Thursday, 21 June 2012

NGO's DESAK 5 PERKARA DARI PIHAK BERKUASA MENYIASAT ISU 3 BILLION ANWAR IBRAHIM



Kemarahan rakyat dan  ketidakpuasan hati mereka tidak dapat dibendung lagi dan pada  jam 5 petang tadi 21 Jun satu perhimpunan telah diadakan bagi mendesak agar tindakan undang undang diambil terhadap Anwar Ibrahim ekoran daripada dakwaan oleh Dato' Murad Khalid (Bekas Penolong Gabenor Bank Negara) mengenai  20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih 3 billion.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Al-Ehsan Negeri Sembilan, Mohd Rasul bin Haji Badar dan beberapa NGO's  lain yang telah berkumpul di hadapan pasar Ampangan mendesak agar satu siasatan dilakukan dan tindakan bersepadu diambil terhadap Anwar Ibrahim bersandarkan kepada dakwaan Dato' Abdul Murad.

Justeru mereka mendesak 5 perkara perlu di laksanakan oleh pihak yang berkenaan :

1. Mendesak satu suruhanjaya siasatan ditubuh bagi menyiasat dakwaan  oleh Dato' Murad Khalid.


2. Mendesak Peguam Negara supaya membuka semula kertas siasatan akaun berkanun tersebut,

3.Mendesak lembaga hasil dalam negeri tampil membuat kenyataan  mengenai keupayaan memperolehi sumber aset, saham  dan wang yang bernilai lebih dari 3 Billion tersebut.


4.Mendesak suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat penyelewengan dan apa-apa jua yang mempunyai kaitan dengan berkanun oleh Dato' Murad Khalid.


5. Mendesak Bank Negara Malaysia  menyiasat akaun berkanun Dato’ Murad Khalid yang telah diperalat kan oleh Anwar Ibrahim.

Mereka berharap badan badan kerajaan agar bertindak segera dan mendakwa Anwar Ibrahim yang jelas semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri  dan Menteri Kewangan jelas menyalah guna kuasa dan melakukan penyelewengan , mengelapkan wang kerajaan, rasuah dan mempunyai tujuan menggunakan wang tersebut demi untuk kepentingan diri dan politik.

Kesemua NGO yang mengambil bahagian dalam perhimpunan aman itu meminta agar mengheret mereka yang terlibat ke muka keadilan. - laporan wartawan PRU13n9.blogspot.com

















No comments:

Post a Comment