Sunday, 10 June 2012

Aku gi tenguk budak sekolah Pompuan main Bola Jaring MSSM 2012 - Mereka tak panjat kereta Polis !!

Tak kesah , Bola Jaring pun bola jaring lah janji ada aktiviti yang  tidak merugikan aku. Aku pergi tenguk kejohanan Bola Jaring MSSM yang merebut Piala YM Datin Sri Tengku Salbiah Binti Tengku Najmuddin. Beliau juga turut hadir menyaksikan kejohanan yang dia adakan di stadium centre court , komplek sukan Paroi. Beliau sempat menyaksikakhir  perlawanan akhir bawah 18 antara pasukan Johor dan Wilayah Persekutuan.Perlawanan ini  di menangi oleh pasukan Johor. Namun bagi juara keseluruhan untuk membawa piala pusingan adala Wilayah Persekutuan.
Aku sokong pasukan Wilayah dan kawan aku Ainaa sokong Johor. Memang seronok tenguk anak anak ini bermain semalam dan semangat mereka amat kental. Inilah belia belia harapan bangsa yang berdaya saing dan bukan duduk tepi tepi jalan bermain politik songsang yang merugikan kerana belia adalah aset negara. Majunya sesebuah negara terletak atas atitude belia sesebuah negara.SYABAS .


                Pertandingan akhir bawah 18 tahun antara pasukan Johor dan Wilayah Persekutuan.
                                           Pasukan bawah 18 tahun Wilayah Persekutuan
                                                    Pasukan bawah 18 tahun Negeri Johor
                                     Pasukan Tuan Rumah , Pasukan Negeri Sembilan
YM Datin Sri Tengku Salbiah Binti Tengku Najmuddin, isteri kepada Menteri Besar Negeri Sembilan  menyampaikan hadiah
                                            Jurulatih pasukan  Wilayah Persekutuan
                                                Pasukan Johor juara  bawah 18 tahun
                                                 Jurulatih pasukan Wilayah Persekutuan 
sumber: Tepakbersulam2.blogspot.com

No comments:

Post a Comment