MAAFLAH
kalau pendekatan bahasa penulis hari ini nampak agak kasar. Ini tidak
sama sekali bermaksud penulis mahu merendahkan martabat blog ini
sehingga setaraf blog-blog pro UMNO yang gemar menggunakan kaedah
sedemikian, tapi ianya semata-mata untuk menyatakan kekesalan penulis
dalam soal penganjuran demonstrasi pemansuhan PTPTN yang masih
berlangsung sekarang
Jika ada yang terlupa, penulis ingin
menyebutkan disini bahawa ketua Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim
telah mengambil risiko yang sangat besar dalam mengenengahkan
isu pemansuhan pinjaman PTPTN ini.
Selain menghadapi perbalahan dalaman
dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat, Anwar juga perlu mengadakan
jelajah seluruh negara bagi menjelaskan kepada rakyat Malaysia mengenai
soal pemansuhan ini, kerana sebagai pembayar cukai, rakyat adalah ‘ahli
lembaga Pengarah’ negara yang perlu ‘endorse’ janji ini sebelum ia boleh
di laksanakan Pakatan Rakyat jika berjaya menawan Putrajaya kelak.
Ini bukan kerja yang kecil anak, ini
adalah satu usaha besar-besaran dengan risiko tersendiri. Risiko yang
besar ini perlulah diterjermahkan dalam bentuk sokongan yang lebih besar
juga. Hakikat ini yang sepatutnya difahami oleh semua yang terlibat.
Ini tidak, penulis lihat tiada usaha bersungguh-sungguh oleh para mahasiswa untuk menjayakan visi mulia ini.
Sudahlah perhimpunan yang dirancang pada
Sabtu lepas gagal mencapai matlamat seramai 5,000 orang demonstrant,
usaha lanjutan dengan berkhemah di Dataran Merdeka sejak seminggu lepas
juga tidak mendapat sambutan yang diharap-harapkan.
Contohnya semasa Anwar meluangkan masa
melawat pelajar di Dataran Merdeka pada Khamis, jumlah keseluruhan
pelajar yang hadir mendengar amanat beliau hanyalah sekitar 500 orang!!
Jumlah ini bukan setakat jauh dari menyakinkan, malah hanya
memalukan Anwar sebagai pemimpin ulung Pakatan Rakyat.
Di mana silapnya? Dengan 1.9 juta orang
yang bakal mendapat kelebihan dari pemansuhan PTPTN ini, kenapa sukar
sangat untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 5,000 orang atau paling
tidak memenuhkan Dataran Merdeka itu dengan khemah-khemah pelajar
seperti yang pernah disebut Safwan Anang di hadapan Anwar.
Ini tidak, sudahlah penganjur gagal
mengumpulkan mahasiswa dan peminjam PTPTN untuk turut serta, penganjur
mengambil orang luar pula untuk menyertai demonstrasi yang sepatutnya
dihadiri mahasiswa dan peminjam PTPTN!!
Budaya buruk yang dibawa orang luar ini
telah sedikit sebanyak merosakkan perjuangan suci membantu rakyat dengan
memansuhkan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma. Itu belum lagi
disebut tindakan bercampur lelaki dengan perempuan yang berleluasa di
khemah para peserta tanpa memikirkan batasan agama.
Penulis menerima banyak rungutan dari
pemimpin dan aktivis PAS yang jelas tidak senang dengan perkembangan
seumpama ini. Walaupun disebut-sebut bahawa perhimpunan ini dianjurkan
oleh mahasiswa, tapi Pakatan Rakyat tetap terkait dengannya, dan itulah
yang membuatkan PAS sangat tidak senang.
Sesuatu perlu dibuat untuk membetulkan
semua permasalahan ini. Jangan tunggu sehingga isu ini menjadi masalah
yang akhirnya nanti akan memalukan Datuk Seri Anwar dan menjatuhkan imej
Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment