PRU13 kian melamar , pengundi DUN Paroi kian resah menunggu ketibaan PRU13 kerana mahu melepaskan perasaan marah dendam yang terbuku di dalam hati mereka kerana tersilap pilih dan termakan dengan janji janji dan hasutan dari pihak pembangkang.
Nyata hari ini DUN Paroi hanya memiliki seorang Wakil Rakyat yang sibuk berceramah menabur fitnah setiap malam untuk menutup kelemahan kerana gagal berkhidmat untuk rakyat di DUN Paroi. Ada juga yang merasa malu kerana mengetahui isu penipuan yang berlaku yang melibatkan sdr Taufek dengan rakyat yang mahu menunaikan umrah : lihat ini.
Pembangunan yang berlaku di Paroi adalah usaha dan ikhsan dari kerajaan BN Negeri yang tidak mahu menanak tirikan pengundi DUN Paroi, Kerajaan Negeri tidak memilih bulu dan tetap meneruskan pembangunan yang pernah dirancang sebelum ini dan terus memberikan pembangunan di kawasan DUN Paroi.
Sewaktu program program penyerahan bantuan rakyat 1 Malaysia (BRIM) baru baru ini , ramai yang telah menyatakan hasrat kecewa mereka terhadap Taufek dan ramai yang tidak sabar untuk memastikan BN akan kembali menguasai DUN Paroi. "Kami tersilap memilih pada PRU12 yang lalu kata mereka", Kini kempen Tak Nak Taufek sedang giat dijalankan dari mulut ke mulut.
No comments:
Post a Comment