Monday, 16 July 2012

Siapa juga calon PR menggantikan Rashid BN akan tetap tawan DUN Ampangan kali ini.

Tanya saja siapa Chegu Rashid kaki ekor , rasanya  orang orang Ampangan sudah faham siapa yang di maksudkan kalau tak lain  Chegu Rashid ADUN Ampangan. Ini kerana  perkataan kaki ekor itu sudah senonim dengan beliau kerana sebelum bergelar YB beliau sering kekedai ekor untuk membeli ekor.

Dato' MB juga ada menyebut dalam soal jawab  Dewan undangan negeri dan chegu Rashid  teroingga pingga apabila Dato' MB menegur beliau agar  jangan asyik beli nombor ekor. Ketika itu Chegu Rashid tidak pernah pula menafikan mahupun  mengaku akan kebenaran nya.

Rashid  sebenarnya berkecimpung dalam politik ini bukan lah kerana minat atau kerana  perjuangan. Rashid yang sememangnya diketahui telah berniaga secara kecil kecilan semenjak dia masih menjadi guru lagi. Dia pernah membuat syarikat trading, syarikat menjual kereta dan pernah menjadi macam macam broker kerana dia ini bercita cita besar untuk menjadi seorang jutawan. Rashid akan mengambil apa saja peluang yang ada untuk melonjakkan dirinya sebagai orang yang kaya.

Rashid  sememangnya tidak berminat langsung menanam perasan membela kehidupan rakyat. Dia sendiri sebenarnya hanya cuba cuba dan main main saja untuk menjadi ahli politik dan   memperolehi upah menjadi calon, Sebab ketika itu tidak ramai yang berminat untuk menjadi calon. Rashid sendiri tidak manjangkakan bahawa dia akan menang.

Sewaktu keputusan diumumkan dia  terperanjat apabila diumumkan menang dalam PRU 12 DUN Ampangan. Heboh juga suatu ketika sebaik memenangi PRU12   Rashid dikatakan pernah menawarkan diri kepada agen untuk menjual kerusi DUN Ampangan . Namun entah bagaimana tawaran Rashid itu tidak tidak disahut dan akhirnya   beliau terus menjadi ADUN Ampangan  walaupun itu bukan lah merupakan satu kerelaan dirinya.

Rashid tidak mempedulikan apakah kemahuan dan kepentingan yang di mahukan oleh rakyat kerana dia tahu semuanya telah diberikan dan juga dijagai oleh kerajaan Negeri melalui bapa angkat BN dikawasan berkenaan. Rashid dikatakan semakin jauh dengan rakyat dan ini sebenarnya telah di hidu oleh pusat dan nama Rashid tidak akan dicalonkan di Ampangan pada PRU 13 nanti,

1 comment:

  1. YB Ampangan koh tu, eden duduk Ampangan pun tak konal den doh, bilo ekau koluarkan gambar e ni, barulah den konal. Aiiyoo..... pasrah yo lah. Cormin-corminlah pretasi sebagau ADUN tu.

    ReplyDelete