Labels

Friday 11 January 2013

Gelombang yang gegar semangat pembangkang...

seremban513 

Siapa saja yang berada di Kompleks Belia dan Sukan Paroi,Seremban Selasa malam tentu dapat merasai gemanya.

Ketika bos-bos pakatan pembangkang dok tengah kalut nak mengatur himpunan di Kuala Lumpur Sabtu ini,suasana di situ boleh dikira satu mesej awal mereka tidak boleh terus menerus main gempak dengan taktik lapuk itu.


Lebih menarik Negeri Sembilan diketahui umum adalah salah satu negeri sasaran pakatan pembangkang pada pilihanraya umum ke 13.
Macam guruh mereka dok tabur cerita sana sini BN kini goyang di negeri itu.

Tanpa kecoh-kecoh dan riuh tak tentu pasal macam perang saraf pembangkang.... lebih 20 ribu anak muda memenuhi komplek berkenaan bagi menyertai program pelancaran 'Gelombang Biru Negeri Sembilan' yang dihadiri oleh Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Suasananya penuh semangat seolah memberi petanda jelas awan mendung "tsunami politik" pada pilihan raya umum 2008 makin pudar.

BN Negeri Sembilan kini bangkit semula sebagai sebuah parti yang kuat dan paling kukuh untuk membawa pembaharuan dan perubahan besar dalam hidup rakyat.

Muhyiddin dalam pidatonya berkata dengan kekuatan baru ini, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum akan terus menyokong dan mendukung kerajaan BN.

"Kita tahu semenjak kerajaan BN mentadbir negara, kita memikul amanah ini, kita tidak pernah lupa tanggungjawab kita, kita melakukan usaha-usaha pembangunan.

"Pembangunan ekonomi kita laksanakan di mana daripada sebuah negara yang miskin, hari ini Malaysia telah bangkit menjadi satu kuasa besar dalam ekonomi di rantau ini dan menjadi antara negara termaju di kalangan negara-negara membangun," katanya.

Katanya, jika dulu Malaysia menghadapi masalah ketiadaan pelabur, namun hasil usaha dilaksanakan kerajaan BN hari ini menyaksikan kedatangan pelabur ke Malaysia semakin meningkat.

"Malaysia sudah menjadi negara tumpuan pelabur kerana Malaysia menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka dan sehingga hari ini peluang pekerjaan banyak, industri bercambah bagai cendawan selepas hujan dengan nilai berbilion ringgit dibawa masuk," katanya.

seremban1

Di hadapan ribuan hadirin yang memakai baju biru, Muhyiddin berkata dengan keadaan sekarang tidak ada sebab mengapa rakyat harus terpedaya dengan hasutan pembangkang yang mahu menukar kerajaan sedia ada.

Katanya, ini kerana berbanding negara-negara lain Malaysia tidak menghadapi sebarang krisis atau pergolakan dan rakyat dari negara lain sendiri datang untuk mendapatkan nikmat hidup di negara ini.

"Banyak negara menghadapi krisis sehingga diisytihar muflis tapi Malaysia masih terus maju dapat pembangunan, rakyat dapat menikmati kemajuan melimpah ruah, ini adalah kenyataan.

"Jadi apa sebab nak tukar kerajaan kerana banyak negara mereka tukar kerajaan tiada peluang pekerjaan, mereka tukar kerajaan kerana mereka kata tidak dibantu kerajaan, mereka tukar kerajaan kerana sudah muflis, ada krisis, ada pergaduhan.

"Tetapi di Malaysia tidak ada, rakyat dapat berhimpun dalam keadaan yang tenang dan tidak ada ancaman, kita hidup dalam keadaan begitu aman sejahtera, jadi apa sebab mahu tukar kerajaan," katanya.

Muhyiddin yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Negeri Sembilan berkata, pimpinan BN sentiasa berpadu dan tidak pernah bergaduh, perpaduan jelas kukuh tidak goyah seperti yang berlaku dalam pakatan pembangkang.

Katanya, BN adalah satu-satunya parti yang jelas perjuangannya dalam mempertahan kebajikan semua kaum.

Turut hadir pada majlis itu beberapa pemimpin utama BN, termasuk Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.-8/1/2013

AgendaDaily

No comments:

Post a Comment