Seminggu dua ini pandangan umum berlegar pada isu PTPTN yang sebenarnya pada perkiraan penulis hanyalah salah satu diversion oleh Anwar Ibrahim yang memang dah diketahui ramai amat gemar mengalih perhatian daripada isu pokok.
Antara isu pokok yang masih menghantui Anwar misalnya keselamatan
Israel yang mahu dipertahankan oleh Anwar, isu video chinadoll,
campurtangan Anwar dalam pengurusan parti Pas, cabaran saman terhadap
Datuk Eskay, skandal KKB gate, isu murtad dan prioriti hudud dalam
agenda PR, sampah sarap dan masalah rumah urut di Selangor termasuklah
paling penting saman Anwar terhadap Nallakaruppan.
Itu belum masuk lagi isu perebutan kerusi antara PKR dengan Pas dan
antara PKR dengan DAP, campurtangan Anwar dalam menentukan arah tuju
pemerintahan pas di Kedah serta sambutan rakyat yang semakin sejuk
terhadap program yang dihadiri Anwar dan pemimpin pakatan pembangkang.
Pun demikian, isu PTPTN yang dikecohkan oleh geng PR itu tetap ada
keperluannya untuk kita ulas apatah lagi ianya umpama boomerang yang
tertunjal atas dahi Anwar sendiri. Gebang merata-rata alih-alih dia
sendiri waktu berada dalam kerajaan terlibat sama di awal penubuhan
PTPTN. Haru sungguh.
Balik kepada persoalan tajuk, masuk hari ini dah hampir sebulan Anwar
memfailkan samannya terhadap Datuk Nallakaruppan berhubung isu
biseksual tapi hingga kini belum lagi penulis baca berita yang
mengatakan writ saman telahpun dihantar kepada Nalla atau peguamnya.
Kot kalau masih ada yang belum tahu apa itu biseksual, ianya
bermaksud seseorang itu
kegemarannya melampau tabie sebab ‘pedang’ sama
‘pedang’ boleh berlaga ke tung ke tang juga di masa yang sama
atau berlainan ‘pedang’ juga boleh masuk ‘sarung’. Itu ringkasan
berbunga, kan kalau cerita lebih nanti jadi kaunseling jam tiga pagi
pulak, payah nanti.
Biasanya dalam perkara yang gempar dan besar, Anwar cukup gemar bikin
sidang media untuk mengwar-warkan kepada umum tanpa mengira dirinya
berada di pihak yang betul atau salah, yang penting persepsi tetap
nombor wahid bagi membina gambaran awal yang dirinya sentiasa di pihak
yang benar.
Sehingga
28 Mac lepas, berita terakhir dari pihak Nallakaruppan mengesahkan
pihaknya belum menerima writ saman dari peguam Anwar. Tanpa writ saman,
perbicaraan tidak akan berjalan seumpama isteri yang digantung tak
bertali, tiada kata putus dan tiada kepastian ke mana arah nak di tuju.
Sementara itu, peguam utama Nalla, Datuk Seri Shafie Abdullah, sehingga kini Datuk Nalla belum menerima writ saman tersebut.
“Sebaik dilantik sebagai peguam kepada Datuk Nalla, saya akan menulis surat kepada firma guaman yang mewakili Anwar, tidak payah susah-susah, mereka boleh terus menyerahkan writ saman tersebut kepada firma saya,”katanya. - Datuk Seri Shafie Abdullah, 28 Mac 2012
Manakala berita terakhir dari pihak Anwar ialah pada 26 Mac ketika
saman difailkan terhadap Nallakaruppan berhubung isu
biseksual. Sepatutnya selepas saman difailkan, writ saman disegerakan
hantar kepada penama supaya pengurusan kes dan tarikh perbicaraan dapat
disegerakan, tapi dalam kes sekarang ini lain pula yang berlaku.
Selepas 26 Mac Anwar terus langsung senyap seolah-olah mengharapkan tiada lagi persoalan dari khalayak “kenapa Anwar tidak menyaman Nalla?”.
Dah hantar ke belum writ saman kepada Nalla? Kalau dah, bila dan di
mana? Teringin benor penulis nak tahu berita selanjutnya. Bukan saja
penulis, malah ramai yang nak tahu status terkini dari pihak Anwar
berhubung isu tersebut.
Kita bukan apa, alang-alang dah failkan saman eloklah pihak yang nak
menyaman segerakan prosesnya supaya tidaklah nanti orang kata semuanya
gempa untuk mengabui mata khalayak semata-mata.
Dahlah sampai sekarang Anwar malu-malu kucing untuk bersumpah
mubahalah meletakkan keyakinan dan kepercayaan kepada kekuasaan dan
keadilan penghakiman Allah s.w.t dengan menyebut “Wallahi, Wabillahi, Watallahi”
bagi menafikan segala dakwaan isu moral yang membelenggu dirinya,
takkan dalam bab menyerahkan writ saman pun malu-malu biawak pula?
Apapun, penulis harap sangat, mana tahu kot ada balaci atau juak
Anwar yang tahu berita terkini yang Anwar dah hantar writ saman kepada
Nalla, tolonglah tampalkan linknya dalam ruangan komen. Maklumlah,
penulis pun manusia biasa ada kalanya tak terkecuali dari tertinggal bas
lagipun ambo bukannya ‘anugerah tuhan’ macam sorang malaun tu.
No comments:
Post a Comment