Labels

Friday, 25 May 2012

TIBAI ANWAR: Malapetaka jika dia jadi PM. Klik saksi video disini!

Negara akan dilanda malapetaka sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menjadi Perdana Menteri.

Ahli Majlis Syura Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Hamidzun Khairudin berkata, ini kerana pembangkang bercita-cita menjadikan negara ini sebagai sebuah republik.


Bagaimanapun, ujarnya, hasrat pembangkang itu hanya dapat dicapai dengan melakukan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan.

“Kemungkinan besar perkara-perkara yang berkaitan institusi diraja dan hak-hak istimewa Melayu serta bumiputera akan dipinda.

“Sekiranya pindaan itu diluluskan, negara ini akhirnya akan dikuasai oleh golongan cauvinis yang diketuai DAP," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan seorang penulis Barat, Jonathan Smith bahawa Anwar adalah pemimpin tanpa wajah yang boleh berubah mengikut arus, persekitaran serta rasa hati demi kepentingan peribadi.

Hamidzun menambah, masa depan negara akan menjadi kucar-kacir apabila golongan majoriti terpaksa tunduk kepada kehendak puak minoriti.

Kata beliau, senario berkenaan bukan sesuatu yang mustahil kerana Anwar dikenali sebagai seorang individu yang bersifat oportunis.

“Kita dapat melihat bagaimana Anwar mempergunakan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan UMNO untuk melonjakkan kerjaya politiknya.

“Kini, Anwar sedang melakukan perkara serupa terhadap Pas sehingga mengakibatkan kerosakan dalam parti itu," ujarnya.

Bagaimanapun, Hamidzun memberitahu, Anwar sedang berdepan kesukaran mencapai cita-citanya itu setelah rakyat dapat melihat tembelang sebenarnya semasa perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

No comments:

Post a Comment