Labels

Friday, 8 June 2012

TPM kata tak payah bagi lah sebab MB kata tak payah bagi PTPTN (Unisel)


"Dia tangguh, bukan batal, nak periksa dulu. Fair lah. Kalau MB kata tak payah ambik, tak payah bagi lah," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditanya berhubung tindakan PTPTN secara 'senyap-senyap' itu.


Beliau bagaimanapun menyifatkan soalan pemberita itu sebagai "very malicious" (sangat berniat jahat).Maksudnya Wartawan Malaysiakini lah siapa lagi.

"Your question is very malicious (Soalan kamu sangat berniat jahat). Jangan hala ke situ, saya fikir semua media sini tahu," katanya lagi.

Diasak lagi kenapa universiti milik kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu tidak dimaklumkan, Muhyiddin hanya menjawab:

"Tak apalah. Dia kaji dulu."

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan PTPTN membekukan pinjaman kepada mahasiswa Unisel milik kerajaan Selangor.

Pembekuan itu bertujuan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu.


Timbalan perdana menteri menyifatkan tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) sebagai "adil" kerana ia hanya reaksi kepada dasar PKR.

Nota PRU12N9 :

Ini hanya kajian sahaja belum ditarik balik dan hanya di tangguh sahaja.Anwar dan Khalid gagap yang  rasa mampu untuk memansuhkan hutang PTPTN dan boleh memberikan secara percuma eloklah mulakan dengan anak anak ini. Mulakan di Universiti milik kerajaan pembangkang. Kenapa pula menjadikan perkara ini sebagai isu besar kerana kerajaan PKR seharusnya jangan hanya bijak bercakap . Bersedialah untuk melaksanakan apa yang telah dikatakan. Jangan hanya  bijak berkata tanpa mengotakan kata kata.

Anwar hanya mahu menganggu sistem kerajaan yang telah lama berjalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment