Labels

Monday 14 May 2012

Rupa Rupanya PAS jaki dengan perhimpunan Ulangtahun UMNO 66 yang aman baru baru ini

PAS rupa rupanya cemburu dengan perhimpunan   aman UMNO pada hari ulangtahun UMNO yang ke 66 baru baru ini. Jaki betul Haji Hadi sehingga terpaksa membatalkan muktamar nya Jun ini.

Nampak sangat parti ini terdesak dan tidak ada arah haluan lagi dan kini baru bangun dari tidur dan mendapati orang Melayu ramai yang sokong UMNO dan ramai juga iorang PAS yang sudah meninggalkan PAS.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ia akan digantikan dengan perhimpunan raksasa pada 1 Jun di Alor Setar, Kedah yang akan memberi fokus sepenuhnya kepada pilihan raya umum ke-13.

 "PAS lebih menumpukan kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum yang masih menjadi teka-teki, itulah demokrasi di negara itu.

"Jadi PAS tangguh muktamar ke satu tarikh lain dan akan adakan ijtima' dan munajat perdana untuk perkasakan jentera dan ahli di seluruh negara bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di ibu pejabat parti, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

 Beliau berkata, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar akan menjadi pengarah bagi ijtima' yang dijangka dihadiri lebih 100,000 ahli parti itu. Kita tunggu dan lihat. PRU13N9.

No comments:

Post a Comment