Penulis harus tabik kepada Laman Suara PR kerana berani menegur
Pakatan Rakyat. Selama ini, kita lihat laman-laman web dan blog-blog
pro-PR lain tidak pernah menegur jauh sekali membongkar kesilapan
pemimpin-pemimpinnya. Semuanya mengambil sikap kipas dan ampu dan
membela apa saja yang dibuat oleh pemimpin PR tidak kira sama ada salah
dari segi moral, undang-undang, mahupun agama.
Realitinya, di dalam PR
itu, sesiapa sahaja yang menegur akan dipecat. Mungkin kerana itu,
tiada siapa yang berani mengambil sikap telus dan kritis sepertimana
yang dilakukan oleh laman tersebut.
Antara artikel terbaru laman Suara PR yang wajar diberi perhatian
serius ialah mengenai rancangan menumbangkan kerajaan melalui kekerasan
yang diminitkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat.
Sebenarnya, apa yang didedahkan ini bukanlah mengejutkan kerana dari
perbuatan dan percakapan harian para pemimpin PR kita sudah boleh
membaca tujuan sebenar mereka. Para pemimpin PR cukup maklum bahawa
mereka sukar untuk memenangi pilihanraya kerana tidak mendapat sepenuh
sokongan dan kepercayaan rakyat.
Kerana itu, mereka perlu memburuk-burukkan sistem pilihanraya,
membangkitkan kebencian terhadap pihak berkuasa dan menimbulkan
ketidakpercayaan terhadap mahkamah supaya apabila kalah nanti, bolehlah
mereka menyalahkan SPR, kerajaan dan mahkamah. Ia kemudiannya akan
dijadikan alasan kukuh untuk memberontak dan merusuh sekali gus
menumbangkan kerajaan melalui kekerasan.
Menurut laman tersebut lagi, “Sebab itu kalau kita lihat mutakhir
ini, pemimpin Pakatan Rakyat memberi jaminan bahawa peralihan kerajaan
akan berlaku secara aman, tapi tidak menjamin apa-apa jika keputusan
sebaliknya berlaku. Yang dijamin ialah keamanan kalau berlaku
peralihan, itu pasti.” Malah disebutkan juga dalam mesyuarat yang sama
mengenai kebarangkalian pertumpahan darah – jika keadaan benar-benar
mendesak.
Nampaknya, pemimpin-pemimpin PR sedang mengugut kita semua iaitu jika
kita tidak memenangkan mereka melalui peti undi dalam pilihanraya nanti
maka bersedialah untuk menghadapi huru-hara dan pertumpahan darah.
Sekali lagi, kita tidak terkejut jika Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang
dan Hadi Awang sanggup menggadai nyawa penyokong-penyokong mereka untuk
mencetus keganasan dan memulakan pemberontakan berdarah di negara ini.
Anwar adalah manusia yang sanggup melakukan apa saja dan tiada apa
lagi yang dilakukannya yang mampu mengejutkan kita. Bayangkan, jika
dalam keadaan biasa juga Anwar sanggup melakukan apa saja, maka apatah
lagi jika beliau berada dalam keadaan yang amat terdesak untuk berkuasa?
Kita juga tidak pernah lupa bagaimana Lim Kit Siang menjadi pencetus
tragedi 13 Mei, berbekalkan kebencian mendalam terhadap kaum Melayu dan
keangkuhan yang menebal, dengan sifat kejam semulajadi yang mengalir
dalam darah komunisnya.
Begitu juga Hadi Awang yang membara di dalam dirinya sifat fanatik
atau ekstrem. Sifat inilah yang diterapkannya ke dalam diri
penyokong-penyokongnya yang membawa kepada tragedi Memali dan
kemudiannya, Sauk.
Jelas, keganasan dan pertumpahan darah bukan sesuatu yang asing bagi
pemimpin Pakatan Rakyat dan kita pasti, mereka tidak punya masalah untuk
mengulangi semua keganasan ini untuk kesekian kalinya bagi mencapai
matlamat mereka. Keinginan mereka untuk merampas Putrajaya sudah
terlalu meluap-luap dan tidak dapat dibendung lagi.
Untuk itu, pemimpin PR melihat keganasan dan pemberontakan sebagai
‘trend’. Dan ‘trend’ inilah yang akan membantu membawa mereka ke puncak
kuasa. Sebagai persediaan ke arah ini, mereka kerap memberi isyarat
kepada media-media asing bahawa Malaysia juga berada dalam proses ke
arah mengikut ‘trend’ tersebut.
Apa yang penulis dapat katakan di sini ialah adalah sesuatu yang amat
bodoh jika rakyat sanggup memusnahkan segala nikmat dan menggadai nyawa
mengikut telunjuk pemimpin PR semata-mata kerana ingin mengikut
‘trend’.
Benar, mengikut kata pemimpin PR bahawa rakyat mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan negara.
Justeru, ingatlah kita punya kuasa untuk menolak pemimpin yang
sanggup menggadaikan nyawa kita semata-mata kerana mereka tidak tahan
lagi untuk berkuasa. Kita punya kuasa untuk menolak mereka melalui peti
undi dan kita juga punya kuasa untuk menolak dari bersama-sama mereka
menjahanamkan negara dan menggadaikan nyawa melalui jalanraya.
Tanpa
kita memberi sokongan kepada mereka, pemimpin-pemimpin yang tidak
bertanggungjawab ini tidak akan ke mana…
Sobab tu BN kono monang bosa, baghu puak tu tak ado alasan nak bodemo.. kok monang tipih sok, mmg dio berdemo..
ReplyDelete