Labels

Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Saturday, 2 June 2012

Pesakit Mental - Perdana Menteri Pakatan Rakyat


Bila di sebut sahaja Anwar turun di Sikamat, soalan pertama yang  ditanya oleh beberapa kawan-kawan saya adalah, "ada lagi ke orang yang datang tenguk Anwar ?". Saya hanya mampu tersenyum kerana saya baru saja pulang dari menyaksikan Anwar berceramah di Sikamat.

Betul lah, tidak ramai yang hadir. Sambutan kepada Anwar tidak seperti dahulu. Cakap cakapnya yang banyak  membangga diri dan mengutuk Najib dan pemimpin UMNO yang lain akan sentiasa meniti bibirnya. Inilah Anwar Ibrahim , tak menipu , sakit perut.

Setakat Qardawi tak perlu lah kita hairan, Hari-hari telipon Anwar , macam lah Qardawi ini tidak ada kerja lain, Qardawi ini di ilhamkan seperti seorang ulamak yang taksub dan memuja Anwar, Ayat Quran pula tak payah cakap , macam goreng berteh keluar dari mulut Anwar seolah olah dia juga layak di panggil ulamak.

Anwar bodohkan orang yang dengar ceramahnya malam tadi dengan tipu dan muslihat dan terus berada di alam fantasi yang kononnya dia sedang duduk di kerusi Najib dan kataya Najib kini adalah Ketua Pembangkang. Sian sakit mental orang tua ini. Eloklah kita jangan bagi PR menang sebab bakal Perdana Menteri jika PR menang adalah pesakit mental.




Saturday, 26 May 2012

Gagal guna demokrasi, demonstrasi ganas taktik pembangkang miliki Putrajaya. Baca sini!



Berdemo dijalanan dengan bertindak ganas ( rusuhan ) di lihat akan menjadi pilihan utama parti pembangkang untuk berkuasa dan menyampaikan hajatnya memiliki Putrajaya. 

Kalau diikutkan sejarah serta keputusan pilihan raya terdahulu, terbukti dengan mengamalkan sistem demokrasi tidak pernah sekali kemenangan di pilihanraya berpihak kepada kumpulan pakatan mereka.

Semua rakyat Malaysia serta  pemerhati asing sehingga kini mengakui... Dengan proses pilihan raya yang ada, pembangkang tidak akan dapat menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Majoriti rakyat tetap memberi kemenangan kepada BN. Kenapa tidak, semua terpaksa terima hakikat bahawa kerajaan BN membawa banyak kemajuan dan nikmat lain kepada rakyat.

“BN berjaya membawa keamanan dan kesejahteraan. Setiap rakyat Malaysia dapat mengecapi kehidupan lebih mewah dan bahagia di bawah pemerintahan BN.

“Segala percubaan mereka untuk mengurangkan sokongan dan persepsi baik terhadap BN dan pemerintah yang didirikan olehnya tidak berjaya,” kata Tun M dalam entri terbaru di blog peribadi, chedet.

Cara demokrasi terbukti tidak boleh menjayakan mereka. Sudahnya, dengan melihat penggulingan kerajaan di negara Arab, terlintas di hati pemimpin mereka bahawa cara demonstrasi ganas dan berpanjangan mungkin memberi kejayaan kepada cita-cita mereka. 

“Maka BERSIH dicipta dan tunjuk perasaan yang besar serta ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan pilihan raya jika parti mereka gagal memenanginya.


MP juga percaya, kegagalan mereka selepas PRU13 itu nanti akan dituruti dengan demonstrasi ganas tidak henti-henti, negara akan terus mereka huru-harakan supaya keputusan pilihan raya ditolak hingga ketahap satu kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh mereka.

Setelah itu mereka akan berusaha untuk mengadakan pilihan raya sekali lagi yang boleh dimanipulasi oleh mereka...

Friday, 25 May 2012

TIBAI ANWAR: Malapetaka jika dia jadi PM. Klik saksi video disini!

Negara akan dilanda malapetaka sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menjadi Perdana Menteri.

Ahli Majlis Syura Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Hamidzun Khairudin berkata, ini kerana pembangkang bercita-cita menjadikan negara ini sebagai sebuah republik.


Bagaimanapun, ujarnya, hasrat pembangkang itu hanya dapat dicapai dengan melakukan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan.

“Kemungkinan besar perkara-perkara yang berkaitan institusi diraja dan hak-hak istimewa Melayu serta bumiputera akan dipinda.

“Sekiranya pindaan itu diluluskan, negara ini akhirnya akan dikuasai oleh golongan cauvinis yang diketuai DAP," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan seorang penulis Barat, Jonathan Smith bahawa Anwar adalah pemimpin tanpa wajah yang boleh berubah mengikut arus, persekitaran serta rasa hati demi kepentingan peribadi.

