Pemuda Rantau sudah bersedia untuk menghadapi Pilihanraya.

RANTAU: 6 April- Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Rantau, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan mengingatkan kepada para pemuda UMNO agar  bersatu bangkit membangun untuk terus maju.

Beliau berucap dalam majlis pemimpin bersama pergerakan pemuda UMNO kali keempat yang diadakan oleh pergerakan pemuda UMNO cawangan Rantau,Kanchong,Solok,Taman Rantau dan Ulu lalang, di balai raya kampung Kanchong.

Majlis  sebegini sebelum ini telah diadakan di Kg Sogo yang mengabungkan Pemuda , Kg Sogo Hilir, Sogo Hulu. dan Sogo Tengah. Majlis ini juga telah diadakan di KG Seliau yang mengabungkan pemuda Kg Seliau , Kg Seliau Baru dan Kg Sagga ianya juga kemudai di adakan di kampung Bemban yang mengabungkan pemuda Kg Bemban dan pemuda Angsa Mas.

Katanya lagi,  rakyat perlu bersatu menegakkan dan memperjuangkan bangsa Melayu dari dijajah oleh bangsa-bangsa asing yang ingin merampas kuasa dari orang melayu.

Beliau berharap agar Pemuda  bersiap siaga bangun menghadapi segala ancaman untuk menjatuhkan bangsa melayu, Beliau juga menyeru kepada semua orang melayu supaya buka mata dan jangan asyik bergaduh sesama sendiri dan berlaku  perpecahan dan perbalahan sesama sendiri dan berlakunya perpecahan.

“Melayu Perlu bangun dan buka mata, jangan sampai melayu menjadi pedagang di tanah air sendiri.”
Selain itu,beliau juga mengingat kan kepada pemuda UMNO, “Persiapan perlu dibuat mulai sekarang untuk tentukan kemenangan UMNO dan jangan sesekali termakan dengan janji-janji manis pembangkang yang menipu rakyat.

Menteri Besar turut merasmikan pelancaran gimik gerak gempur Pergerakan Pemuda UMNO cawangan Rantau,Kanchong,Solok,Taman Rantau dan Ulu lalang,dengan menyarung kan vest Barisan Nasional dan menyerahkan bendera Barisan Nasional.

Turut hadir, Dato’ Ab Ghani Haji Hasan , Timbalan Pengerusi jentera piliharaya DUN Rantau.


sumber: N9kini.com

No comments:

Post a Comment