Labels

Sunday 27 May 2012

Menteri Besar Negeri Sembilan berjaya mengembalikan sokongan kaum asing

Sokongan bangsa asing  kepada  Barisan Nasional di Negeri Sembikan bertambah baik khususnya kaum India yang kini mula menyedari bahawa mereka hanya termakan janji janji manis  pemimpin pembangkang yang hanya pandai menabur janji janji manis sahaja.lihat ini

Dato' Seri utama Haji Mohamad Haji Hasan, menteri besar Negeri Sembilan telah turun padang dan telah banyak menyelasaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat yang bukan hanya dari orang orang Melayu tetapi berjaya  menyelesaikan banyak masalah kaum lain juga. lihat ini

Bantuan telah disampaikan tanpa mengira sokongan yang telah mereka  berikan  pada Pilhanraya Umum yang lalu.Usaha gigih Menteri Besar mendekati mereka telah banyak menyedarkan mereka bahawa hanya Barisan Nasional sahaja yang boleh membantu mereka.

Tidak dinafikan bahawa sokongan kaum Cina masih sukar diperolihi walaupun  ianya bertambah baik, namun ianya tidak membimbangkan kerana sokongan kaum Cina inji pasti akan pulih setelah BN kembali menguasai 2/3 kerajaan kelak.

Menurut Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan bahawa BN tiada pilihan lain dan formula untuk memenangi pilihanraya  adalah perpaduan dan  bersatu  untuk melawan pembangkang dalam pilihanraya umum yang ke 13 di dalam ucapan penutup beliau di hadapan lebih dari 4500 ahli dan pemimpin Barisan Nasional dalam konvensyen UMNO baru baru ini.

Katanya lagi , pembangkang sebenarnya tidak kuat tetapi mereka hanya mahu mencari kelemahan kita dan mereka menghina dan memfitnah dan membuat kita kelihatan jahat dan menjadi lemah.
Insyaalah Barisan Nasional akan menwan kembali kerusi kerusi yang telah mereka hilang pada PRU12 yang lalu.

 PRU13n9.blogspot.com



No comments:

Post a Comment