Hamidzun menambah, masa depan negara akan menjadi kucar-kacir apabila golongan majoriti terpaksa tunduk kepada kehendak puak minoriti.

Kata beliau, senario berkenaan bukan sesuatu yang mustahil kerana Anwar dikenali sebagai seorang individu yang bersifat oportunis.

“Kita dapat melihat bagaimana Anwar mempergunakan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan UMNO untuk melonjakkan kerjaya politiknya.

“Kini, Anwar sedang melakukan perkara serupa terhadap Pas sehingga mengakibatkan kerosakan dalam parti itu," ujarnya.

Bagaimanapun, Hamidzun memberitahu, Anwar sedang berdepan kesukaran mencapai cita-citanya itu setelah rakyat dapat melihat tembelang sebenarnya semasa perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

PAKATAN HARAM TAK HABIS-HABIS GUNA NAMA' RAKYAT' UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI. '

Kalangan portal-portal berita milik Pakatan harami menggunakan nama ‘rakyat’ untuk menggambar kesengsaraan yang bakal dihadapi Ambiga lanjutan dari demonstrasi Bersih 4.0 yang akan diadakan di hadapan rumahnya bermula hari ini hingga Sabtu nanti (katanyalah).

Kononnya ‘privasi rakyat diganggu’, datuk bandar tidak peduli hak rakyat‘ dan seumpana dengannya. Semua ini bukan penulis sengaja reka, tapi diekstrak dari tajuk-tajuk berita media pro pembangkang hari ini dan semalam.

Seolah-olahnya yang nak berdemonstrasi nanti tu bukan rakyat tapi orang asing kalau tak pun makhluk asing yang dihantar ke bumi untuk mengganggu privasi Ambiga.

Walhal yang akan berdemonstrasi nanti adalah juga rakyat, yang terganggu kehidupannya pada 28 April nanti juga adalah rakyat. Kenapa rakyat yang lebih ramai jumlahnya ini dibeza-bezakan dengan jumlah rakyat yang tak seberapa di kawasan kediaman Ambiga?

Sekarang Ambiga rasalah, apa yang orang-orang itu rasa bila ‘privasi’ mereka untuk berniaga diganggu oleh Ambiga dan juak-juak baju kuningnya dalam demonstrasi pada 28 April.

Apakah orang-orang kaya macam Ambiga dan jiran-jirannya sahaja yang boleh ada privasi, kalangan orang meniaga kecil kecilan ni tak boleh ada privasi?

Penulis tidak rasa tindakan yang diambil sebilangan peniaga ini ada kaitan dengan politik seperti yang digembar-gemburkan sekarang.

Ya, politik. Kalau Bersih 3.0 yang terang-terang disertai parti-parti politik Pakatan haram itu kita tak boleh kata acara politik, tapi demonstrasi Bersih 4.0 yang terdiri dari peniaga-peniaga kecil ini nak dikaitkan dengan politik pulak.

Begitulah bengongnya orang-orang yang menyertai Pakatan haram ini. Tindakan ini sebenarnya lebih kepada menunjukkan kepada ambiga apa rasanya bila hak untuk meniaga diganggu oleh demonstrasi haram yang dianjurkan Ambiga dan juak baju kuningnya, bukan ada tujuan politik.

Takkan depa nak pukul Ambiga pulak, tak pasal masuk penjara dek jin mata satu ni. Apa cara yang lebih sesuai, sudah tentulah berdemo, apatah lagi Ambiga menyokong demonstrasi jalanan dan hak untuk berhimpun.

Paling penting, yang terlibat ini masih lagi rakyat.

Dengan itu, berhentilah Pakatan harami menggunakan rakyat untuk menggambarkan Ambiga dan jiran-jirannya. Yang berdemo itupun rakyat juga dan mereka tanggung kerugian akibat dari demonstrasi haram yang dianjurkan Ambiga.

Wednesday, 23 May 2012

LIWAT SAIFUL: Kejutan kes Anwar


Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden (kiri) dan Datuk Ibrahim Ali
Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden (kiri) dan Datuk Ibrahim Ali

Pendakwa kes liwat Saiful jadi peguambela Ketua Umum PKR

Tindakan bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden menjadi peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbulkan kesangsian banyak pihak yang mempersoalkan pendirian sebenar beliau terhadap Ketua Pembangkang itu.
Malah, ada yang menganggap beliau ‘mangsa’ politik terbaru Anwar untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13, akan datang.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali percaya Anwar menggunakan khidmat Mohamed Yusof untuk menunjukkan seolah-olah beliau semakin mendapat sokongan khususnya daripada bekas pegawai kanan kerajaan.

