Labels

Friday, 18 May 2012

Aspan tidak dapat berikan jawapan spesifik mengenai pengunduran Tunku Aziz

Aspan Alias hanya boleh memberikan jawapan biasa saja apabila menyentuh mengenai Tunku  Aziz yang lebih hebat  dari Aspan yang lebih relevan pemikiran nya dan masih boleh melihat dan berfikir serta membezakan yang mana yang baik dan yang mana yang  buruk. Aspan tidak boleh memberikan jawapan yang spesifik tentang  isu  Tunku Aziz.

Tunku Aziz bukan berpaksi atau berkiblatkan wang yang diberikan oleh Anthony Loke untuk menyara hidup. Tunku Aziz ada duit , dia orang bijak dan dia tidak menjual maruah diri dengan wang yang diberikan oleh pemimpin DAP. 

Kalau Aspan dibayar  RM50 ribu sebulan seperti DAP bayar Tunku Aziz rasanya tiap saat dia akan menulis menjilat hingga ke lubang jubo Anthony Loke. 

Aspan kata kalau ayam tidak berkokok , hari akan siang juga. Betullah mana ada ayam lagi sekarang, susah nak cari ayam lagi. Malahan orang dah lama tak pakai ayat ini yang sudah tidak lagi relevan. Sekarang orang pakai  kalau H Phone tak berbunyi hari tetap siang juga.

Sebenarnya , tak kesah lah hari siang atau tidak yang penting bila hari siang , apakah kita ini melaksanakan  tanggungjawab yang di amanah oleh Allah SWT dengan betul atau tidak. 

Kata kawan saya , Aspan masuk DAP mungkin mengharapkan imbuhan yang lebih besar agar dia dipujuk dan dibawa keluar . Tapi masa tidak begitu. Sebab jika kita lihat tulisan Aspan sekarang tidak menyengat dan siapa Aspan ini VVIP, Cendiakawan atau Politikus hebat ????. Aspan hanyalah macai UMNO sahaja sebelum ini.

 Apakah dengan adanya Aspan dalam DAP maka kekuatan DAP 10 kali ganda lagi kuat. Aspan tidak lebih dari melukut di tepi gantang saja.Ada tidak menguntungkan dan tidak ada tidak merugikan.



No comments:

Post a Comment