Nah!!!
Kali ini, cerita real punya. Kalau pagi tadi tu setakat 'warm-up' je
dulu. Belum yang betul - betul lagi. Yang ni, cerita betul punya.
Tengok
macam mana terdesaknya Si Nurul izzah tu nak menipu rakyat dan mendesak
supaya mereka turun berhimpun pada hujung minggu ni.
Dia
sampai sanggup menghantar surat layang dengan fakta yang tidak tepat
untuk mengelirukan rakyat dan membangkitkan kemarahan mereka.
Soalnya,
adakah itu tindakan seorang wakil rakyat yang bertanggunjawab? Adakah
itu tugas seorang wakil rakyat dalam membela nasib rakyat seperti yang
dilaungkan sebelum ini? Korang fikir la sendiri!!!
HANGAT MENYENGAT!! NURUL IZZAH KANTOI MENIPU!!
Malam
semalam lebih kurang jam 11 malam, wartawan BLP menerima panggilan
daripada beberapa rakan dari Flat Sri Pahang. Mereka dalam perjalanan ke
Balai Polis Travers untuk membuat laporan polis. Apa yang memeranjatkan
ialah mereka membuat laporan polis menuduh Ahli Parlimen Lembah Pantai
cuba untuk MENIPU pengundi di Lembah Pantai!.
Wartawan
kami pergi untuk mendapatkan berita yang lebih terperinci namun, mereka
meminta agar kami bersabar dan hadir sekali untuk sidang akhbar yang
dijadualkan pada pukul 11.30 pagi tadi.
Semua
persoalan terjawab apabila Setiausaha BN Lembah Pantai, Y Bhg Dato’
Sazali Kamilan menerangkan bahawa pada hari Isnin 23hb April 2012 pihak
beliau telah menerima puluhan panggilan dan ada juga yang datang ke
pejabat dengan membawa surat dengan letterhead dan ditandatangani oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai atau diberi nama MP Zombie oleh Penduduk Flat Sri Pahang di sini
Antara lain, kandungan surat ini:
Memulakan
dengan menyatakan KERAGUAN terhadap Daftar Pemilih SPR dan
mempromosikan Perhimpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan pada 28 April
2012
Memaklumkan
penerima surat samaada mereka a) dibuang dari daftar pemilih, b)
dipindahkan ke kawasan Parlimen lain c) disenaraikan sbg pengundi di
laman web SPR tetapi tiada dalam daftar pemilih SPR
Justeru – penerima tidak lagi LAYAK mengundi di Lembah Pantai
Namun
yang demikian, penerima surat pertama yang disemak oleh Persatuan
Penduduk iaitu Encik Kamarudin Bin Dali melalui laman web SPR DAN
melalui daftar pemilih SPR menunjukkan beliau masih mengundi di Lembah
Pantai, di kawasan yang SAMA seperti sebelum ini.
Lihat
gambar dibawah ini menunjukkan nama Kamarudin Bin Dali masih tersenarai
sebagai pengundi Lembah Pantai. Mungkin beratus atau mungkin beribu
surat yang telah diedarkan oleh Nurul Izzah.
Surat yang dikeluarkan oleh Nurul Izzah Anwar kepada En Kamarudin
Semakan daftar SPR bertarikh 23 April menunjukkan Kamarudin masih pengundi di Lembah Pantai
No comments:
Post a Comment