Labels

Wednesday, 6 June 2012

MIC SUDAH BERSEDIA UNTUK MENAWAN KEMBALI KERUSI YANG TEWAS PADA PRU12 YANG LALU

MIC juga sudah bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum yang ke  13 dan mereka kini berada di tahap yang bersedia untuk menempuh apa juga halangan dan rintangan dalam menghadapi PRU13 ini. MIC telah mengumpul kembali kekuatan mereka dan mereka kini turun padang untuk bertemu dengan pengundi. 

Jangan pandang mereka hanya dengan  sebelah mata, kerana  MIC adalah parti India yang telah banyak berjasa . MIC juga adalah parti yang paling lama dan terlalu banyak jasa parti ini terhadap kaum India. Kini MIC bangkit kembali untuk meneruskan warisan kepimpinan terdahulu membela nasib kaum India.

Menurut pemimpin mereka Menteri Besar Negeri Sembilan telah banyak membantu dan menyelesaikan masalah mereka. Menteri besar sering turun padang menemui  kaum kaum mereka dan usaha kerajaan negeri memberi bantuan dan membina sekolah sekolah tamil amat mereka hargai. Menteri Besar juga banyak membantu kebajikan kaum India.

Mereka kini telah bersedia untuk merampas kembali kerusi yang tewas pada PRU12 yang lalu.


No comments:

Post a Comment