“Anwar jenis yang buat apa pun bermatlamatkan politik. Hanya sebab kepentingan politik peribadi. Kita tahu dia sudah terkenal dengan matlamat menghalalkan cara.

“Dia tengok kawan (Mohamed Yusof) sudah bersara dan membuka firma undang-undang, dia upah dan beritahu orang ramai dulu peguam ini dakwa dia dan sekarang bela dia pula,” katanya.

Bekas peguam Anwar, Datuk Zulkifli Noordin pula mendakwa Mohamed Yusof sebelum ini secara konsisten mempersoalkan kredibiliti dan moral Penasihat PKR itu. “Sepanjang mengenalinya selama 20 tahun, beliau konsisten berpendirian Anwar mempunyai masalah akhlak. Justeru, saya ingin tahu apakah kini Mohamed Yusof masih berpegang kepada pendiriannya atau sebaliknya.

“Saya tidak mempersoalkan tindakan beliau menjadi peguam Anwar atau sesiapa saja kerana ia soal profesion, tetapi yang penting pendirian ditegaskan oleh Mohamed Yusof sebelum ini,” katanya.

Bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim pula keliru dengan tindakan Mohamed Yusof yang sebelum ini mengetuai pasukan pendakwa bagi kes liwat Anwar.

“Tindakan ini akan menimbulkan persepsi negatif rakyat kerana Mohamed Yusof amat lantang dalam kes liwat Anwar sebelum ini,” katanya.

Bekas penyokong kuat Anwar, N Gobalakrishnan pula mendesak Mohamed Yusof mendedahkan jumlah yuran guaman yang diterima daripada Anwar sehingga sanggup beralih arah membelanya.

“Saya terkejut tapi selepas melihat situasi ini, saya perasan sudah lama wujud persefahaman antara Mohamed Yusof dan Anwar. Jadi dia mesti beri penjelasan,” katanya.

Sumber: BHOnline

Monday, 21 May 2012

Bersih 3.0: Mahkamah dakwa Anwar, Chegubard dan Azmin, esok

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok berhubung perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu. 

Difahamkan mereka akan didakwa mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan iaitu hadir dalam perhimpunan yang dilarang dan Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012. 

Sunday, 20 May 2012

BONGKAR: Wan Azizah menangis pulak!. Dikatakan keluar ikut jantan?

"Kita akan bongkar siapa Wan Azizah... siap bersama Azmin Ali jumpa Rupert Murdoch. Imej sahaja Islam, tetapi minta derma RM50 juta daripada Yahudi untuk jatuhkan kerajaan Islam di Malaysia," kata Ummi Hafilda semasa berceramah di Kampung Paya, Batu Kurau, malam tadi yang dihadiri kira-kira 2,000 orang.

Menurut Ummi lagi, orang Pas telah 'dikencing hidup-hidup' kerana percayakan Anwar dan Azmin. 

Katanya, mereka berdua hidup begitu mewah sampai sekarang walaupun tidak bekerja selama 14 tahun.

Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali menasihatkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail agar tidak bersubahat di dalam perkara mungkar. 

Beliau juga menegaskan akan mendedahkan siapa Wan Azizah yang sebenar di sebaliknya imejnya sebagai seorang wanita yang alim selepas ini.  




Saturday, 19 May 2012

TERKINI.!!! APAHAL NI ANWAR LARIKAN DIRI.???



LARUT 18 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi 'melarikan diri' daripada Ummi Hafilda Ali apabila kedua-duanya 'bertembung' malam tadi.

Anwar yang berceramah di Kampung Perak terletak kira-kira 100 meter daripada tempat Ummi Hafilda mengadakan ceramahnya di Kampung Paya, meninggalkan majlis tersebut pukul 10.50 malam walaupun ia dijadual berakhir pada pukul 12 tengah malam.

Difahamkan ini merupakan kali keenam Anwar 'melarikan diri' selepas beberapa pertembungan yang berlaku antaranya di Rumpun Makmur, Pahang; Bukit Besi, Terengganu, Batu Gajah dan Parit Buntar, Perak.

Majlis ceramah Anwar juga kurang mendapat sambutan apabila hanya beberapa penyokong pembangkang menghadirinya manakala lebih 2,000 orang memenuhi ceramah Ummi Hafilda.

Ummi Hafilda dalam ceramahnya sesekali sebak dan menangis apabila mendapat maklumat bahawa Anwar ketika berceramah di kampung bersebelahan mendakwa media cetak UMNO dibayar untuk memperalatkan ibunya, Che Tom Yahaya bagi memalukan abangnya, Azmin. 

selanjutnya klik disini: semutapi52

BERSIH 3.0 : TENGOK NI CHEGU BARD TERUS MENGAKU YANG DIA LAH SEBENARNYA HERO.!!!

