Labels

Friday 4 May 2012

WANTED; !! 49 UNIT KHAS BERSIH 3.0












                  

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata pihak polis telah pun mengenal pasti lebih 100 individu yang boleh membantu bagi membolehkan tindakan untuk menahan mereka yang melakukan rusuhan pada perhimpunan ganas Bersih 3 pada 28 April lalu.

"Saya nyatakan bahawa pihak polis sudah pun puas hati menegnalpasti beberapa ramai mereka yang boleh bantu kita dalam siasatan dan saya percaya masanya telah pun tiba untuk kita mengambil tindakan khususnya tahanan terhadap mereka yang betul-betul perusuh, mereka yang betul-betul saja nak porak perandakan negara kita ini, mereka yang jelas 'hijack' perhimpunan Bersih 3.

"Saya tahu sebahagian besar daripada mereka yang datang ke Dataran Merdeka pada 28 April lalu bukan semuanya berniat sebegitu rupa, ada yang datang secara aman tetapi apabila di'hijack' oleh golongan ini saya percaya bahawa mereka juga mahu kita ambil tindakan yang tegas dan membawa mereka ini ke muka pengadilan", katanya secara eksklusif kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Justeru beliau memberitahu Ketua Polis Kuala Lumpur akan mengeluarkan gambar-gambar mereka yang dikehendaki untuk orang ramai tampil ke hadapan untuk membantu pihak polis melakukan tangkapan.

"Ini kerana niat kerajaaan daripada awal lagi untuk membenarkan mereka menyuarakan apa jua yang tidak kena dan melalui akta baru kalau mereka terima stadium hari tu tak jadi begini tapi apa nak buat apa yang berlaku telah pun berlaku...cuma apa yang dilakukan sekarang ini untuk pastikan rule of law keadilan terhadap polis saya, keadilan terhadap mereka yang datang ke Bersih dengan cara aman, mereka ini menuntut bahawa orang-orang yang 'hijack' Bersih 3 ini diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

"Dan dalam hal ini polis akan teruskan siasatan mereka dan pihak peguam negara akan memikirkan apa dakwaan yang boleh dibawa terhadap mereka ini", katanya.

Jelas beliau lagi lebih seratus individu sudah dikenalpasti dan Polis Kuala Lumpur hari ini akan menyiarkan lebih 40 gambar yang akan diedarkan kepada orang ramai.

"Dalam hal ini kita tak akan kompromi.... saya dah nyatakan dulu kepentingan nasional, keselamatan negara dan juga ketenteram awam bila diimbangi dengan hak dan kebebasan sentiasa ketenteraman awam dan keseleamatan negara diutamakan.

"Ini perlu disampaikan kepada semua pihak agar jangan ambil kesempatan untuk agenda-agenda sempit mereka dalam kita nak merintis transformasi ini kerana kita tahu dan kita boleh menanganinya", ujar beliau.

Beliau bagaimanapun percaya ada hikmah terhadap apa yang berlaku kerana ia membuktikan kepada orang ramai bahawa hanya segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab yang sememangnya sengaja untuk memporak perandakan dan menghuru-harakan sesuatu untuk kepentingan sempit. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment