Oleh Zaini Hassan: -
KELMARIN Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim buat hal lagi. DAP terus
pening kepala. Kali ini beliau menekankan lagi soal dia cuba disogok.
‘‘Biadab sungguh dia (Lim Guan Eng) mengarahkan seorang ‘budak’ untuk
menyampaikan mesej apatah lagi merasuah saya RM50,000 kononnya
saguhati untuk terus kekal di bawah pimpinan DAP,’’ kata Tunku Aziz
dengan nada cukup keras pada sidang akhbar di rumahnya.
Sogok? Sogok itu macam rasuahkan? DAP mahu rasuah? Benarkah? Jika
tidak benar DAP kena buat report polis. Dakwaan itu cukup serius.
Jika itu fitnah, DAP kena saman Tunku Aziz. Jika saya menulis dakwaan
ini, mungkin saya pun akan kena saman, kerana saya turut memfitnah.
Saya masih tidak percayalah DAP buat kerja macam itu. Nak sogok
seorang Melayu untuk kekal dalam partinya? Apa hebatnya sangat Melayu
dalam DAP? Atau orang Melayu sudah cukup penting bagi DAP di masa-masa
dekat pilihan raya ini.
Benarkah Lim Guan Eng mengarahkan ‘budak’ hingusan itu menyogok Tunku Aziz? Marah betul kerabat diraja Kedah itu.
Tunku Aziz dikenali sebagai seorang yang berintegriti tinggi pun mahu
disogok? Beliau ialah pengasas Transparency International-Malaysia dan
Ahli Lembaga Pengarah Transparency International, sebuah pertubuhan
antikorupsi sedunia. Budak yang dihantar untuk ‘menyogoknya’ pula ialah
setiausaha politik Guan Eng, iaitu budak separuh Melayu. Namanya ialah
Zairil anak bekas pemimpin UMNO, Allahyarham Khir Johari.
Sekali lagi saya tak percayalah Guan Eng yang kononnya mengaku bersih
buat kerja macam itu. Entah-entah banyak lagi yang dia buat, tapi kita
tak nampak?
Nak dekat-dekat pilihan raya ini banyak pula perkara yang tidak disangka-sangka terkeluar. Kan Allah itu Maha Kaya.
Oleh itu, Saudara Guan Eng atau bapanya Kit Siang, janganlah takbur
sangat. Kita tahu kamu semua bukannya bersih sangat, tapi mengaku
seperti Saidina Umar Abdul Aziz.
Kita juga tahu kepala-kepala dalam Pakatan tu bukan bersih sangat.
Ada antaranya ialah pencetus politik wang dalam UMNO dulu. Yang menjadi
pelopornya pun ada.
Tapi apabila berada dalam Pakatan dia pandai berlakon. Sebelum orang
tuduh dia, lebih baik dia tuduh UMNO dulu. Itu namanya reverse
psychology atau psikologi songsang. Semuanya mahu disongsangkan. Saya
tidak salahkan dia juga, kerana UMNO gagal bermain dengan psikologi
macam itu. Siapa yang pandai, dialah yang menang.
Tapi semua kita tahu, Pakatan bukan bersih pun. DAP pun bukan bersih
pun. PKR toksah cakaplah. Kebanyakan mereka dulu dalam UMNO. Di
Selangor pun kita dengar bukan bersih pun. Macam-macam hal, hanya UMNO
yang tak tau bongkarkan.
Saya tak cakap UMNO itu bersih, tapi Pakatan pun sama. Namun saya masih tak percaya DAP mahu sogok Tunku Aziz dengan RM50,000.
Saya berharap DAP buat satu laporan polis ke atas Tunku Aziz dan SPRM
pula jangan buat tak nampak saja. SPRM pun kena buat kerjalah. Tunku
Aziz dah buat sidang akhbar secara terbuka semua orang dengar.
Dulu SPRM pernah berkata, khabar angin pun mereka akan siasat. Saya
memohon SPRM siasatlah dakwaan Tunku Aziz itu benarkah Guan Eng melalui
budak Zairil itu cuba menyogok Tunku Aziz sebanyak RM50,000.
Saya tidak pasti apakah sogokan RM50,000 itu untuk setiap sebulan,
setahun atau sekali gus sahaja. Detail itu SPRM kena tanya dengan Tunku
Azizlah.
Baru-baru ini, Dr. Chandra Muzaffar, bekas Timbalan Presiden PKR juga
pernah berkata, wang RM50,000 yang cuba disogok kepada Tunku Aziz itu
ialah politik wang.
Katanya: ‘‘Saya fikir perkara itu harus dibawa ke pengetahuan SPRM.
Ia adalah satu cubaan untuk membeli seseorang supaya kekal dalam
parti.’’ (Baca Rocky’s Bru, Khamis 17 Mei)
Namun, sehingga kini dan sehingga kenyataan terkini Tunku Aziz kelmarin, SPRM masih belum angkat punggung.
