Labels

Sunday 6 May 2012

Al fatihah ADUN Ampangan ??

Tak faham apabila kami bertanyakan kepada seseorang di  Ampangan tentang ADUN mereka dari PKR Che Gu Rashid kerana kami tidak nampak beliau di mana mana program lagi. Program besar mereka yang dianjurkan di Jiboi baru baru ini, kalibat Chegu Rashid pun tidak ada. Jawab si Polan : Al fatihah dah meninggal dunia dan dimakan oleh cacing kot . Jawab Pak Cik yang  hanya mahu dikenali sebagai Pak Leman ketika kami temui di program PR di Kg Jiboi. 

Rasanya  Pak Cik ini hanya mahu meluahkan  perasaan kekecewaan kepada ADUN Ampangan chegu  Rashid . Khabarnya Chegu Rashid sememengnya tidak berlaga angiun dengan ramai pemimpin PR di Negeri Sembilan khususnya Chegu Bard. Katanya Chegu Rashid pun dah kurang berminat untuk jadi ADUN lagi pada penggal  yang akan datang.

ADUN PAS SELEWENG DUIT UMRAH RAKYAT ???

Bukan hanya penduduk sekitar Paroi yang  bercakap mengenai  apa yang kini menjadi bualan rakyat bahawa pemimpin PAS yang  juga merupakan pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan saudara Taufek Ghani merangkap ADUN  Paroi yang dikatakan tidak amanah apabila melesapkan wang SEKUMPULAN RAKYAT YANG MAHU MENUNAIKAN UMRAH.
Berita ini juga telah mula merebak di Rembau, Kuala Pilah, Jelebu , Port Dikson dan daerah daerah lain dan beberapa blog telah mendedahkan isu ini tetapi tidak mendapat respons  dari ADUN Paroi ini kerana mungkin mahu menutup cerita ini dan tidak mahu cerita ini menjadi bualan hangat rakyat Negeri Sembilan.

SILA BACA DISINI

No comments:

Post a Comment