Penipu.Tajuk ini  bukan sahaja memperlihatkan yang akhbar tersebut membuat keputusan mendahului sistem perundangan, malah memfitnah secara terang-terangan.


Dalam mengulas berita tersebut, Ketua Wanita Keadilan Zuraida Kamaruddin pula dengan tidak semena-mena mencabar Datuk Seri Najib untuk menyaman malu akhbar New York Post yang mula-mula menyiarkan berita mengenai Daniyar Nazarbayev.   Begitu juga dengan Ketua Serikandi Keadilan, iaitu Siti Aishah Shaik Ismail menyuruh keluarga Datuk Seri Najib menjawab isu ini.

Mendesak Datuk Seri Najib atau keluarga untuk menjawab isu dan menyaman malu akhbar yang menyiarkan berita tersebut amatlah tidak masuk akal.  Jika ada pihak yang perlu mengambil tindakan sedemikian ia pastilah keluarga Nazarbayev sendiri.  Datuk Seri Najib dengan mereka tiada pertalian darah pun, dan hubungan mereka adalah sekadar ikatan pertunangan antara anak masing-masing sahaja. 

Kita tahu bahawa parti Pakatan Rakyat amat terdesak untuk mencari isu bagi menghadapi pilihanraya yang semakin hampir. 

Tetapi, ketahuilah oleh mereka bahawa kisah mengenai bakal menantu Perdana Menteri bukan satu isu kerana ia tiada kena mengena dengan rakyat dan negara.  Begitu juga, apabila kisah tersebut tidak benar kerana pihak yang terlibat iaitu ibu kepada Daniyar, Maira, telah pun membuat penafian. 

Menurut Maira, beliau masih punya ikatan perkahwinan dengan Bolat Nazarbayev dan tidak pernah dikehendaki oleh Interpol.  Malah, pada ketika beliau ditanya, mereka sekeluarga sedang merancang percutian musim panas ke Eropah.

Jelas, Maira dan anaknya bebas bergerak ke mana-mana malah beliau juga boleh dihubungi untuk mendapatkan kenyataan.  Jika benar beliau adalah orang yang dikehendaki oleh Interpol, tidak mungkin Interpol tidak dapat menangkapnya sedangkan wartawan juga mampu menghubunginya?

Suara Keadilan harus belajar mengenalpasti yang mana satu isu politik dan yang mana tidak.  Jika tidak tahu mengenalpasti isu, janganlah menggunakan nama dan lambang parti untuk menerbitkan akhbar.  Lebih elok jika akhbar ini digelar akhbar tabloid yang menyiarkan gossip dan tahyul untuk hiburan pembaca. 

Lebih dari itu, parti PKR sendiri harus belajar untuk mengenalpasti mana isu yang penting dan mana yang tidak untuk dijuarai mereka.  Dengan menyerang keluarga, atau lebih tepat, bakal keluarga, menunjukkan yang PKR sudah hilang pertimbangan.   Seolah-olah dendam parti ini kepada BN adalah dendam peribadi dan bukannya antara lawan politik. 

Jika isu ini dibawa oleh PKR ke pentas kempen pilihanraya, ia sekali gus menunjukkan yang benarlah Datuk Seri Najib adalah seorang pemimpin yang hebat dan BN adalah parti yang tepat untuk rakyat sehinggakan PKR tidak mampu mencari isu lain untuk menyerang.   Kerana itulah PKR terpaksa memainkan isu bakal keluarga yang tidak ada kena mengena dengan rakyat dan negara.

Friday 22 June 2012

Gila Kuasa Di Negeri PR Makin Menjadi-jadi Kian dekat tarikh PRU 13

 Gila Kuasa Di Negeri PR Makin Menjadi-jadi Kian dekat tarikh PRU 13,makin parah penyakit gila kuasa bermaharajalela dalam kepimpinan pembangkang khususnya PKR. Itu baru menmguasai beberapa negeri sahaja, pun sudah kalut ribut seolah-olah kuasa dan harta mahu dibawa mati. 

