Dulu sibuk diperkatakan yang kononnya Menteri Besar Negeri Sembilan akan ke pusat dan bertanding di Parlimen. Hebat pemerhati politik di Negeri Sembilan ini, lebih hebat dari DS Najib kerana kerusi ini hanya akan ditentukan oleh Perdana Menteri menjelang Pilihanraya nanti.
Tapi
mereka ini sudah tahu sedangkan DS Najib belum lagi mengumumkan siapa
dan di mana mereka akan bertanding.
Hari ini mereka kata
MB akan bertanding di Paroi pula, kononnya MB mahu lari dari Rantau.
Biar betul .. dan tulisan seolah olah veteran UMNO yang
menulis dan di sahut oleh Aspan Alias bloggers yang tidak lagi relevan.
Mereka
kata MB nak jadi hero kerana mahu lawan Taufek satu-satunya DUN PAS di
Negeri Sembilan. Sebenarnya tak payah MB bertanding di Paroi sekarang,
letak saja AJK bahagian pun boleh lawan dengan Taufek itu. Boleh dengar
aja apa yang mereka kata, sebab menjelang pilihanraya ini memang ramai
penganalisis yang lahir dan yang bijak juga terlebih pandai juga
ramai.
Biarlah Perdana Menteri yang menentukan, kita akur kepada keputusan
yang akan dibuat oleh Perdana Menteri. Insyaallah Perdana Menteri masih
mempercayai Menteri Besar untuk terus menjadi Jeneral perang pada PRU
13 di Negeri Sembilan.
Tak ada sebab MB nak tinggalkan kawasannya ...tapi kalau itu arahan pucuk pimpinan, haaa siaplah kau Taufek.
Nota: Khairy bertanding mana pula.
Nota: Khairy bertanding mana pula.
mari kita sama2 gayang sitaufek tu kita nyah dia dari DUN Paroi. dah xder guna dia kat Paroi ni.
ReplyDelete