Sempoi aja bunyinya, tang makan aiskrim tu yang tak tahan nak gelak sakan rasanya. Ha..ha..
Ini sebenarnya satu dakwaan yang agak serius, mencabar dan bukan lagi sekadar mencuit. Pendedahan terbaru Datuk Nallakaruppan ini menandakan betapa seriusnya dia untuk menghadapi Anwar, tiada dolak dalik, semuanya straight to the point.
“Ini (pita rakaman) saya serahkan kepada peguam, Shafee akan bawa ke mahkamah. Semua bukti ada dalam pita ini. Saya berikan tanggungjawab ini kepada Shafee untuk menjaga dan menyimpan bukti ini dengan baik,” kata Nallakaruppan di sini hari ini.Sekalipun saman Anwar terhadap Nalla telahpun difailkan, selagi writ saman belum diserahkan, bermakna tiada kemajuan proses yang dapat dicapai. Semuanya akan tergantung malah mungkin akan hilang dari ingatan umum sekiranya ia berterusan demikian.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan bahan-bahan yang terkandung dalam pita video rakaman tersebut dan segalanya akan terungkai dalam perbicaraan nanti. (23 April 2012, MyNewsHub)
Entah sampai bila Anwar Ibrahim akan terus melengah-lengahkan tindakan saman ke atas Nalla tambahan pula dengan dakwaan terbaru itu sukar dipastikan.
Anwar sebenarnya terperosok jauh di satu penjuru yang sukar untuk bergerak, toleh ke kiri bahana menanti, jengah ke kanan musibat menunggu, kot kalau ke depan salah langkah masuk gaung, nak ke belakang barang tentu mustahil dilakukan.
Pendek kata serba salah semacam banduan terlepas yang berada dalam dunia halusinasi dan ketakutan dikejar bayang-bayang sendiri.
Cuba mengelak kot manapun satu hari nanti perlu hadapi juga, setiap detik yang berlalu bukannya memberi kelegaan untuk Anwar sebaliknya lebih banyak tekanan yang datang.
Setakat memfailkan saman kemudian senyap seribu bahasa tanpa usaha selanjutnya tidak memberi apa-apa kelebihan kepada Anwar mahupun pembangkang.
Lama kelamaan makin ramai khalayak yang akan mempertikaikannya dan tak mustahil impaknya kelak akan lebih memudaratkan pakatan pembangkang yang dirintis oleh Anwar.
Sampai bila Anwar mahu bermain dengan masa sedangkan isu kredibiliti dan moralitinya menimbulkan seribu satu persoalan berat yang menuntut kesegeraan bertindak masih juga gagal ditangani.
Rakyat menuntut bukan saja penjelasan yang ampuh dari Anwar berhubung segala dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan oleh rakan tenisnya, malah lebih dari itu mahukan langkah yang tegas dan lebih meyakinkan.
Dahlah kira-kira dua minggu lepas sidang akhbar antara Wan Azizah dengan Shamsidar untuk memperjelaskan isu hubungan renggang antara mereka telah dibatalkan tiba-tiba hingga meninggalkan banyak persoalan baru di minda khalayak.
Tambah lagi dengan bala baru yang terjelepuk kena atas dahi Anwar petang semalam, tentu saja lagi berkerut seribu wajah Anwar pening memikirkannya. Yang dah sedia keruh makin keruh dan berkerutlah jawabnya.
No comments:
Post a Comment