 Tiada apa yang pelik sebenarnya, asal usul kejadian PKR itu sendiri terbentuk hasil acuan pemikiran seorang individu yang telah lama bergelumang dengan penyakit tersebut, maka terbawa-bawalah sekali dikalangan ahli dan pemimpin bawahannya. 

 Umum pun dah lama mengetahui ramai pemimpin PKR pro Azmin Ali makan hati dengan perangai besar kepala Setiausaha Politik MB Selangor, Faezah Husin namun taklah pula menjangkakan ianya sebegitu kronik sekali.

 Rupa-rupanya segala ribut dan kalut selama ini segalanya berkisar pasal harta dan kuasa semata-mata. Masing-masing puak mahu meletakkan puak sendiri dalam kedudukan selesa dan kuat menjelang PRU akan datang. 

Pendek kata baik puak Khalid Ibrahim mahupun puak Azmin Ali, sama-sama menyanyikan lagu mahu menjaga kebajikan rakyat namun realiti yang berlaku sebenarnya masing-masing lebih mengutamakan tembolok sendiri. 

Satu dua bulan lepas kalut ribut berebut kuasa dan harta telah menggoncangkan negeri Kedah yang diperintah oleh PAS. Kuasa dan harta punya pasal, habis terbang semua slogan dan prinsip yang kononnya mengutamakan Islam berbanding yang lain. 

 Baru di beri nikmat memerintah beberapa negeri sudah ramai yang mabuk hanyut dalam gemilau kuasa dan harta, rumah kian besar dan kontrak tender di bahagi-bahagi sesama sendiri dan ramai pula yang berebut-rebut seakan tersilau dengan harta rampasan perang. 

Dua contoh kegilaan kuasa yang berlaku dalam jangka masa yang dekat ini, jika kita pandang dari mata burung dan bukannya melihat macam katak bawah tempurung, akan ternampak jelas corak-corak pemerintahan pembangkang seandainya mereka di beri peluang menguasai negara kelak. Cuma jangan nanti dek kerana pening dan mabuk dihimpit perebutan kuasa sesama sendiri itu kemudiannya dipalitkan pula pada orang lain untuk tanggung bebannya. 

Bukan kita tak kenal perangai pemimpin pembangkang dari PAS, PKR mahupun DAP, pantang kalut terhimpit gara-gara sikap tamak dan mabuk yang sudah jadi tabie, jalan keluar yang mereka suka rintis ialah menyalahkan UMNO ataupun BN. 

 Samalah macam mentor mereka yang suka berdondang sayang sesama jantan dan sesekali bergomol sakan bersama chinadoll, bila nafsu serakah terdedah, balik-balik orang lain pula yang kena tanggung kesalahan moralnya.

Thursday 21 June 2012

NGO's DESAK 5 PERKARA DARI PIHAK BERKUASA MENYIASAT ISU 3 BILLION ANWAR IBRAHIM



Kemarahan rakyat dan  ketidakpuasan hati mereka tidak dapat dibendung lagi dan pada  jam 5 petang tadi 21 Jun satu perhimpunan telah diadakan bagi mendesak agar tindakan undang undang diambil terhadap Anwar Ibrahim ekoran daripada dakwaan oleh Dato' Murad Khalid (Bekas Penolong Gabenor Bank Negara) mengenai  20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih 3 billion.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Al-Ehsan Negeri Sembilan, Mohd Rasul bin Haji Badar dan beberapa NGO's  lain yang telah berkumpul di hadapan pasar Ampangan mendesak agar satu siasatan dilakukan dan tindakan bersepadu diambil terhadap Anwar Ibrahim bersandarkan kepada dakwaan Dato' Abdul Murad.

