BERSIH 3.0 benar-benar membuka mata
rakyat Malaysia sehingga memaksa mereka yang sebelum ini hanya menjadi pemerhati
juga mula mengambil bahagian membincangkannya di laman-laman sosial.
Majoritinya meluahkan perasaan geram dan hairan kenapa ada manusia yang
sanggup menghuru-harakan negara yang aman makmur ini.
Jika benar niatnya adalah untuk
memperjuangkan pilihanraya bersih maka kenapa perlu menolak tempat yang
ditawarkan kerajaan? Kenapa perlu melanggar undang-undang, berarak
dan apa perlunya merempuh polis untuk masuk ke Dataran Merdeka, iaitu kawasan
yang dilarang? Kita bukan dalam keadaan berperang di mana perusuh
perlu menawan kubu penting musuh. Justeru, apa pentingnya
Dataran Merdeka untuk dijadikan tapak perjuangan? Kenapa perlu
mengambil risiko tercedera, tergadai nyawa, terjejas masa depan mengambil risiko
dibuang kerja atau dibuang universiti kerana telah melanggar undang-undang yakni
semata-mata untuk menawan Dataran Merdeka?
Jika sekadar ingin duduk bantah dan
mempamerkan sokongan yang ramai, maka duduk sajalah di dalam
stadium di mana para wartawan boleh membuat liputan dengan mudah dan aman serta
menunjukkan kepada dunia jumlah sokongan yang diperolehi oleh BERSIH.
Mungkinkah kerana ingin menutup
jumlah sokongan yang terlalu sedikit, maka BERSIH perlu membuat
huru-hara?
Apapun tujuan dan alasannya, apa yang
pasti ialah pemimpin-pemimpin BERSIH jelas menyifatkan penyokong-penyokong
mereka sebagai manusia yang tiada nilai langsung.
Pemimpin-pemimpin BERSIH telah dengan
sengajanya menyuruh atau membiarkan peserta melanggar undang-undang walaupun
tahu bahawa tindakan itu akan membawa padah. Seolah-olah nyawa
peserta BERSIH, iaitu penyokong mereka tidak ada harga langsung!
Dan
apabila mereka dikritik dan dipersoal tentang penyokong mereka yang diluar
kawalan, mereka langsung tidak ingin memikul tanggungjawab.
Malah Ambiga secara terang-terangan, meletakkan kesalahan
100% ke atas penyokong-penyokongnya dengan alasan beliau tidak pernah
mengarahkan mereka untuk bertindak ganas. Pemimpin-pemimpin
pembangkang pula hanya menafikan sambil menuduh pihak polis sebagai menyamar dan
memukul rakan sendiri.
Sedangkan bukan mereka tidak tahu
bahawa dalam mana-mana demonstrasi pasti ada kemungkinan berlaku keganasan dan
kecederaan. Jika tidak, kenapakah dalam setiap demonstrasi di
mana-mana negara di dunia, kerajaan akan menugaskan polis dan pasukan anti
rusuhan untuk bersedia.
Pasukan polis punya kuasa dan hak
untuk menggunakan kekerasan bagi mengawal perusuh yang tidak mematuhi
undang-undang. Sekiranya perusuh bertindak ganas, polis juga
bertanggungjawab mengikut undang-undang untuk ‘menundukkan’ perusuh.
Dan dalam kes BERSIH 3.0 ini, peserta demo telah dengan nyata merusuh,
melanggar undang-undang dan mengganas seperti yang dijangka.
Ini
bukan mengejutkan dan bukan juga perkara baru, maka tindakan Ambiga enggan
bertanggungjawab atas keganasan yang sememangnya telah dijangka mengesahkan yang
beliau tidak pernah mempunyai sedikit pun rasa prihatin terhadap
penyokong-penyokongnya.
Beliau melihat penyokong-penyokongnya
bagaikan lembu yang boleh dicucuk hidung dan dikorbankan bila-bila perlu.
Nyawa lembu-lembu ini tiada harga dan tiada kaitan
dengannya.
Ambiga juga langsung tidak bertanya
siapa dan berapa ramai mereka yang terdera dan bagaimanakah nasib mereka selepas
perhimpunan itu.
Selesai BERSIH 3.0, Ambiga, Anwar,
Kit Siang, Hadi semuanya pulang berlenggang sambil mengibas-ngibas tangan
melepaskan segala tanggungjawab terhadap kekotoran, kemusnahan, kecederaan dan
kesan perbuatan mereka kepada ekonomi dan imej negara.
Fikirlah, jika penyokong sendiri yang
sanggup mati kerana mereka juga mereka sanggup ‘lembukan’, maka sekiranya mereka
memerintah negara ini, pastinya rakyat juga akan mereka anjingkan.
bp k dpt tulis mcm ni???
ReplyDelete