Artis pun tak suka Bersih3.0,satu video telah dibuat untuk perli bersih
kerana menyusahkan rakyat.Sekumpulan artis pelawak, antaranya Afdlin
Shauki, cuba membuktikan bahawa ketawa masih ubat terbaik.
Untuk itu, kumpulan yang menamakan diri mereka "Bangkang dari Longkang" mengingatkan:
"Komedi gelap ini dicipta oleh sekumpulan rakyat Malaysia untuk mengetawakan sekumpulan rakyat Malaysia.
"Ia menyentuh banyak perkara daripada situasi sehari-hari sehinggakan politik. Jika anda rasa video ini ditujukan kepada anda, jangan terasa beb!"
Menyiarkan di YouTube semalam, video pertama mengkritik sekumpulan gerakan NGO dan demonstrasi secara umum.
Ia melibatkan pelakon Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Johan (Raja Lawak) melakonkan situasi sekumpulan aktivis cuba menganjurkan demonstrasi tetapi gagal mencari tujuannya.
Ketika berbual tentang pemansuhan pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diperjuangkan, seorang daripada mereka mencadangkan tuntutan pinjaman untuk motosikal dan kereta kawannya ditambah.
No comments:
Post a Comment