Labels

Thursday, 26 April 2012

Ampun tuanku , harap jangan cemarkan nama baik keluarga di raja N Sembilan


Dalam siri jelajah Negeri Sembilan jom ubah , PR  berjaya mengheret
seorang anak raja, sepupu kepada Almarhum Tuanku Jaafar dan juga
sepupu kepada Tuanku Muhriz , DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri
Sembilan . Ampun Tuanku sembah patik harap di ampun.

YAM Tengku Harmy yang telah naik ke pentas semalam sememangnya menarik
minat penulis  untuk mengetahui apakah gaya persembahan  dan juga
apakah gaya seorang kerabat raja berpolitik dan mengutuk kerajaan.
Sebenarnya ianya menampakkan dirinya tidak bijak dan kelakar di atas
pentas. YAM meminta  rakyat menukar kerajaan BN dan tukar kerajaan
baru.
                   
Mengulangi ulang pasal rasuah dan berjanji wakil rakyat  PR tidak akan
berperangai macam itu dan beliau akan memantau wakil rakyat ini dan
seolah olah beliau yakin bahawa beliau akan di calonkan dan
bertanding.  Beliau juga menceriakan kesah ladang babi yang kononnya
UMNO  memfitnah  Almarhum YAM Tuanku Jaafar dahulu ada ladang Babi dan
juga kononnya  UMNO mengugut Almarhum dan YAM Tengku Harmy tidak pula
menyentuh pasal YAM Tuanku Muhriz.
                      

Katanya lagi, Tengku Harmy mahu melihat  50 ribu rakyat berkumpul di
Jiboi pada 1 hb Mei ini.Tak nampak apa yang mahu di sampaikan oleh
Tengku Harmy sebenarnya. Apa yang penulis nampak adalah kekecewaan
kerana tidak terpilih untuk menjadi Yang Dipertuan Besar negeri
Sembilan walaupun telah tercalon. Jangan  lah malukan nama baik
kerabat di raja, Raja adil raja di sembah raja zalim raja di sanggah.

No comments:

Post a Comment