Labels

Saturday, 21 April 2012

Mansuhkan PTPTN? Apa solusi penggantinya?

– Hou Yah Lun
Pakatan Rakyat mahu mansuhkan PTPTN, supaya rakyat dapat secara percuma menerima pendidikan pengajian tinggi?

Pemimpin pembangkang di parlimen Anwar Ibrahim timbulkan isu ini, dan berjanji jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan pusat akan mansuhkan skim PTPTN, dan kos pendidikan pengajian tinggi itu dicadang akan ditanggung oleh Petronas, supaya golongan muda mudi semua kaum dapat pendidikan dari sekolah rendah sehingga ke peringkat universiti secara percuma.

Pengajian tiinggi adalah pendidikan yang menelan kos yang tinggi, siapa yang tidak mahu jika ia dapat secara percuma? Cadangan seperti ini memang baik tetapi bagaimana ia boleh direalisasikan?
Sejak PTPTN ditubuhkan dan dilaksanakan, ramai pelajar kerana dapat bantuan dari PTPTN dapat tamatkan pendidikan tinggi mereka, mungkin ada sesetengah orang tidak setuju dengan dua perkataan “mendapat manfaat” ini diterjemah kepada biasiswa pelajar, tetapi kita tidak boleh menafikan, ramai muda mudi golongan miskin, kerana dalam keadaan tidak mampu masuk IPTA, kerana mereka melalui skim ini dapat tamatkan pengajian tinggi mereka.

Kekosongan tempat duduk di IPTA memang terhad, menyebabkan ramai pelajar tidak dapat masuk ke IPTA. Walaupun keadaan sekarang agak berbeza dengan keadaan yang lampau, ramai pelajar yang cemerlang lepaskan peluang mereka masuk ke IPTA dan mereka ambil keputusan belajar di IPTS.
Mereka memilih IPTS yang bayaran yuran yang agak tinggi, pada khidmat mereka yang penting mereka dapat memilih bidang apa yang mereka minati, dan kos yang ditawarkan di IPTS lebih dinamik dan sesuai dengan keperluan di pasaran pekerjaan, dan biasanya IPTS ada gabungan twin program dengan universiti luar negara, pelajar-pelajar ini boleh belajar di dalam negeri dan menduduki kertas peperiksaan universiti luar negara untuk mendapatkan ijazah mereka.

Tidak dinafikan yuran di IPTS memang lebih tinggi dari yuran di IPTA, pada mulanya skim PTPTN ini ditawarkan kepada pelajar di IPTA, kini diperluaskan ke peringkat pelajar di IPTS, ia memang banyak mengurangkan beban ekonomi pelajar-pelajar di IPTS, ia juga telah memberi peluang kepada mereka untuk tamatkan pengajian di IPT.

Ada sesetengah orang tidak setuju selepas mereka tamat pengajian, dan selepas mereka bekerja mereka dipaksa bayar balik pinjaman PTPTN, mereka anggap, pihak kerajaan sepatutnya beri pendidikan secara percuma kepada rakyat, dan bukan selepas pelajar-pelajar itu tamat belajar terus bayar balik “hutang pinjaman”.

Mansuhkan PTPTN dan beri secara percuma belajar di IPT, bukan semudah apa yang diperkatakan. Yang pertama, ini melibatkan kos yang amat tinggi, walaupun pihak kerajaan mampu 
menanggungnya, yang dapat menikmati kebajikan seperti ini bukan untuk semua golongan muda mudi, sedangkan pendidikan pengajian tinggi itu bukan satu pendidikan wajib ataupun pendidikan paksaan, dan bukan semua orang memilih ke jalan itu dan mereka bukan semua benar-benar sanggup untuk belajar di universiti.

Selain dari itu, calon tempat di IPTA terhad, jika PTPTN dimansuhkan, adakah bermakna pihak kerajaan akan serap kos dan yuran di IPTS juga? Jika Pakatan Rakyat memerintah, benarkan mereka dapat lakukan semua itu? Jika pihak kerajaan tidak dapat menanggung kos dan yuran di IPTS sebaliknya mansuhkan PTPTN, bagaimana pula dengan pelajar-pelajar miskin melanjutkan pelajaran mereka?

Buat masa ini faedah yang dikenakan oleh PTPTN hanya 1 peratus, bayaran balik dilonggarkan selama 15 tahun, selepas mahasiswa tamat belajar dan mencari pekerjaan, setiap bulan bayar balik pinjaman PTPTN sebanyak 100 higgga 200 ringgit sahaja, sebenarnya ia bukan satu masalah yang rumit. Bukankah ini sebagai satu tanggungjawab mereka kepada masyarakat itu sendiri?

Anwar Ibrahim pernah menjadi menteri pelajaran Malaysia dan pernah menjadi timbalan perdana menteri Malaysia, jika sejak zaman beliau memegang jawatan dulu beliau telah tukar sistem seperti ini untuk memberi pulangan kepada rakyat, bukankah itu satu perkara yagn baik. 

 Berkaitan isu mansuhkan skim PTPTN mencadangkan mahu memberi pendidikan di IPT secara percuma, diharap beliau dapat beri penjelasan langkah-langkah selanjutnya dengan butir-butir yang terperinci, dengan tidak menaikkan cukai tetapi boleh laksanakannya, ataupun naikkan harga cukai di sektor-sektor lain, untuk pembiayaan pendidikan secara percuma di IPT.

No comments:

Post a Comment