Friday, 13 July 2012

KRISIS DALAMAN PKR NEGERI SEMBILAN MEMUNCAK

Datuk Kamarul Baharin Abbas menyifatkan kekalahannya dalam pemilihan PKR cabang Teluk Kemang hari ini sebagai isyarat kepada pengundi bahawa ahli parti itu menolak kewibawaannya sebagai wakil rakyat mereka di parlimen berkenaan.

Beliau tewas dalam perebutan jawatan ketua cabang PKR Teluk Kemang, kepada ADUN Port Dickson, M Ravi.

Ravi merupakan pemangku jawatan berkenaan. Beliau mendapat 279 undi manakala Kamarul yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) memperolehi 135 undi.

Baguslah kalau Kamrul faham akan isyarat yang telah diberikan oleh ahli PKR sendiri. Kamarul sememangnya tidak disenangi oleh pemimpin PKR di Negeri Sembilan kerana sikapnya yang ego dan tidak mahu mendengar pendapat orang lain.

Beliau masih mengamalkan sikap ketuanan dalam tentera dahulu  yang kini diserapakan dalam parti yang membuat ramai pemimpin PAS yang tidak suka kepada cara beliau.


Berikut adalah kenyataan penuh Kamarul Baharin dalam facebooknya:


"PKR Telok Kemang telah memberi isyarat kepada pengundi Telok Kemang bahawa anggota parti menolak kewibawaan saya sebagai wakil mereka di Parlimen Telok Kemang. Saya menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka dan akan memikirkan tindakan mengikut hakikatnya bahawa saya perlu memberi laluan kepada sesiapa yang mereka berkenaan secepat mungkin."

Kamarul begitu kecewa apabila kalah dan perpecahan semakin menular dikalangan pemimin PKR  Negeri Sembilan. Kita boleh lihat Badrul tidak akan hadir apabila program dihadiri oleh kempulan  Kamarul . 


Dan pemilihan PKR ini sudah tentu tidak menguntungkan rakyat walau sedikitpun, melainkan mereka yang terlibat. Inilah wajah PKR sebenarnya. Banyak insiden baling kerusi, kecoh dalam dewan, bergaduh, bertikam lidah, mencaci dan memfitnah sesama sendiri semata-mata kerana berebut jawatan dalam parti tetapi mengabaikan tanggungjawab yang sepatutnya diberikan tumpuan.

PAKATAN RAKYAT AKAN HANCUR DI NEGERI SEMBILAN APABILA KRISIS DALAMAN SEMAKIN MEMUNCAK.

1 comment:

  1. Lebih baik pengundi telok kemang mengundi BN semula...tu je kesimpulannyer...

    ReplyDelete