Gambar yang sungguh memalukan apabila Bard minta ampun dengan polis supaya tidak dipukul atau disentuh. Penakut  rupanya Mamat ini. BERSIH 2.0 dahulu kita  dapat lihat bagaimana  Bard turun tangga belakang hotel dengan wajah yang takut.Dekat luar dialah hero.
Chegu Bard akan terus bercerita mengenai BERSIH 3.0 sampai lah pilihanraya yang akan datang kerana terlalu mengagungkan peranannya dalam BERSIH 3.0 sebagai hebat dan mahu memartabatkan diri sebagai hero. Rakyat sudah bosan dengan cerita BERSIH 3.0 dan mereka sudah menilai dan telah pun membuat berbagai bagai andaian mengenai BERSIH 3.0 dan ianya amat mengecewakan Anwar Ibrahim , Ambiga dan Nik Aziz serta pemimpin PR yang lain. BERSIH 3.0 adalah tamparan yang paling mengecewakan bagi politik Pakatan Rakyat.

BARD akan bercerita siang dan malam dengan cerita cerita yang menyedapkan hatinya. Cerita yang boleh membuat hatinya terhibur dan dalam setiap tulisannya akan melemparkan kesalahan kepada pihak Polis. Bard rentikan lah, semuanya ditangan polis , pihak polis akan menyiasat dan bukan semua 141 akan di dakwa , bukan semua dalam gambar itu bersalah dan akan terus dijatuhkan hukuman seperti yang BARD katakan 21 dari mereka adalah pihak polis. BARD meminta menteri dalam negeri memberikan penjelasan mengenai polis yang menyamar dan mengganas, Huh.... apakah buktinya bahawa polis itu ganas? Mereka menyamar dan apa juga mereka lakukan adalah dalam bidang tugasan mereka. Lu peduli apa Bard? Jangan campuri tugasan Polis. Dalam penyamaran banyak perkara yang boleh dilakukan . Lu apahal tuntut penjelasan , Lu siapa Bapak Polis ka? Lu siapa Polis dan Menteri dalam Negeri mahu bagi penjelasan. Ingat lu Presiden SAMM yang lu lantik sendiri tanpa mesyuarat sebagai Presiden besar sangat ke????

Bard kalau awak rasa awak mahu dihormati dan mahu jadi pemimpin , eloklah rasanya tukar "trend" dengan bercerita mengenai pembangunan yang boleh membantu rakyat. Apa yang awak boleh berikan untuk membantu rakyat dan bukan tabur fitnah sepanjang hari. Awak seharusnya melakarkan apakah perancangan yang awak mahu berikan agar rakyat dapat menikmati pembangunan dan juga kebajikan. setakat manifesto PR Negeri Sembilan , tak payah lah BARD , manifesto yang ditiru dan semuanya telah pun dibuat oleh kerajaan BN.

sumber: tepak bersulam

Wednesday, 16 May 2012

Manifesto yang akan dituruti 'Melayu DAP'... Klik, baca ni!


Ini adalah sebahagian kehendak DAP yang mereka mahu dimasukkan didalam manifesto PRU13.
Kehendak DAP sudah pasti akan dituruti oleh orang melayu pakatan. Anda harus patuh dan ikuti kehendak DAP, jika Manifesto ini dibangkang sudah pasti anda akan dituduh sebagai rasis dan perkauman.

Apa macam? Ada setuju?
  • Penutupan MARA – dan digantikan dengan sebuah badan yang bersifat SAMARATA. Menjanjikan undi Cina yang maksimum.
  • Semua institusi pendidikan MARA sedia ada diganti dengan konsep MERIT;
  • Keterbukaan akaun PETRONAS kepada semua bagi menjanjikan ketelusan. PETRONAS diletakkan secara langsung di bawah Parlimen dan bukan lagi Perdana Menteri/MoF;
  • Sekolah asrama penuh – penghapusan kuota. Pengwujudan Sekolah Malaysia Berasrama Penuh (SMBP) yang berasaskan MERIT.
  • Audit menyeluruh kepada semua GLCs (PNB, Bank Rakyat dll.)
  • Menjanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kepada DAP;
  • Penyelesaian jangka panjang isu tanah orang Cina dalam bandar;
  • Pilihanraya tempatan – termasuk pemillihan Datuk Bandar Kuala Lumpur akan dilakukan secara pemilihan terbuka;
Pendapat PRU13N9:
Emm... macam mana? Kalau dah memang tak nak pikirkan masa depan dan nasib hidup anak cucu sendiri... Junjung dan sokonglah DAPig tu!!!

Sumber: PISAU.NET