Datuk Seri Najib Tun Razak menarik perhatian banyak pihak malam ini sambil berkata, beliau seolah-olah sudah mendapat inspirasi untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong “esok” bagi mendapatkan perkenan membubarkan Parlimen – ekoran sokongan dan kehadiran luar biasa ahlinya pada majlis sambutan hari ulang tahun ke-66 Umno di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
“Rasa-rasa
esok saya hendak menghadap Yang di-Pertuan Agong (untuk mendapatkan
perkenan)… adakah kita sudah bersedia, sudah bersedia, sudah bersedia?”
kata Presiden Umno ketika spekulasi memuncak yang Parlimen akan
dibubarkan dalam waktu terdekat.
Penganalisis dan pemerhati politik meramalkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan bulan depan.
Kata-kata itu disusuli dengan Najib bertanya, “boleh (kita) menang, boleh menang, boleh menang.”
Perdana
Menteri seterusnya bertanya kepada hadirin di Stadium Nasional sama ada
bersedia untuk dipanggil PRU13 bulan depan atau pada bila-bila masa
sahaja.
“Tahun
ini, tahun depan, bulan Jun? (Atau) bila-bila boleh, tahun depan?” kata
beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) sambil memandang ke
arah ahli-ahli Majlis Tertinggi yang duduk di pentas utama.
Sebahagian pemimpin dilihat memberi isyarat tidak diadakan PRU13 tahun depan, sebaliknya mahu ia disegerakan.
Ucapan beliau disiarkan menerusi stesen-stesen televisyen.
Spekulasi
terbaru menyebut Najib sepatutnya menghadap Yang di-Pertuan Agong
Khamis lalu. Spekulasi sebelum ini meramalkan PRU13 pada November lalu
dan suku pertama tahun ini.
Ucapan
Najib malam ini dilihat petanda PRU13 sudah semakin dekat, lebih-lebih
lagi sambutan yang pertama kali diadakan dalam sebuah stadium.
Ucapan
kira-kira 10 minit pertama beliau juga dimulakan dengan kecaman ke atas
penganjur perhimpunan Bersih 3.0 yang enggan mengadakan perhimpunan di
stadium.
Dalam
ucapannya, Najib juga menyifatkan perhimpunan ulang tahun Umno ke-66
sebagai “satu perhimpunan raksasa, satu perhimpunan yang luar biasa,
yang dianggap sebagai perlambangan kekuatan Umno.”
“…
perlambangan roh dan semangat, perjuangan gigih Umno. Sebab itulah
perhimpunan menunjukkan semangat Umno, sokongan tidak menurun, hampir
100,000 yang berhimpun,” kata Najib lagi.
Lihat foto-foto dari PRU13N9 klik tajuk dibawah:
No comments:
Post a Comment