Justeru mereka mendesak 5 perkara perlu di laksanakan oleh pihak yang berkenaan :

1. Mendesak satu suruhanjaya siasatan ditubuh bagi menyiasat dakwaan  oleh Dato' Murad Khalid.


2. Mendesak Peguam Negara supaya membuka semula kertas siasatan akaun berkanun tersebut,

3.Mendesak lembaga hasil dalam negeri tampil membuat kenyataan  mengenai keupayaan memperolehi sumber aset, saham  dan wang yang bernilai lebih dari 3 Billion tersebut.


4.Mendesak suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat penyelewengan dan apa-apa jua yang mempunyai kaitan dengan berkanun oleh Dato' Murad Khalid.


5. Mendesak Bank Negara Malaysia  menyiasat akaun berkanun Dato’ Murad Khalid yang telah diperalat kan oleh Anwar Ibrahim.

Mereka berharap badan badan kerajaan agar bertindak segera dan mendakwa Anwar Ibrahim yang jelas semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri  dan Menteri Kewangan jelas menyalah guna kuasa dan melakukan penyelewengan , mengelapkan wang kerajaan, rasuah dan mempunyai tujuan menggunakan wang tersebut demi untuk kepentingan diri dan politik.

Kesemua NGO yang mengambil bahagian dalam perhimpunan aman itu meminta agar mengheret mereka yang terlibat ke muka keadilan. - laporan wartawan PRU13n9.blogspot.com

















Sekolah di Taman Warisan Puteri satu pembangunan meningkatkan taraf pendidikan

Sekolah Menengah mula beroperasi sejak 1 Jan 2011. Seramai 350 pelajar dan 30 guru di Sek. Men. Keb. Warisan Puteri. Ianya terletak di dalam kawasan Taman Warisan Puteri, Sikamat. Ini merupakan salah satu projek Kerajaan Negeri Sembilan bagi memberi kemudahan asas kepada para penduduk di kawasan sekitar.

Kemudahan ini adalah pendekatan kerajaan BN  untuk mempertingkakan taraf  pendidikan di Negeri Sembilan.


SMK Warisan Puteri

SK Taman Warisan Puteri

Pra-Sekolah Taman Warisan Puteri

Krisis terbesar PKR Chegu Bard Vs Anwar Ibrahim

Bunyi macam hebat sehingga Anwar Ibrahim terpegun dengan Roadshow Bard , Jom Ubah selama dua bukan yang diadakan di Negeri Sembilan.Itulah hakikat sebenarnya Chegu Bard mahu tunjukkan kepada Anwar dan merayu simpati agar diberikan dia nyawa untuk bertanding lagi pada PRU13 ini.
Semua orang tahu hubungan Bard dengan Anwar Ibrahim agak dingin . Road Show Bard itu sebenarnya indah khabar dari rupa. Roadshow syok sendiri. Bard ini sebenarnya HABIS DAH di Negeri Sembilan . Bard sudah tidak laku lagi dan tidak relevan sehingga Anwar mencadangkan Bard dicalonkan di kerusi yang selamat : baca sini


Sangka Bard Anwar sudah mula kendur dan mula memberi perhatian kepada Bard kerana sebelum ini Bard sememangnya tidak dipedulikan oleh oleh Anwar langsung. Bard pernah mengakui dan mencanag seluruh pelusuk tanha air bahawa Anwar adalah bapa saudara isterinya sewaktu pemilihan PKR yang lalu. Bard paling kecewa apabila kalah dengan si Shamsul Ketot dalam perebutan kerusi ketua AMK.

Malu sungguh apabila Bard kalah dengan Shamsul ketot , sedangkan Shamsul kembali bersaing dan berkempen di saat akhir.Malu betul Bard kecewa betul dia apabila Anwar menyokong Shamsul dan mahukan Shamsul ketot sebagai ketua AMK. Apabila Shamsul mendapat sokongan solid dari Anwar, Ghuyup lah Chegu Bard.


