Labels

Thursday 3 May 2012

DAP mahukan juga kerusi MB di Negeri Sembilan ?

jangan berangan lah Anthony
JIBOI: Beria ia penceramah PAS yang berserban dan berjubah menabur fitnah dipentas fitnah PAS pada malam 1 May menabur fitnah kepada pemimpin UMNO dan kemudian memuji DAP. Katanya Anthony Loke telah berjanji bahawa DAP tidak akan mahu menjadi Menteri Besar jika sekiranya Pakatan Rakyat menang di Negeri Sembilan. Jawatan ini akan diberikan kepada PAS atau PKR. Bodoh betul timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan ini.

Bila tiba  masa Anthony Loke berucap. Anthony langsung tidak bersetuju dan mengiakan apa yang Timbalan Pesuruhjaya PAS ini ucapkan tadi kerana DAP sememangnya  mahukan kerusi berkenaan, Itulah sebabnya DAP kini gebang keseluruh  pelusuk alam untuk mencari ahli Melayu dan kini  telah ada beberapa orang Melayu telah menyertai Parti itu dan kemungkinan besar Chegu Bard akan menyertai  dan bertanding bawah tiket parti itu.

Anthony jangan terlalu yakin bahawa DAP akan mendapat  kerusi yang banyak seperti mana yang mereka perolehi dalam PRU12 yang lalu. Jangan angkuh mengatakan bahawa Sikamat, Ampangan dan Paroi tidak akan dapat ditawan kembali. Anthony tengok sendiri bagaimana sambutan di Jiboi pada malam itu.

No comments:

Post a Comment