Labels

Saturday, 26 May 2012

Gagal guna demokrasi, demonstrasi ganas taktik pembangkang miliki Putrajaya. Baca sini!



Berdemo dijalanan dengan bertindak ganas ( rusuhan ) di lihat akan menjadi pilihan utama parti pembangkang untuk berkuasa dan menyampaikan hajatnya memiliki Putrajaya. 

Kalau diikutkan sejarah serta keputusan pilihan raya terdahulu, terbukti dengan mengamalkan sistem demokrasi tidak pernah sekali kemenangan di pilihanraya berpihak kepada kumpulan pakatan mereka.

Semua rakyat Malaysia serta  pemerhati asing sehingga kini mengakui... Dengan proses pilihan raya yang ada, pembangkang tidak akan dapat menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Majoriti rakyat tetap memberi kemenangan kepada BN. Kenapa tidak, semua terpaksa terima hakikat bahawa kerajaan BN membawa banyak kemajuan dan nikmat lain kepada rakyat.

“BN berjaya membawa keamanan dan kesejahteraan. Setiap rakyat Malaysia dapat mengecapi kehidupan lebih mewah dan bahagia di bawah pemerintahan BN.

“Segala percubaan mereka untuk mengurangkan sokongan dan persepsi baik terhadap BN dan pemerintah yang didirikan olehnya tidak berjaya,” kata Tun M dalam entri terbaru di blog peribadi, chedet.

Cara demokrasi terbukti tidak boleh menjayakan mereka. Sudahnya, dengan melihat penggulingan kerajaan di negara Arab, terlintas di hati pemimpin mereka bahawa cara demonstrasi ganas dan berpanjangan mungkin memberi kejayaan kepada cita-cita mereka. 

“Maka BERSIH dicipta dan tunjuk perasaan yang besar serta ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan pilihan raya jika parti mereka gagal memenanginya.


MP juga percaya, kegagalan mereka selepas PRU13 itu nanti akan dituruti dengan demonstrasi ganas tidak henti-henti, negara akan terus mereka huru-harakan supaya keputusan pilihan raya ditolak hingga ketahap satu kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh mereka.

Setelah itu mereka akan berusaha untuk mengadakan pilihan raya sekali lagi yang boleh dimanipulasi oleh mereka...

No comments:

Post a Comment