
PENULIS menerima maklumat dari sumber dalam pasukan pembelaan Datuk Seri
Anwar Ibrahim bahawa saman sebanyak RM 100 juta yang difailkan ke atas
Datuk S. Nallakarupan atas tindakan defendan mengeluar kenyataan fitnah
menuduh Anwar sebagai seorang biseksual (disiarkan dalam Utusan
Malaysia), akan dibatalkan.
Bagaimanapun, saman ke atas Utusan Malaysia kerana menyiarkan artikel fitnah tersebut akan diteruskan.
Alasan kepada pembatalan tersebut, menurut sumber, ialah kerana Anwar
mahu fokus kepada kempen pilihanraya umum yang akan datang, disamping
majoriti daripada pasukan pembelaannya sekarang, yang akan turut
bertanding dalam pilihanraya umum tersebut.
Lagipun, dengan mengenepikan saman ke atas Nalla, harapan Anwar untuk
memenangi saman tersebut dalam masa yang singkat dikatakan cerah,
kerana bukti ke atasnya begitu kukuh sekali melalui penyiaran artikel
tersebut.pada 20 Mac 2012, dibandingkan dengan masa panjang yang bakal
diambil jika saman ke atas Nalla diteruskan.
Menurut sumber yang sama lagi, writ saman yang sudah difailkan di
Mahkamah Tinggi pada 25 April 2012 itu akan diserahkan kepada Utusan
sahaja dalam jangka masa terdekat.
Sekarang, terjawablah teka teki besar yang bermain diminda ramai
orang, kenapa writ saman ke atas kedua defendan tersebut masih tidak
diserahkan sehingga sekarang, walaupun telah lama difailkan.
Tidak pastilah sama ada keputusan untuk tidak meneruskan tindakan
saman ke atas Nalla ini dibuat oleh Anwar sendiri atau atas nasihat oleh
pasukan guamannya. Yang nyata, penulis secara peribadi tidak bersetuju
dengan tindakan ini.
Terang-terang fokus utama dalam kes ini ialah Nallakarupan sebagai
orang yang mengucapkan fitnah tersebut, bukan Utusan yang hanya
menyiarkannya. Jika niat ini diteruskan, penulis bimbang UMNO akan
sekali lagi menjadikan isu ini sebagai senjata untuk menyerang Anwar.
“Nah, lihatlah Anwar hanya main sandiwara konon nak saman Nalla”,
itulah ayatnya yang penulis jangka bakal dimainkan oleh Utusan dan
blogger belaan UMNO.
Bagaimana kami nak mempertahankan Anwar kalau di pihak peguam bela
Anwar sendiri tiada kesungguhan untuk menghentikan fitnah jahat ini dari
terus berlarutan tanpa ada titik penamat?
Penulis rasa, para blogger pro Pakatan Rakyat sendiri sudah kehabisan
alasan untuk menjawab persoalan kepada Anwar ‘tidak berani’ menyaman
beberapa individu tertentu, termasuklah Datuk Nalla ini.
Rakyat sebenarnya sudah bosan melihat pelbagai saman dikemukakan
kepada Utusan sahaja, tidak kepada pihak yang mengeluarkan kenyataan.
Tidak kurang yang melihat saman ke atas Utusan ini hanya bermotifkan
politik kerana akhbar tersebut dimiliki oleh UMNO.
Sedangkan kalau dikira dari logik akal, pihak yang mengeluarkan
kenyataanlah yang sepatutnya di saman dahulu. Walaupun sebagai penyiar
Utusan turut sama bertanggungjawab, tapi rakyat mahu lihat orang yang
mengucapkan perkataan fitnah itu sendiri di saman.
Yang sebetulnya masih belum terlambat untuk pasukan pembelaan Anwar
mengkaji semula keputusan yang sudah diambil ini. Sila beri perhatian
bahawa, pertimbangan dalam soal ini bukan pertimbangan perundangan
semata-mata, malah pertimbangan politik juga.
Penulis bimbang jika keputusan ini diteruskan, ia akan memberi kesan
yang buruk kepada masa depan politik Anwar sendiri khasnya dan Pakatan
Rakyat serta PKR amnya.
Dalam masa yang sama Nallakarupan dan kumpulan anti Anwarnya, akan
terus bermaharajalela mengeluarkan pelbagai kenyataan berbaur fitnah
terhadap Anwar, tapi menggunakan medium atau suratkhabar yang lain pula
No comments:
Post a Comment