Labels

Wanita UMNO menjamin kemenangan Pilihan Raya ke-13

wanita2.jpg
wanita1.jpg
wanita3.jpg
wanita4.jpg
SEREMBAN :  24 Feb. – Selama 66 tahun parti Barisan Nasional masih bertahan menjadi tulang belakang kerajaan di atas sistem kepimpinan yang amat menekankan perpaduan di kalangan masyarakat. Dalam parti politik, kesatuan dan perpaduan adalah ibu segala faktor yang menjamin kemenangan Barisan Nasional selama ini.
Demikian kata Senator Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil selaku Ketua Wanita UMNO Malaysia ketika berucap dalam program 
pemantapan jentera Pilihan Raya (Jalinan Rakyat) Wanita Barisan Nasional Negeri Sembilan yang diadakan di dewan Perbadanan UMNO Negeri Sembilan.
Menurut beliau, program ini merupakan siri jelajah kepimpinan wanita UMNO yang diadakan di setiap negeri  bagi melihat persiapan dan pemantapan jentera di bawah payung Barisan Nasional dalam menghadapi Pilihan Raya yang akan datang.
“Pihak pembangkang amat takut sekali dengan semangat dan perjuangan komponen Barisan Nasional terutamanya Wanita UMNO yang membawa kekuatan dalam parti dan sekaligus akan menentukan kemenangan Pilihan Raya ke-13,” tegas beliau.
Sementara itu, selaku ketua penyelarasan Barisan Nasional Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan berkata, beliau amat sukacita dengan kehadiran hampir 1500 orang wanita UMNO berhimpun bagi memantapkan lagi jentera Pilihan Raya.
“Kekuatan gelombang gerak kerja wanita UMNO amat membimbangkan pihak pembangkang, maka dengan itu kita perlu terus menunjukkan bahawa kepimpinan kita telah bersiap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya,” ujar beliau.
Beliau menyeru kepada hadirin supaya memastikan gerak kerja yang dilakukan dapat membuka minda dan mata orang ramai agar terus menyokong Barisan Nasional bagi menjamin masa depan anak-anak bangsa kelak.



No comments:

Post a Comment