Labels

Wednesday 9 January 2013

Pujian antarabangsa hasil kajian mereka sendiri


Paroi, 08 Jan – Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan bersama JKKK/JKKK Kampung Baru, KRT, Ahli Majlis PBT di Allson Klana, Seremban, pagi tadi.

Beliau diiringi Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan.
Pertemuan itu merupakan program pertama sempena lawatan kerja beliau di Negeri Sembilan pada tahun ini.

Di dalam ucapan Menteri Besar, “kehadiran Timbalan Perdana Menteri sememangnya dinanti-nanti oleh jawatankuasa akar umbi… kerana pertemuan ini penting.. selain mendengar amanat dan ucapan daripada TPM, ia juga boleh memberikan gambaran jelas bahawa apa yang berlaku di  dalam negara hari ini perlu diperbetulkan.”

“Kita tidak boleh menjadi orang yang mengiyakan apa yang dibuat oleh pihak sebelah sana kerana itulah tujuan mereka untuk sentiasa mengelirukan rakyat.

“Di peringkat Kerajaan Negeri, kita memang sentiasa berkerja kuat untuk memastikan rakyat terjamin. Namun untuk memastikan kekuatan tersebut, kuat pokok bukan kerana dahan, daun dan rantingnya.. kuat pokok terletak kepada akar pokok.. itu perumpamaan jawatankuasa yang hadir hali ini. Kita perlu memberi jawapan yang baik.” tambah beliau.

Beliau turut mengingatkan kepada yang hadir, agar memilih kerajaan yang baik dan telah membuktikan peranannya kepada  masyarakat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau menjelaskan bahawa pertemuan ini amat penting dalam usaha meningkatkan semangat untuk bekerja dengan lebih kuat dan bersungguh-sungguh serta menjadikan negara Malaysia maju menjelang 2020.

“Ketika itu seperti yang diletakkan matlamat oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, mahu menjadikan negara ini duduk sama rendah, berdiri sama tinggi, tidak mustahil untuk dicapai.” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa negara juga telah diiktiraf sebagai negara yang cemerlang dalam pelbagai bidang kerana usaha ini tidak dilakukan sekarang, ianya telah dibuat terdahulu yang melibatkan pelbagai peringkat dan pelbagai bidang.

Malah jelasnya, “kita merupakan negara termaju di antara negara yang membangun.”

Pelabur yang masuk ke negara ini, mereka terlebih dahulu membuat kajian sebelum datang melabur dan mendapati, negara ini merupakan sebuah negara yang berpotensi besar di dalam pelaburan. Mereka turut menyumbangkan peningkatan pendapatan sebanyak 5%.

Bukan itu sahaja, pelaburan di dalam negara turut menjadi penyumbang utama pelaburan terbesar di dalam negara sehingga boleh pula membantu rakyat di negara ini.

“Begitu juga kita mendapat maklum balas dari orang pencen luar negara bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang baik untuk beristirehat. Ini bukan dari kita, tetapi hasil kajian antarabangsa yang menjelaskan.”

Selain itu jelas beliau lagi, “apa yang perlu diketahui di peringkat kepimpinan kampung ini, pada tahun lalu, pendapatan negara melalui cukai pendapatan adalah sebanyak RM125 billion, menjadikan sektor awam mempunyai dana yang amat besar dan kompetetif malah membuktikan ekonomi kita kukuh.”

“Adalah tidak benar apa yang didakwa oleh pembangkang menyatakan negara ini bankrup.. tuduhan melalui youtube tersebut adalah tidak betul.. dan peranan inilah yang perlu dimainkan oleh kepimpinan akar umbi seperti saudara saudari.” tambah beliau.

Sumber : n9kini.com












































No comments:

Post a Comment