Labels

Tuesday 29 January 2013

Jangan pandai pandai kapir kan kami wahai Ostaz PAS!!!!!!!


Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan memenuhi undangan Dato’ Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin, Penaung Yayasan As-Sofa di Majlis Ilmu dan Sambutan Maulidurasul 1434H serta Majlis Pengkhataman Kitab Al- Muwatta di Masjid Negeri Seremban, malam tadi.

Di majlis ilmu yang penuh barakah itu, menghimpunkan seramai tujuh ribu orang pelajar, ilmuan, agensi kerajaan dan swasta bermula dengan solat maghrib berjemaah, disusuli dengan usrah yang disampaikan sendiri oleh Dato’ Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin sementara menanti waktu Isya’.
Sejurus selesai solat Isya’ berjemaah, bacaan Asamaul Husna, Qasidah disusuli zikir munajat ke hadrat Allah Taala diselang-seli membawa seribu kerahmatan dan keberkatan Allah Taala.

Di dalam ucapan ringkas Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, beliau mengucapkan tahniah di atas penganjuran majlis yang amat berjaya ini.

Ujar beliau, “sesungguhnya usaha mengimarahkan agama Islam yang merupakan tiang agama ini tidak pernah berhenti di hujung waktu, walaupun  setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW, penghulu nabi Allah.”

  “Hakikatnya, tidak cukup sekadar pujian, usaha yang dilakukan oleh Yayasan As-Sofa melalui penaung, Dato’ Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin, amat di sanjung tinggi. Hasil usaha ini telah memberikan ilmu pengetahuan yang amat baik buat generasi muda agar mendalami ilmu agama dengan sebaik mungkin.” katanya.

“Di dalam cadangan mewujudkan Universiti As-Sofa di bawah kurniaan tanah D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan mewujudkan Fakulti Kuliyyah Al-Azhar, di mana tenaga pengajarnya dari Universiti Al-Azhar, merupakan satu-satunya dakwah yang akan memberi faedah kepada umat Islam di negara ini.” tambah beliau.

Selain itu, kewujudan Yayasan As-Sofa memang tepat pada waktunya, kerana Kerajaan Negeri  melalui Dasar Pelajaran Negeri serius dan fokus menginstitusikan pendidikan agama di negeri ini.
Menteri Besar turut menyeru agar ilmu agama yang dipelajari ini dapat dimanfaatkan di dalam kehidupan kerana cabaran dan dugaan dunia adakala melalaikan.

“Setidak-tidaknya, apabila ilmu agama sudah tertanam di dada, akan memberikan kesedaran buat kita. Malah, ilmu agama yang dipelajari ini merupakan dakwah sepanjang zaman.” tambah beliau.

berita penuh klik sini

No comments:

Post a Comment