Bard mungkin tidak tahu bahawa kenyataan Anwar baru baru ini mahu menguburkan Bard dan menghina beliau. Anwar terang dan jelas menghina Bard dengan mahu mencalonkan Bard di tempat selamat. Jelas di sini Anwar mengakui Bard tiada tempat di Negeri Sembilan dan jelas Anwar menghina Bard sebagai bakal calon yang perlu diberikan tempat yang selamat kerana dia tidak lagi laku dan berguna di Negeri Sembilan khususnya di Rembau.Kalau saya jadi Bard , penghinaan macam ini tidak boleh saya terima kerana selaku pejuang SAMM kononnya tapi cari tempat yang selamat. Jelas Bard ditolak di Rembau mentah mentah dan jelas Anwar mengatakan Bard ditolak oleh rakyat Negeri Sembilan.

Tuesday 19 June 2012

Rais Zainuddin hentikan burukkan nama Veteran UMNO Negeri Sembilan,

Rais Zainuddin eloklah hentikan menggunakan nama Veteran UMNO kerana ini membabitkan keseluruhan Veteran UMNO di Negeri Sembilan sedangkan apa yang mahu Rais lakukan adalah untuk melunaskan hak dan dendam peribadinya kerana tidak dicalonkan sebagai ADUN Chembong pada PRU12 yang lalu dan digantikan dengan calon muda Zaiful Bahari.

  Beberapa orang Veteran UMNO Negeri Sembilan yang ditemui mengaku menyokong kepimpinan Menteri Besar Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan dan mengakui bahawa DSU Menteri Besar banyak melakukan perubahan di negeri ini. 

 Kata mereka antara dendam peribadi Rais dengan MB itu adalah hak beliau tetapi jangan lah menggunakan nama Veteran UMNO Negeri Sembilan. Baru baru ini Rais Zainuddin telah menggunakan laman blog untuk mendesak agar MB tidak lagi dicalonkan dengan menggaitkan veteran UMNO Negeri Sembilan. 

 Rais tidak sepatutnya menggunaka nama veteran UMNO Negeri Sembilan untuk melunaskan dendam beliau. Ini akan memburukkan nama baik dan hubungan baik antara Veteran Negeri Sembilan dan Menteri Besar. 

 Rais perlu menerima hakikat bahawa beliau bukan lagi calon yang dipilih dan kini pengganti beliau YB Zaiful telah berjaya menjalankan tugas dengan baik di DUN Chembong dan Rais sudah boleh melupakan hasrat untuk merebut kembali kerusi berkenaan. 

 Zaiful mempunyai trek rekod yang baik tidak seperti Rais yang mempunyai banyak rekod yang tidak memuaskan dan rakyat banyak mengetahui tentang pembolotan harta dan mengayakan dirinya sendiri ketika menjadi ADUN dan EXCO kerajaan negeri dahulu. 

  Siapa yang tidak tahu Rais bermegah dengan Istananya yang besar di Rembau dan siapa yang tidak tahu dari mana duit beliau perolehi untuk mebangunkan istana itu. Eloklah Rais jangan menggangu parti jika sekiranya benar benar sayangkan UMNO. 

Jangan cuba menjadi gunting dalam lipatan dan jangan cuba jadi api dalam sekam ketika dan saat rakyat dan jentera BN sedang menumpukan kepada PRU13. baca sini kesah Rais Zainuddin, Klik sini 
sumber: tepakbersulam2.blogspot.com

Kerajaan BN Tunaikan janji - Flat Taman Sri Mawar berubah wajah

Janji janji Barisan Nasional untuk kesejahteraan rakyat dan kerana perihatin kerajaan telah mencantikkan kembali kawasan persekitaran bagi keselesaan penduduk. Semua janji janji kerajaan BN telah ditunaikan . Terima Kasih kepada Mneteri Besar kerana telah mengarahkan mereka yang berkenaan untuk mengambil tindakan dengan segera. Hasilnya seperti apa yang kita lihat di dalam gambar ini ini.




Sunday 17 June 2012

Tektik Anwar Menipu Tarik Orang Ke Ceramahnya Terbongkar Seperti Yang Berlaku di Negeri Sembilan juga


Jenis Anwar Ibrahim dia tak boleh berceramah depan orang yang sedikit. Dia mesti nak ceramah depan orang yang beribu. Barulah temberang menjadi....

