Labels

Wednesday 23 May 2012

LIWAT SAIFUL: Kejutan kes Anwar


Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden (kiri) dan Datuk Ibrahim Ali
Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden (kiri) dan Datuk Ibrahim Ali

Pendakwa kes liwat Saiful jadi peguambela Ketua Umum PKR

Tindakan bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden menjadi peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbulkan kesangsian banyak pihak yang mempersoalkan pendirian sebenar beliau terhadap Ketua Pembangkang itu.
Malah, ada yang menganggap beliau ‘mangsa’ politik terbaru Anwar untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13, akan datang.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali percaya Anwar menggunakan khidmat Mohamed Yusof untuk menunjukkan seolah-olah beliau semakin mendapat sokongan khususnya daripada bekas pegawai kanan kerajaan.

“Anwar jenis yang buat apa pun bermatlamatkan politik. Hanya sebab kepentingan politik peribadi. Kita tahu dia sudah terkenal dengan matlamat menghalalkan cara.

“Dia tengok kawan (Mohamed Yusof) sudah bersara dan membuka firma undang-undang, dia upah dan beritahu orang ramai dulu peguam ini dakwa dia dan sekarang bela dia pula,” katanya.

Bekas peguam Anwar, Datuk Zulkifli Noordin pula mendakwa Mohamed Yusof sebelum ini secara konsisten mempersoalkan kredibiliti dan moral Penasihat PKR itu. “Sepanjang mengenalinya selama 20 tahun, beliau konsisten berpendirian Anwar mempunyai masalah akhlak. Justeru, saya ingin tahu apakah kini Mohamed Yusof masih berpegang kepada pendiriannya atau sebaliknya.

“Saya tidak mempersoalkan tindakan beliau menjadi peguam Anwar atau sesiapa saja kerana ia soal profesion, tetapi yang penting pendirian ditegaskan oleh Mohamed Yusof sebelum ini,” katanya.

Bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim pula keliru dengan tindakan Mohamed Yusof yang sebelum ini mengetuai pasukan pendakwa bagi kes liwat Anwar.

“Tindakan ini akan menimbulkan persepsi negatif rakyat kerana Mohamed Yusof amat lantang dalam kes liwat Anwar sebelum ini,” katanya.

Bekas penyokong kuat Anwar, N Gobalakrishnan pula mendesak Mohamed Yusof mendedahkan jumlah yuran guaman yang diterima daripada Anwar sehingga sanggup beralih arah membelanya.

“Saya terkejut tapi selepas melihat situasi ini, saya perasan sudah lama wujud persefahaman antara Mohamed Yusof dan Anwar. Jadi dia mesti beri penjelasan,” katanya.

Sumber: BHOnline

No comments:

Post a Comment