Sumber
berita daripada MyNewsHub. Agaknya keluarga kembar bintang bola sepak
ini fobia dengan apa yang berlaku kepada Kak Wan Jijah. Sebab itu,
awal-awal lagi mereka sudah men"culik" kembali Aidil sebelum terlambat.
Untuk
rekod, Anwar dan Aidil mempunyai persamaan iaitu bernikah di Thailand.
Cumanya, apa yang berlaku kepada Aidil ini lebih serupa dengan nasib Kak
Wan Jijah. Keluarga tidak merestui perhubungan mereka.
Cuma
bezanya, Anwar berjaya "membeli" mertuanya sebaik selepas berjaya
menakluk Kak Wan Jijah. Sementara Rita pula tidak berapa bernasib baik
dan bertambah buruk setelah politik artis pula ditambah ke dalam masalah
yang sedia ada.
Inilah
jadinya apabila rumahtangga dikocak oleh pihak ketiga. Walau tidak
menafikan peranan ibu bapa selepas perkahwinan, namun, hala
tuju sesebuah rumahtangga seharusnya ditentukan oleh si suami.
Walau
apa sekalipun, kami amat bersimpati dengan apa yang berlaku kepada
Rita dan anak-anaknya. Kami mendoakan agar dipermudahkan segala urusan
dan tabah menghadapi dugaan ini. Kami juga berharap agar tiada pihak
yang teraniaya dalam isu ini.
No comments:
Post a Comment