Apa sekali pun saya masih kurang percayalah. DAPkan sebuah parti
Demokratik yang mengamalkan kebebasan bersuara, kebebasan meluahkan
perasaan, kebebasan media dan kebebasan segala-galanya. Tapi saya hairan
jika bebas mengapa mahu diboikot media tertentu, termasuk Utusan yang
lantang bersuara mengkritiknya?
Jika bebas, mengapa pula, apabila Tunku Aziz mengkritik penganjuran demonstrasi Bersih, dia pula dihukum?
Yang saya tahu PAP dan Lee Kuan Yew sahaja yang berperangai begitu.
Di bawah sana pembangkang kena kunci mulut. Kalau tidak, kena saman
sehingga bankrap.
Bagi Aspan Alias, Dato’ Sabri aka Sakmongkol serta beberapa Melayu yang masuk DAP pula, tahniah kepada kalian.
Sepatutnya ramai lagi Melayu masuk DAP supaya dapat mengurangkan
sedikit pegangan kaum Cina cauvinis dalam parti itu. Kalau boleh
kurangkan sikit perangai ultra kiasu dalam parti itu.
Pada pilihan raya nanti, pastinya kalian semua menang ya. Pastikan
kalian bertanding di kawasan yang majoriti penyokong DAP, gerenti akan
menang.
Jika selepas menjadi Wakil Rakyat kelak, bertanding pula jawatan Setiausaha Agung menentang Guan Eng dan pastikan juga menang.
Jika Aspan atau Sabri atau orang kuat DAP Seremban, Lt. Kol (B) Rosli
atau sesiapa sahaja calon Melayu yang menang sebagai Setiausaha Agung
DAP dan dapat menyingkirkan rejim nepotisme empayar Lim itu, saya
sendiri pun akan isi borang masuk DAP…
Memang betul, fikir-fikirkanlah…
Teh tarik di KLIA RM9.10!
BALIK dari luar negara baru-baru ini, sementara menunggu kenderaan
saya singgah di sebuah gerai minuman di tingkat ketibaan, dekat pintu
keluar ke teksi.
Kerana lama tak minum teh tarik saya pun pesanlah. Gelasnya pun taklah besar, besar sikitlah dari kedai mamak.
Gerai itu menjual bermacam-macam jenis makanan, termasuk laksa.
Sebagai orang utara, saya pun pesan juga laksa. Makan dan minumlah
dengan berseleranya.
Apabila nak bayar, saya terkejut, yang kenyang jadi lapar. Harga teh
tarik RM9.10 sen. Harganya macam di hotel. Tapi suasana di situ bukan
macam di hotel. Pemandangannya menyesakkan. Orang tolak troli beg ke
sana, ke mari. Nasib baik ramai pramugari manis, sejuklah sikit hati.
Semasa dalam kenderaan mahu pulang, saya mencongak-congak dalam
fikiran. Di kedai mamak di Shah Alam hanya RM1.50 segelas – sedikit
kelat teh, susu dan air panas. Itu pun minta yang kurang manis. Berapa
banyak untung gerai KLIA itu buat?
Apakah sewanya terlalu tinggi sehingga segelas teh tarik berharga
hampir RM10. Atau Malaysia kini diambang inflasi yang terlalu tinggi,
sehingga wang RM sudah susut nilai terlalu besar? Jika sewanya tinggi,
takkan orang macam saya kena tanggung?
Saya terkenang makcik dan pakcik yang menghantar saudara-mara kampung
untuk naik Umrah atau Haji dan singgah pula ke gerai itu untuk
hilangkan dahaga.
Saya rasa perlu diwujudkan Gerai Makanan 1Malaysia di tingkat itu. Kalau tidak kasihan makcik-makcik itu.
Jika harganya RM5 pun boleh lagi terima, bukannya berganda-ganda
hampir RM10! Tapi hairan, restoran makanan segera di situ, boleh pula
jual harga biasa?
Saya masukkan resit belian itu ke dalam facebook saya, macam-macam komen yang saya terima.
Antaranya:
Betullah tu kalau saya pun charge macam tu, siapa yang ajar macam
tu, document tender untuk sebuah kiosk KLIA baru-baru ini berharga
RM1,000, kalau kalah tender wang tak dipulangkan, jadi kalau harga
dokumen sampai macam itu, fikirkanlah…
Bro…harga international, kira ok ler bukan selalu…
Hahaha…gula+susu+teh+air panas=RM9.10…sewa tapak kat KLIA tu maybe cecah RM100k sebulan kot…
Minta Zaini buat artikel pasal ni?Memang betul, fikir-fikirkanlah…- UTUSAN MALAYSIA
No comments:
Post a Comment