Labels

Saturday, 21 April 2012

REBUT PELUANG UNTUK LAKUKAN PERKARA YANG BERFAEDAH


“Rebut peluang yang ada untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah demi mencapai kejayaan, jangan sesekali mudah terpengaruh dengan kawan-kawan ataupun sesetengah pihak yang boleh menghancurkan masa depan kita,” tegas YAB. Dato' Seri Hj.Mohamad Hj.Hasan ketika berucap di Majlis Makan Malam Bersama Mahasiswa Anak-Anak N.Sembilan di Convention Centre, Shah Alam, malam tadi."



Seramai 72 orang mahasiswa dan mahasiswi yang berjaya mendapatkan Ijazah Kelas Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama dari seluruh IPTA menerima anugerah siswazah cemerlang yang telah disampaikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan di Shah Alam Convention Center (SACC), malam tadi.

Majlis makan malam Menteri Besar Negeri Sembilan bersama mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini dianjurkan oleh Persatuan Waris Adat Perpatih Uitm dan Yayasan Negeri Sembilan.

Menteri Besar turut melancarkan simbolik penubuhan Persatuan  Waris Adat Perpatih Negeri Sembilan di mana objektif penubuhan WARIS ini adalah untuk memperluaskan ilmu pengamalan dan penjagaan adat perpatih dan adat istiadat melayu dan menjadi tradisi masyarakat melayu yang kininya semakin terhakis dek arus pemodenan.

Dalam ucapan Menteri Besar, beliau berkata, sebagai seorang pelajar Universiti seharusnya jangan sesekali menghancurkan harapan dan impian ibubapa dan keluarga yang mahu melihat anak-anak cemerlang.

“Rebut peluang yang ada untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah demi mencapai kejayaan, jangan sesekali mudah terpengaruh dengan kawan-kawan ataupun sesetengah pihak yang boleh menghancurkan masa depan kita,” tegas beliau.

Kata beliau lagi, para mahasiswa harus disisipkan semangat belajar dalam diri untuk mencapai kejayaan dan sekaligus dapat meningkatkan imej seseorang pelajar tersebut.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof. Dr. AbdullahMohamad Said; Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Haji Mat Ali Bin Hassan; dan Penasihat Kehormat Persatuan Waris Adat Perpatih, Prof. Datuk Abd. Halim Sidek.
SUMBER : http://www.n9kini.com

No comments:

Post a Comment