Labels

Showing posts with label mahasiswa. Show all posts
Showing posts with label mahasiswa. Show all posts

Friday, 27 April 2012

50,000 Mahasiswa Akan Menyertai Demonstrasi BERSIH 3.0 Atau... Hanya 500 Sahaja?

 
Hebat bunyinya apabila mahasiswa pro pembangkang mengwar-warkan keyakinan mereka untuk membawa turun seramai 50,000 mahasiswa untuk bersama-sama menjayakan demonstrasi BERSIH 3.0. Bab propaganda dan memperbesarkan angka dan nombor sukar untuk kita tandingi 'kehebatannya' kerana itu yang dipelajari dari pemimpin pembangkang yang mereka puja. 

Walau sekalipun propaganda tersebut nampak sangat mengarutnya, tapi kita perlu menerima hakikat tetap ada yang mempercayainya. Demikian halnya bila pembangkang menghebahkan khabar kononnya 500,000 orang akan membanjiri Dataran Merdeka bagi meraikan perhimpunan BERSIH 3.0 pun, tetap ada yang teruja.

Walhal dari aspek keluasan persegi Dataran Merdeka hanya mengizinkan maksima sekitar 25,000 sahaja boleh berhimpit-himpit pada satu-satu masa, tapi tetap jua angka 500 ribu juga yang di propagandakan, logik atau mengarut suku kira. Masih ingat demonstrasi anti PTPTN dua minggu sudah?

 Seluruh jagat alam digegarkan dengan berita 5,000 mahasiswa akan membanjiri Dataran Merdeka sebagai bantahan terhadap jasa khidmat PTPTN. Realitinya apa yang berlaku? Hanya sekitar 200 hingga 300 orang mahasiswa saja yang turun berdemo itupun termasuklah 'pelajar-pelajar' tua yang datang entah dari mana tapi turut menempel dalam demonstrasi tersebut. 

 Mahasiswa yang terlibat dalam demo tersebut pula hanyalah segelintir yakni 0.0001% daripada jumlah ratusan ribu pelajar IPTA & IPTS. Dengan kata lain segelintir itu sebetulnya tidak layak dipanggil mahasiswa sebaliknya lebih tepat digelar sebagai mahasewel.

 Apapun, melihat pada trend dan mood masyarakat umum tika ini, rata-ratanya sudah letih dengan pelbagai rantaian propaganda tak berkesudahan yang di hebohkan pembangkang sejak pasca PRU 12 lepas hingga kini. 

 Baik mahasewel pembangkang mahupun pemimpin politiknya, masing-masing sedang hanyut dalam imaginasi dan persepsi ciptaan mereka sendiri. Dek kerana itu, tidaklah menghairankan bilamana mereka hanya pandai memperbesarkan angka dan nombor hingga lupa hakikat sebenar yang mereka hanyalah vocal minoriti sahaja.

Monday, 23 April 2012

MAHASISWA MACAM GAMPANG.!!

                                 
MAAFLAH kalau pendekatan bahasa penulis hari ini nampak agak kasar.  Ini tidak sama sekali bermaksud penulis mahu merendahkan martabat blog ini sehingga setaraf blog-blog pro UMNO yang gemar menggunakan kaedah sedemikian, tapi ianya semata-mata untuk menyatakan kekesalan penulis dalam soal penganjuran demonstrasi pemansuhan PTPTN yang masih berlangsung sekarang


                                        
Jika ada yang terlupa, penulis ingin menyebutkan disini bahawa ketua Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil risiko yang sangat besar dalam mengenengahkan isu pemansuhan pinjaman PTPTN ini.
Selain menghadapi perbalahan dalaman dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat, Anwar juga perlu mengadakan jelajah seluruh negara bagi menjelaskan kepada rakyat Malaysia mengenai soal pemansuhan ini, kerana sebagai pembayar cukai, rakyat adalah ‘ahli lembaga Pengarah’ negara yang perlu ‘endorse’ janji ini sebelum ia boleh di laksanakan Pakatan Rakyat jika berjaya menawan Putrajaya kelak.
Ini bukan kerja yang kecil anak, ini adalah satu usaha besar-besaran dengan risiko tersendiri.  Risiko yang besar ini perlulah diterjermahkan dalam bentuk sokongan yang lebih besar juga.  Hakikat ini yang sepatutnya difahami oleh semua yang terlibat.
Ini tidak, penulis lihat tiada usaha bersungguh-sungguh oleh para mahasiswa untuk menjayakan visi mulia ini.
Sudahlah perhimpunan yang dirancang pada Sabtu lepas gagal mencapai matlamat seramai 5,000 orang demonstrant, usaha lanjutan dengan berkhemah di Dataran Merdeka sejak seminggu lepas juga tidak mendapat sambutan yang diharap-harapkan.
Contohnya semasa Anwar meluangkan masa melawat pelajar di Dataran Merdeka pada Khamis, jumlah keseluruhan pelajar yang hadir mendengar amanat beliau hanyalah sekitar 500 orang!!  Jumlah ini bukan setakat jauh dari menyakinkan, malah hanya memalukan Anwar sebagai pemimpin ulung Pakatan Rakyat.
Mahasiswa Macam Gampang!!
Di mana silapnya?  Dengan 1.9 juta orang yang bakal mendapat kelebihan dari pemansuhan PTPTN ini, kenapa sukar sangat untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 5,000 orang atau paling tidak memenuhkan Dataran Merdeka itu dengan khemah-khemah pelajar seperti yang pernah disebut Safwan Anang di hadapan Anwar.
Ini tidak, sudahlah penganjur gagal mengumpulkan mahasiswa dan peminjam PTPTN untuk turut serta, penganjur mengambil orang luar pula untuk menyertai demonstrasi yang sepatutnya dihadiri mahasiswa dan peminjam PTPTN!!
Budaya buruk yang dibawa orang luar ini telah sedikit sebanyak merosakkan perjuangan suci membantu rakyat dengan memansuhkan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma.  Itu belum lagi disebut tindakan bercampur lelaki dengan perempuan yang berleluasa di khemah para peserta tanpa memikirkan batasan agama.
Mahasiswa Macam Gampang!!
Mahasiswa Macam Gampang!!
Penulis menerima banyak rungutan dari pemimpin dan aktivis PAS yang jelas tidak senang dengan perkembangan seumpama ini.  Walaupun disebut-sebut bahawa perhimpunan ini dianjurkan oleh mahasiswa, tapi Pakatan Rakyat tetap terkait dengannya, dan itulah yang membuatkan PAS sangat tidak senang.
Sesuatu perlu dibuat untuk membetulkan semua permasalahan ini.  Jangan tunggu sehingga isu ini menjadi masalah yang akhirnya nanti akan memalukan Datuk Seri Anwar dan menjatuhkan imej Pakatan Rakyat.