Thursday, 18 April 2013

PRU13 NSDK : Bakal menyaksikan banyak persaingan 3 penjuru



Perpecahan yang dialami DAP negeri ini semakin parah apabila bekas Ahli Parlimen DAP Seremban, John Fernandez mengumumkan keluar daripada parti itu dan bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Selain itu, tiga lagi bekas ahli DAP dan dua individu lain, semuanya daripada kaum India turut mengumumkan bertanding sebagai calon Bebas.

John berkata, beliau mengambil tindakan itu selepas mendapati DAP bukan parti berbilang kaum 'kerana giat' meminggirkan kaum India.

"Ini dapat dilihat apabila beberapa pemimpin DAP dari kaum India tidak lagi dicalonkan pada pilihan raya umum kali ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Fernandez akan bertanding kerusi Parlimen Seremban manakala tiga bekas ahli DAP iaitu Setiausaha Politik beliau, S. Rajashegher bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nilai, bekas Pengerusi DAP cawangan Taman Bukit Kepayang, S. Vijayan (DUN Bukit Kepayang) dan bekas ahli DAP, S. Sasikumar (DUN Temiang).

Dua yang lain ialah ahli perniagaan, S. Daniel (DUN Port Dickson) dan peguam S. Karthigesan (DUN Senawang).


No comments:

Post a Comment