 Dalam setiap ceramah yang melibatkan Anwar dia akan sampai ke tempat ceramah apabila dekat gilirannya nak berceramah selaku penceramah terakhir. Awal-awal akan ada 4-5 orang juak-juaknya yang berceramah terlebih dahulu sebagai pemanas enjin dan sementara nak menunggu orang semakin ramai.

Jika jumlah hadirin berkurangan, Anwar tidak akan datang dan bermacam-macam alasan akan diberikan sebagai sebab dia tidak hadir. Setiap ceramah yang melibatkan Anwar akan diletakkan tajuk yang hebat atau akan berlaku pembongkaran yang besar untuk menarik orang ramai hadir mendengarnya. Saya masih ingat lagi masa PRK Ijok tahun 2007, setiap hari jentera PKR menyebarkan berita yang Anwar akan mendedahkan sesuatu berhubung Altantuya dan Najib.

Tiap-tiap malam mereka berjanji dan tiap-tiap malam orang ramai yang datang nak dengar hampa. Sampaikan ke malam terakhir kempen tiada apa-apa yang didedahkan. Akhir sekali mereka ditolak dalam PKR berkenaan kerana menipu orang ramai.

Bukan setakat orang ramai yang marah, jentera PKR sendiri pun turut marah. Mereka membohongi orang ramai dengan berjanji nak dedah itu dan ini. Orang datang berduyun-duyun nak dengar. Sampai masa tiada apa yang didedahkan. Bila orang marah maka orang akan tolak mereka dalam pilihanraya. Bila orang tolak mereka , mereka kata pilihanraya tak betul dan SPR menipu.

Terbaru berlaku di Sabah Ahad lepas.... Seperti yang kita tahu program-program ceramah yang melibatkan PAS dan PKR bukannya mendapat sokongan sangat di Sabah.

Ceramah-ceramah yang diadakan pun berapa kerat sangat yang hadir. Kebiasaannya jumlah kehadiran memang mengecewakan penceramah. Tak padan dengan tiket kapal terbang untuk mereka ke sana.

Untuk menunjukkan bahawa dia hebat dan mampu kumpulkan orang di Sabah, Anwar melalui kuncu-kuncunya menyebarkan sesuatu yang besar akan berlaku di Sabah pada malam berkenaan lalu berduyun-duyunlah orang ramai dan para wartawan pergi.

Hinggakan ada wartawan yang bergegas terbang dari semenanjung ke sana untuk memastikan mereka tidak terlepas berita besar berkenaan. Akhirnya sampai habis ceramah semuanya masuk angin keluar asap... Selanjutnya sila klik dan baca di sini....

Friday 15 June 2012

KALAU NAK TAHU APA DAP KATA PADA ORANG MELAYU PADA 13 MEI : BACA LAH INI


ITULAH SEBABNYA AYAH, IBU, ATUK DAN UWAN KITA MARAH SANGAT DENGAN DAP INI. KALAU DAP INI MASUK KE KAMPUNG KITA MASA ITU BERCERAMAH MEREKA AKAN HALAU DENGAN PARANG. BERBEZA DENGAN HARI INI DAP GUNAKAN ORANG MELAYU UNTUK PUJUK MELAYU UNTUK TIPU MELAYU DAN JIKA MEREKA BERKUASA NANTI INI LAH YANG AKAN TERJADI KEPADA KITA. KITA AKAN DI MAKI HAMUN DAN TALIBARUT-TALIBARUT MELAYU MACAM ASPAN ALIAS CHEGU BARD DAN LAIN LAIN AKAN HIDUP SENANG-LENANG SEBAB GADAIKAN BANGSA DAN AGAMA. PAS AKAN JADI PION (KUDA TUNGGANGAN). PKR AKAN JADI RAKAN KONGSI MENTADBIR SECARA SYAOTAN SETELAH MENUTUP MULUT PAS.