Labels

Thursday, 21 June 2012

Krisis terbesar PKR Chegu Bard Vs Anwar Ibrahim

Bunyi macam hebat sehingga Anwar Ibrahim terpegun dengan Roadshow Bard , Jom Ubah selama dua bukan yang diadakan di Negeri Sembilan.Itulah hakikat sebenarnya Chegu Bard mahu tunjukkan kepada Anwar dan merayu simpati agar diberikan dia nyawa untuk bertanding lagi pada PRU13 ini.
Semua orang tahu hubungan Bard dengan Anwar Ibrahim agak dingin . Road Show Bard itu sebenarnya indah khabar dari rupa. Roadshow syok sendiri. Bard ini sebenarnya HABIS DAH di Negeri Sembilan . Bard sudah tidak laku lagi dan tidak relevan sehingga Anwar mencadangkan Bard dicalonkan di kerusi yang selamat : baca sini


Sangka Bard Anwar sudah mula kendur dan mula memberi perhatian kepada Bard kerana sebelum ini Bard sememangnya tidak dipedulikan oleh oleh Anwar langsung. Bard pernah mengakui dan mencanag seluruh pelusuk tanha air bahawa Anwar adalah bapa saudara isterinya sewaktu pemilihan PKR yang lalu. Bard paling kecewa apabila kalah dengan si Shamsul Ketot dalam perebutan kerusi ketua AMK.

Malu sungguh apabila Bard kalah dengan Shamsul ketot , sedangkan Shamsul kembali bersaing dan berkempen di saat akhir.Malu betul Bard kecewa betul dia apabila Anwar menyokong Shamsul dan mahukan Shamsul ketot sebagai ketua AMK. Apabila Shamsul mendapat sokongan solid dari Anwar, Ghuyup lah Chegu Bard.


Bard mungkin tidak tahu bahawa kenyataan Anwar baru baru ini mahu menguburkan Bard dan menghina beliau. Anwar terang dan jelas menghina Bard dengan mahu mencalonkan Bard di tempat selamat. Jelas di sini Anwar mengakui Bard tiada tempat di Negeri Sembilan dan jelas Anwar menghina Bard sebagai bakal calon yang perlu diberikan tempat yang selamat kerana dia tidak lagi laku dan berguna di Negeri Sembilan khususnya di Rembau.Kalau saya jadi Bard , penghinaan macam ini tidak boleh saya terima kerana selaku pejuang SAMM kononnya tapi cari tempat yang selamat. Jelas Bard ditolak di Rembau mentah mentah dan jelas Anwar mengatakan Bard ditolak oleh rakyat Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment